Friday, June 5, 2009

Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang


Hari ni buat kali keduanya aku sempat ke Ekspo Usahawan Bumiputera di tapak ekspo Seberang jaya yang bermula dari hujung minggu lepas lagi sampai hujung minggu ni. Kali ni aku kayuh basikal sajalah ke tapak ekspo, lagipun lebih senang aku kayuh basikal masuk ikut pintu belakang dan parking disebelah pentas. Kali ni kayuh beramai dengan wife dan anak-anak aku, aku satu, emaknya satu, akak satu dan adiknya satu naah haih 4 bijik basikal tambat pakai satu lock saja tepi stage ekspo. Oklah tu dapat juga buat aktiviti keluarga bersama-sama, kayuh pi tapak ekspo!!!.

Di ekspo ni banyak benda yang aku dapat tengok, rupanya banyak sungguh produk bumiputera dipasaran sekarang ni yang kita tak tau dan banyak sungguh yang berkualiti (kalau tengok dari segi packing)dan memang menarik perhatian. Tapi malangnya boleh dikatakan kebanyakannya tak pernah aku jumpa di kedai dan itu yang pelik sangat tu, produk ni semua setakat layak di ekspo saja ka takkan teruk sangat kualiti barang depa ni sampai tak layak nak masuk kedai, super market ataupun hypermarket. Ishh pelik pelik pelik!!!......(nak pelik apa kan, tempat tu semua sapa punya????, saja buat-buat pelik).

Satu lagi yang aku perasan, majoriti produk yang dipromosi pulak banyak dari produk makanan dan kesihatan (yang ni cukup banyak, boleh dikatakan selang 2-3 gerai mesti ada produk makanan ataupun makanan kesihatan. Kalau tengok dari jenis barang makanan kesihatan yang dijual, kalau lah orang kita betul-betul pakai produk semua ni fuhhh memang sihat walafiat lah!!!. Cakap saja penyakit apa, semua ada ubat dijual. Aku lalu saja gerai mana pun depa memang paggil lah biasalah dengan rupabentuk badan aku yang aero dinamik ni depa nampak sungguh kata banyak penyakit, lalu gerai ubat darah tinggi depa panggil aku, lalu gerai ubat kencing manis depa panggil aku, hatta lalu gerai ubat panau sekalipun depa panggil sebab dok nampak aku dok berpeluh, depa ingat aku banyak panau........apa nak buat layan sajala, nak senang aku terus buat muka cenge (bengis) terus tak berani panggil dah. Selain dari tu banyak jugaklah barang lain macam kain baju dan buku dan barang elektronik, semua depa buat promosi. Promosilah tapi harga macam biasa jugak aku tengok.

Selain dari apa yang aku tengok dari segi produk, rupa rupanya yang dikatakan 'BUMIPUTERA' ni rupanya ada banyak bangsa.......tengok dari orang yang jaga gerai, nama kedai rupanya ramai sungguh bumiputera pakistan, bumiputera siam, bumiputera cina, bumiputera india, bumiputera bangla bagitau saja nak bumiputera apa semua ada!!!!........tak percaya mai lah tengok sendiri.

Kali ni aku sempat beli ikan keli dalam tin (macam sardin) sesaja nak try, masa try rasa digerai tu memang sedap itu yang berani beli. Cuma satu masalah, nanti dah bukak tin tu nampak ikan sekoq-sekoq aku takut tak lalu lah pulak sebab aku memang tak lalu makan ikan spesis berlendir ni ataupun lembik macam ikan keli ni (nampak macam ular) .