Tuesday, July 27, 2010

Sekilas ikan di air, Guru dibenar berpolitik

Setiap hari heboh dengan kisah beban kerja guru yang sampai tak tergalas dek kerana dasyatnya para guru terpaksa berbakti kepada masyarakat. Begitu banyak kerja yang terpaksa di bereskan oleh guru sehingga menyebabkan taraf pendidikan negara tak meningkat dan anak didik terabai....semuanya disebabkan oleh beban kerja 'berlebihan'.........

Bila baca laporan paper dibawah ni membuatkan aku lebih faham dengan  maksud 'beban' dan cara 'mengurangkan beban', mungkin ini satu lagi langkah berkesan dari kerajaan yang 'bijak'. Cuma aku sorang saja ada syndrom down agaknya sehinggakan tak mampu untuk faham penyelesaian jenis ini...........

2010/07/27

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan membabitkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru satu masa dulu memainkan peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara. "Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Bagi tujuan itu, beliau berkata, pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Tindakan sedang diambil untuk mewartakan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.
Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.
Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dulu.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek.
Beliau berkata, syarat-syarat ketat akan dikenakan supaya tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan pembabitan mereka dalam politik.

Katanya, mereka yang dibenarkan terbabit dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik. - Bernama

Wednesday, July 14, 2010

Agenda penuh mood pulak kurang

Kebelakangan ni kurang sungguh mood aku nak menulis atau nak mengupdatekan blog aku yang kian bersawang ni. Yang pastinya kebelakangan ni jugak aku banyak mengemas rumah sebagai sebahagian aktiviti yang menjurus kepada program pemindahan rumah aku yang bakal berlaku nanti. Bilamana aku rajin mengemas barang di rumah, blog ni pulak yang terbiar tidak berkemas. Banyak yang aku nak coretkan disini tapi bila nak menulis saja terus jadi hilang semua benda yang nak ditulis tu. Semenjak berpindah kerja ke kulim ni aku rasa macam ada beberapa tabiat lama yang baik sekarang dah mai balik macam dulu-dulu, ini satu yang positif yang terjadi dalam hidup aku dan aku rasa terisi sungguh masa aku sekarang ni sampaikan nak update blog pun tak ada masa.........hehhehehehehee (ini alasan ka apa benda nih?!?!?!.......hehehe) Apa pun itulah yang terjadi. Berbalik kepada aktiviti mengemas aku tu, baru-baru ni bila aku kemas rumah aku (tak seluruh rumah pun) , mau dekat setengah lori kecik rasanya sampah-sarap aku buang....itu maknanya lama sungguhla aku tak buat housekeeping. Entah pasai apa sebelum ni tak terlintas langsung dalam kepala aku nak buat semua tu, mungkin kesan dari post quit smoking depression symptoms kot...urat baloq timbul kat tengah belakang.....(alasan lagi nih, pantang sungguh aku dengan alasan). Harap-harap banyak lagi aku dapat settle, senang sikit aku nak pindah nanti......

Dalam dok mengemas tu aku boleh buat kesimpulan, kebanyakan barang yang aku buang haritu adalah barang-barang aku sekeluarga yang rosak sikit yang kemudiannya disimpan kengkononnya untuk direpair kemudian yang akhirnya menjadi timbunan sampah yang terselit disana-sini. Dan hari tu aku ambil kesimpulan, clearkan semuanya. Bilamana masa aku dok mengemas barang-barang lama ni aku ada terfikir jugak, masalah ni jadi kat aku sorang saja ka,  dan orang lain pulak macam mana?!?!?!.....tak rasa sayang ka nak buang benda yang pada satiu masa mungkin pernah menjadi barang kesayangan?!?!?!...dan macam mana pulak orang lain mengatasi masalah macam ni?!?!.....ada banyak lagi kelemahan-kelemahan lain yang aku kesan dilakukan oleh aku punya direct report di rumah hehehehee....sapa lagi anak-anak aku dan emak depa la, setakat ni aku belum berkesempatan untuk sit down dan table kan semua masalah berbangkit tu.........itu aku tinggalkan dulu, banyak lagi nak disettlekan lepas ni. Nak ulas Piala dunia pun tak sempat.

Dalam mana dok menunggang motor ataupun drive ke tempat kerja tiap-tiap hari tu macam-macam benda aku tengok. Macam yang aku pernah tulis, kalau dulu dalam perjalanan ke tempat kerja tu perubahan yang paling ketara ialah pemandangan, kalau dulu saban hari aku akan layan pemandangan sunagi dan laut tapi kini segalanya berubah kepada pemandangan bukit bukau dan gunung ganang.......wuihhh layan gak laaa buat orang yang hatinya bertaman macam aku nih.......kehkehkehkehkeh. Dalam pada tu setiap hari jugak dalam menempuh perjalanan melalui lebuhraya Butterworth-Kulim tu dengan ladang sawit dan hutan dikiri kanan jalan, banyak sungguh benda-benda yang melintas...................(nanti sambung lagi)