Sunday, January 31, 2010

Ntahlaaaa


Camera aku pulak down, di buatnya maslah dengan flash pulak. Jenuh la nak nunggu sebulan.........aku punya maki orang kat kedai tu kemarin, dah tak ada orang lain aku nak lepas geram, dia di depan mata aku maka dia paling teruk kena maki dengan ku. Ada sorang mamat yang mulanya sambut aku dengan penuh senyuman dan selamat datang pun sampai lari sembunyi, tersentot dia bila tengok aku start dok maki.......geram betul aku dengan kedai macam ni, macam kena tipu hidup-hidup.................jadi jauhkan diri anda dari mana-mana cawangan Camera Planet.

Saturday, January 30, 2010

Kalau ke Perlis....

Masjid Syed Putra, tidak jauh dari Kangar
Damai di sini
Tempat yang tenang untuk berehat

Sunday, January 24, 2010

Aku dan fulsus di sungai Seluang


Dengan tahap gian aku yang memuncak untuk kembali ke trek-trek rasmi Gerek-Kulim di Sungai Seluang maka kali ni aku pun pagi-pagi awal-awal dah menghala ke Kulim. Sesampainya aku di Kedai Takumie tengok-tengok semua dah jalan, takpa kalau depa tinggai pun nanti sat saja aku boleh cari depa, kan aku naik fulsus!!!............aku pun hello lah tok penghulu kedai Takumie iaitu saudara Naset untuk tanya kedudukan depa, dengan bantuan koordinat yang depa bagi aku pun dengan GPS aku, terus aku terjah ke bukit Gondrong.........depa dipuncak rupanya.

NAik bukit turun bukit jenuh gak la aku berhempas pulas dengan fulsus aku tu hehehehehee........



Aku jadi photographer, gambar sendiri pun sendiri ambik. Sekurang-kurangnya ada jugak cerita aku nak masuk di Gerek-Kulim.

Friday, January 22, 2010

Nah haih

Punyalah sibuk aku 2-3 minggu nih..........bernafas pun pendek-pendek saja. Penat sungguh macam ni. Situation and result will not change untill we change the way it is done.....tapi apa yang nak kena tukaq nih??.....

Monday, January 18, 2010

Dari Kuala Muda Ke Pulau Sayak


Yang sebenarnya aku sendiri pun tak berapa pasti akan nama tempat ni, Bukit Meriam mungkin. Yang pasti ianya terletak tidak jauh dari Pantai Merdeka dan Pulau Sayak. Disebabkan oleh kebosanan tahap gaban hujung minggu baru-baru ni akibat terperap dirumah, aku sekeluarga pun drive tanpa arah tujuan dan akhirnya hinggap di sebuah restoran yang terletak di tepi laut ini. Kalau tidak salah aku nama kedai ni adalah AZ restoran, setelah singgah apa yang aku perhatikan, kebanyakan makanan disini adalah berasaskan makanan laut.

Kalau peminat mee udang ataupun sebarang makanan berasaskan udang bolehlah mencuba makan disini. Aku tak order langsung makanan bertajukkan udang ni sebab kurang minat, malas nak mengupas kulit, jadi aku pun try sajalah nasi goreng ayam berempah.


Disamping nasi goreng ayam berempah aku tertarik jugak kepada satu lagi makanan yang dipromosi iaitu otak-otak. Kalau biasa otak-otak yang popular di Johor dibuat dari isi ikan dan dicamput tepung dan kelapa tapi keunikan otak-otak disini pulak ianya adalah campuran pelbagai bahan. Apa yang boleh aku kata, otak-otak disini adalah campuran beberapa jenis makanan laut seperti sotong dan udang beserta dengan ayam dan dimasak bersama telur dan bahan-bahan lain. Yang pasti jugak rasanya lebih kurang saja dengan rasa tomyam. Tapi sedaplah jugak sesekali makan, cuma agak menjemukan bila dimakan tanpa nasi dan roti.
Orang baru pun tak lama lagi akan tiba, jadi langkah pun makin pendek, nanti nak kena berpantang jugak la, memerap saja di rumah......excited juga menanti orang baru nih.

Sunday, January 17, 2010

Trek Mahang


Malam ni sepatutnya geng Gerek Kulim mengadakan perjumpaan di Lunas bagi planning untuk satu jamboree yang akan kami anjurkan. Tapi disebakan oleh masalah komunikasi dan juga perkara lain yang tidak dapat dielakkan perjumpaan yang dijadual di N8 Lunas dibatalkan dan diadakan di Era Tomyam dan bengkel Takumie saja. Lagipun kebayakan geng GK sedang lepak disana. Disana sempat juga tengok depa-depa yang nak masuk ke hutan Mahang esok hari. Kalaulah aku ada lagi gerek aku..............Aku diajak juga esok tapi dengan motor tapi maslahnya aku ada tugasan yang belum aku selesaikan, hampeh betol la, kalau aku tau depa nak pi trek Mahang tu esok dah aku settlekan kerja aku yang lain tu. Nasik dah menjadi bubur, kemungkinan besar aku akan tengok gambar sajalah bila depa dah balik nanti.




