Dive In Feel The Touch, Suatu Masa, Suatu Ketika, Suatu Perjalanan, Dahulu, Kini & Masa Depan....... Life is not about the peak, but its all about the climb, The Journey.....
Wednesday, January 6, 2010
Pantai Robina Park
Selak pi selak mai (dalam komputer/site peribadi aku), aku terjumpa gambar lama anak aku semasa berumur 2 tahun, iaitu kira-kira hampir 7 tahun dulu. Gambar ni diambil menggunakan video cam aku dan kualiti gambar pun tak seberapa. Didalam gambar ni boleh dilihat gambar anak aku berlatar belakangkan pasir di tepi pantai iaitu di Pantai robina park. Itu hampir 7 tahun dulu........cepat masa berlalu, anak aku kini akan mencecah umur 9 tahun.
Baru-baru ni aku sekeluarga sempat singgah ke pantai Robina Park, ke tempat yang sama gambar di atas tu diambil.Robina PArk ni sebenarnya adalah satu kawasan rekreasi tepi pantai di daerah Seberang Perai Utara. Kalau disini sebut saja Robina Park semua orang tahu dan akan terbayangkan satu kawasan pantai yang mengadap Pulau Pinang dibahagian Pulau. Apa yang aku nak tulis tentang tempat ni bukanlah tentang kecantikannya, tetapi lebi kepada perbandingan tempat ni dahulu dan sekarang. Sekarang kawasan pantai Robina Park ni dah pun dibangunkan dengan gerai-gerai makan yang cantik dan tersusun, binaan dan tempat tembok pejalan kaki seperti Padang Kota juga dibina untuk keselesaan orang ramai dan setakat yang kau perhatikan memang agak selesa. Dahulu pun ada cuma tak berapa teratur. Jangan ditanya tentang tandasnya........kali terakhir aku masuk ketandasnya, keadaannya amatlah mendukacitakan, tak terurus langsung. Walaupun bayaran dikenakan kepada pengunjung yang menggunakannya.Juga bukan ini yang nak aku ceritakan.
Yang sebenarnya suatu masa dulu kawasan tepi laut ini adalah berpasir, buktinya gambar anak aku tu. Pasir yang memutih disepanjang pantai ini amat indah pada masa dulu, ramai yang mandi manda dan bermain digigi air kalau berkunjung ke sini. Aku sendiri pernah menghabiskan masa memancing di sini ataupun lepak-lepak. Pernah juga teambuilding diadakan disini, dan aku pernah bermain bolasepak pantai disini. Tapi itu semua hanya tinggal kenangan, pantai berpasir yang putih bersih itu telah pun berubah wajah. Kini......pasir telah pun berganti dengan selut bakau. Sedih sekali, pemandangan indah suatu masa dulu dah pun bertukar wajah dan tak dapat lagi dinikmati seperti dulu. Mungkin selepas Tsunami dulu menyebabkan keadaan ini berlaku atau mungkin juga pembangunan oleh manusia yang menyebabkan struktur hidrografi di selat Pulau Pinang berubah dan menyebabkan longgokan selut disini. Tak ada siapa pun dapat menjawab soalan ini. Yang pasti pemandangan indah suatu ketika dulu itu kini, hanya berada dikotak memori, menipis dan berlalu dengan masa.
Macam tak percaya, tempat ni dah berubah sama sekali. Keindahan yang hanya tinggal kenangan. Sekali air bah sekali pantai berubah............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment