Yang sebenarnya aku sendiri pun tak berapa pasti akan nama tempat ni, Bukit Meriam mungkin. Yang pasti ianya terletak tidak jauh dari Pantai Merdeka dan Pulau Sayak. Disebabkan oleh kebosanan tahap gaban hujung minggu baru-baru ni akibat terperap dirumah, aku sekeluarga pun drive tanpa arah tujuan dan akhirnya hinggap di sebuah restoran yang terletak di tepi laut ini. Kalau tidak salah aku nama kedai ni adalah AZ restoran, setelah singgah apa yang aku perhatikan, kebanyakan makanan disini adalah berasaskan makanan laut.
Disamping nasi goreng ayam berempah aku tertarik jugak kepada satu lagi makanan yang dipromosi iaitu otak-otak. Kalau biasa otak-otak yang popular di Johor dibuat dari isi ikan dan dicamput tepung dan kelapa tapi keunikan otak-otak disini pulak ianya adalah campuran pelbagai bahan. Apa yang boleh aku kata, otak-otak disini adalah campuran beberapa jenis makanan laut seperti sotong dan udang beserta dengan ayam dan dimasak bersama telur dan bahan-bahan lain. Yang pasti jugak rasanya lebih kurang saja dengan rasa tomyam. Tapi sedaplah jugak sesekali makan, cuma agak menjemukan bila dimakan tanpa nasi dan roti.
Orang baru pun tak lama lagi akan tiba, jadi langkah pun makin pendek, nanti nak kena berpantang jugak la, memerap saja di rumah......excited juga menanti orang baru nih.
No comments:
Post a Comment