Team scrambler yang akan escort team cycling besok, final touch.

Tuesday, January 12, 2010

Meninggal dunia

Al-Fatihah buat sahabat lama, Syed Rizaudin. Kembali ke rahmatullah pada pagi ini disebabkan kemalangan. Setakat ini belum diketahui punca kejadian, ada cerita mengatakan dia pitam semasa menunggang motosikal ke tempat kerja. Dikenali sebagai seorang yang ramah dan disenangi oleh semua kawan-kawan.....

Friday, January 8, 2010

Saja lagu ni dah

Pening aku bila baca yang ni, tapi dia memang lagu tu, dah lamaaaa dah.........kih kih kih kih. Takdak kerja sungguh member sorang nih.

Wednesday, January 6, 2010

Hantu camping


Aku, Zul (Zuri) dan Jalil. Zaman muda-muda dulu aku dan geng memang gila camping, merata kami camping, Ada duit 30-40 ringgit pun jalan........bila dipikir balik memang gila lah. Tapi berbaloi rasanya bila dikenang balik, masa tak dapat diputar balik dan perkara-perkara gilalah yang membuatkan hidup jadi amat berharga. Gambar diatas tu diambil semasa kami camping di Pulau Pangkor, pergi 4 orang saja. Tapi best giler!!!........aku jatuh pokok di pulau inilah sampai tak dapat bernafas, itu semua masih segar dalam ingatan.

Dibawah ni pulak gambar Man blue dan Zuri
Ini gambar Jalil........kira dulu-dulu ni kurus gak la, sekarang ni......bayangkanlah


Ini antara geng-geng yang rapat hinggalah ke hari ni. Tiada dalam gambar,seorang member rapat kepada kami semua iaitu Hasni, telahpun meninggal dunia beberapa tahun yang lepas kerana kemalangan jalan raya. Hanya kenangan yang masih lagi hidup.......Al-Fatihah buat arwah Hasni Mat Isa.

Pantai Robina Park


Selak pi selak mai (dalam komputer/site peribadi aku), aku terjumpa gambar lama anak aku semasa berumur 2 tahun, iaitu kira-kira hampir 7 tahun dulu. Gambar ni diambil menggunakan video cam aku dan kualiti gambar pun tak seberapa. Didalam gambar ni boleh dilihat gambar anak aku berlatar belakangkan pasir di tepi pantai iaitu di Pantai robina park. Itu hampir 7 tahun dulu........cepat masa berlalu, anak aku kini akan mencecah umur 9 tahun.

Baru-baru ni aku sekeluarga sempat singgah ke pantai Robina Park, ke tempat yang sama gambar di atas tu diambil.Robina PArk ni sebenarnya adalah satu kawasan rekreasi tepi pantai di daerah Seberang Perai Utara. Kalau disini sebut saja Robina Park semua orang tahu dan akan terbayangkan satu kawasan pantai yang mengadap Pulau Pinang dibahagian Pulau. Apa yang aku nak tulis tentang tempat ni bukanlah tentang kecantikannya, tetapi lebi kepada perbandingan tempat ni dahulu dan sekarang. Sekarang kawasan pantai Robina Park ni dah pun dibangunkan dengan gerai-gerai makan yang cantik dan tersusun, binaan dan tempat tembok pejalan kaki seperti Padang Kota juga dibina untuk keselesaan orang ramai dan setakat yang kau perhatikan memang agak selesa. Dahulu pun ada cuma tak berapa teratur. Jangan ditanya tentang tandasnya........kali terakhir aku masuk ketandasnya, keadaannya amatlah mendukacitakan, tak terurus langsung. Walaupun bayaran dikenakan kepada pengunjung yang menggunakannya.Juga bukan ini yang nak aku ceritakan.

