Kebelakangan ni kurang sungguh mood aku nak menulis atau nak mengupdatekan blog aku yang kian bersawang ni. Yang pastinya kebelakangan ni jugak aku banyak mengemas rumah sebagai sebahagian aktiviti yang menjurus kepada program pemindahan rumah aku yang bakal berlaku nanti. Bilamana aku rajin mengemas barang di rumah, blog ni pulak yang terbiar tidak berkemas. Banyak yang aku nak coretkan disini tapi bila nak menulis saja terus jadi hilang semua benda yang nak ditulis tu. Semenjak berpindah kerja ke kulim ni aku rasa macam ada beberapa tabiat lama yang baik sekarang dah mai balik macam dulu-dulu, ini satu yang positif yang terjadi dalam hidup aku dan aku rasa terisi sungguh masa aku sekarang ni sampaikan nak update blog pun tak ada masa.........hehhehehehehee (ini alasan ka apa benda nih?!?!?!.......hehehe) Apa pun itulah yang terjadi. Berbalik kepada aktiviti mengemas aku tu, baru-baru ni bila aku kemas rumah aku (tak seluruh rumah pun) , mau dekat setengah lori kecik rasanya sampah-sarap aku buang....itu maknanya lama sungguhla aku tak buat housekeeping. Entah pasai apa sebelum ni tak terlintas langsung dalam kepala aku nak buat semua tu, mungkin kesan dari post quit smoking depression symptoms kot...urat baloq timbul kat tengah belakang.....(alasan lagi nih, pantang sungguh aku dengan alasan). Harap-harap banyak lagi aku dapat settle, senang sikit aku nak pindah nanti......
Dalam dok mengemas tu aku boleh buat kesimpulan, kebanyakan barang yang aku buang haritu adalah barang-barang aku sekeluarga yang rosak sikit yang kemudiannya disimpan kengkononnya untuk direpair kemudian yang akhirnya menjadi timbunan sampah yang terselit disana-sini. Dan hari tu aku ambil kesimpulan, clearkan semuanya. Bilamana masa aku dok mengemas barang-barang lama ni aku ada terfikir jugak, masalah ni jadi kat aku sorang saja ka, dan orang lain pulak macam mana?!?!?!.....tak rasa sayang ka nak buang benda yang pada satiu masa mungkin pernah menjadi barang kesayangan?!?!?!...dan macam mana pulak orang lain mengatasi masalah macam ni?!?!.....ada banyak lagi kelemahan-kelemahan lain yang aku kesan dilakukan oleh aku punya direct report di rumah hehehehee....sapa lagi anak-anak aku dan emak depa la, setakat ni aku belum berkesempatan untuk sit down dan table kan semua masalah berbangkit tu.........itu aku tinggalkan dulu, banyak lagi nak disettlekan lepas ni. Nak ulas Piala dunia pun tak sempat.
Dalam mana dok menunggang motor ataupun drive ke tempat kerja tiap-tiap hari tu macam-macam benda aku tengok. Macam yang aku pernah tulis, kalau dulu dalam perjalanan ke tempat kerja tu perubahan yang paling ketara ialah pemandangan, kalau dulu saban hari aku akan layan pemandangan sunagi dan laut tapi kini segalanya berubah kepada pemandangan bukit bukau dan gunung ganang.......wuihhh layan gak laaa buat orang yang hatinya bertaman macam aku nih.......kehkehkehkehkeh. Dalam pada tu setiap hari jugak dalam menempuh perjalanan melalui lebuhraya Butterworth-Kulim tu dengan ladang sawit dan hutan dikiri kanan jalan, banyak sungguh benda-benda yang melintas...................(nanti sambung lagi)
No comments:
Post a Comment