Yang sebenarnya suatu masa dulu kawasan tepi laut ini adalah berpasir, buktinya gambar anak aku tu. Pasir yang memutih disepanjang pantai ini amat indah pada masa dulu, ramai yang mandi manda dan bermain digigi air kalau berkunjung ke sini. Aku sendiri pernah menghabiskan masa memancing di sini ataupun lepak-lepak. Pernah juga teambuilding diadakan disini, dan aku pernah bermain bolasepak pantai disini. Tapi itu semua hanya tinggal kenangan, pantai berpasir yang putih bersih itu telah pun berubah wajah. Kini......pasir telah pun berganti dengan selut bakau. Sedih sekali, pemandangan indah suatu masa dulu dah pun bertukar wajah dan tak dapat lagi dinikmati seperti dulu. Mungkin selepas Tsunami dulu menyebabkan keadaan ini berlaku atau mungkin juga pembangunan oleh manusia yang menyebabkan struktur hidrografi di selat Pulau Pinang berubah dan menyebabkan longgokan selut disini. Tak ada siapa pun dapat menjawab soalan ini. Yang pasti pemandangan indah suatu ketika dulu itu kini, hanya berada dikotak memori, menipis dan berlalu dengan masa.
Macam tak percaya, tempat ni dah berubah sama sekali. Keindahan yang hanya tinggal kenangan. Sekali air bah sekali pantai berubah............

Sunday, January 3, 2010

Sini sana gini gitu

Model rasmi aku, dah yang ni saja yang sudi.
Ini seorang lagi model rasmi aku, semua model-model aku dah menyampah dah kat aku. Lepai ni aku kena cari model lain la jawabnya, bela kucing lak pulak.




.

Friday, January 1, 2010

Selamat datang 2010

Rock mintak duit, keh keh keh keh keh keh keh.........masa aku sampai penyanyi kumpulan nie kerja dok cakap pasal nak mintak bayaran lebih saja, ntah apa-apa ......nak tergelak aku. Yang sebenarnya diorang dibayar untuk nyanyi beberapa lagu saja kot sementara menanti countdown, end up penonton tak bagi berenti, even lepas countdown dah abis lebih setengah jam. Selepas tengok bunga api semua bertumpu disini pulak untuk tengok performance. Masalahnya depa ni dibayar untuk nyanyi sampai 12.30 saja. Nak berenti penonton tak bagi, depa ni hantam lagi ntah berapa lagu lagi sebab tu mintak bayaran lebih kot. Kesian, first time aku tengok live performance jadi macam ni, lawak pun ada. Aku tengok tak sampai 5 minit pun terus blah.......dah dekat dengan rumah saja keluar tengok ragam malam sajalah.

Ini pun cerita menarik tahun baru, Polis bertugas malam tahun baru pun buat show jugak........ada satu group Polis yang berada dikawasan Carnival Mall ni, depa ni full dress up unifom macam team Gerak Khas lah pulak, mungkin uniform rasmi untuk operasi kot, nampak memang sempoy abiss la. Mai pulak dengan Mitsubushi Lancer Evo baru pulak tu, depa yang sepatutnya control crown dah end up crowded dengan orang ramai yang tengok depa. Siap bukak kereta Polis tu buat show pulak tu boleh masuk tengok dalam, cantik kereta ni........tak payah cakaplah kalau dah Mitsubishi Evo, tengok pun ganasss!!!......depa pun kira macam star lah jugak untuk malam tahun baru kali ni. Masa nak blah pun macam artis saja pun semua bagi jalan.




Selain Konsert, sebenarnya ramai yang bertumpu dikereta Polis ni.......pelik kan?!?!....tapi itulah ragam malam tahun baru kali ni.

Bintang utama malam tahun baru, yang dibelakang anak aku tu.
Bagus jugak sekali sekala macam ni.......mungkin sebahagian dari program PR Polis kot.
Macam artis lah pulakk!!!....

Selamat tinggal 2009, selamat datang 2010.

Kota Kuala Muda


Satu keluarga yang menyewa sampan penambang di Sungai Muda, menjerit si ibu tu bila orang bergerak atas bot. Ya lah kalau dah sampan kecik macam tu memang lah menggerunkan bila teroleng diatas air sungai. Teringin gak nak bawak anak-anak try tapi karang aku pulak yang menjerit hehehehehehe. Teringat minat memancing.......mungkin pertengahan tahun ni (2010)boleh mula aktif balik.
Gerai di tepi jambatan Sungai Muda tidak jauh dari Kota Kuala Muda. Sedap bihun sup di sini, aku yang tak berapa suka hirup sup pun boleh hirup sampai habis disini. Pekena bihun sup, roti jala dengan ais kacang best woo!!!.....next time bawak pancing sekali, pancing udang galah pakai umpan cacing, mana tahu ada rezeki.

Ke Kota Kuala Muda, juga sempadan yang membahagikan 2 negeri. Keunikan tempat ni, kedua-dua tempat walaupun dinegeri berbeza tapi menggunakan nama yang sama ........Kota Kuala Muda.

Pemandangan Kota Kuala Muda sebelah Pulau Pinang. Dibawah ni, pasar bisik yang terkenal seantero kepulauan Melayu.

Nelayan yang nakturun ke laut, macam race bot saja pun.......panning nih.

Pemandangan senja di Kota Kuala Muda, Kedah.