Sunday, June 27, 2010

Berkayuh di Pulau Aman lah pulak

Hari Sabtu yang baru lalu, lepas saja mengambil anak aku dari kelas matematik di sekolah, aku dah mula mencongak dalam kepala. Perut dah mula berbunyi menagih diisi dengan sesuatu......merengek-rengek manja perut aku waktu tu.....dalam hati aku pun berkata "ish mulalah tu, pantang cuti saja mulalah nak kena plan pi cari makan?!?!?!..."...dan untuk tidak menghampakan permintaan perut aku maka otak aku pun bertindak balas dengan memberikan idea yang amat bernas.....Mee udang Pulau Aman!!!....itulah idea yang terlintas. Tanpa membuang masa terus aku trigger ahli pasukan kayuh aku yang memang terkenal menemani aku di acara-acara kayuh sebelum ini. Dan semua bersetuju sebulat suara dengan trek laluan yang aku cadangkan......perghhh!!! menarik nih!!!................lebih menarik kali ini team kayuh aku dah bertambah seorang lagi ahli pasukan yang juga amat berpotensi. Dilihatkan pada kadar kenaikan berat badan ahli pasukan aku yang baru tu dalam masa 4 bulan lepas, nampaknya dia memang amat berpotensi.....ehhehehehehehehe kussss semangat!!!.....

Setelah semua ahli bersedia, maka aku dan ahli pasukan pun bertolak dari rumah menuju ke Batu Kawan, tiba sahaja di Stadium Batu Kawan aku ternampak pulak khemah-khemah yang dibina dan juga ribuan orang yang hadir disekitar stadium pada hari tu.....tanpa membuang masa jugak terus aku menuju ke kawasan khemah-khemah yang disediakan. Layan yang ini dulu sebagai acara sampingan.

Ramai yang membawa anak-anak ke sambutan hari Belia di Stadium Batu Kawan pada hari tersebut.


Salah satu acara, pertandingan dan pameran kereta


Kereta yang bertanding



Satu pertandingan yang jadi satu aktiviti keluarga bagi bro ni, isteri dan anak turut involve.
Drift....yang mendapat perhatian ramai
Marshal yang bertugas....siap bawak anak. Tapi jika dilihat dari segi keselamatan ini sesuatu yang tidak patut dilakukan. Pemandu boleh terbabas dan melanggar sesiapa sahaja di tepi trek tanpa mengira samada marshal atau sesiapa sahaja.
Berlatar belakangkan stadium Batu Kawan



Banyak lagi gambar yang aku capture, nanti aku akan sambung upload bila ada kesempatan.

Seorang anggota Polis dari kontinjen Pulau Pinang yang menyertai pameran......tengah 'jual minyak' murah!!! murah!!!...kelihatan 2 orang bakal 'pelanggan' melayan penjual minyak




Perghhh.....mau pecah gegendang telinga dibuatnya. Aku tengok ni pun lepas depa off dah. Kalau tidak tak mamapu aku nak dekat.
Deretan kereta yang bertanding


Abang dah melompat-lompat nak naik motor ni

Kesian abang tak dapat jugak akhirnya........tertutup untuk pelajar sekolah yang terpilih sahaja.
Berpuluh-puluh budak sekolah dok tunggu nak naik yang ni.
Jeti BAtu Kawan atau sebetulnya jeti Batu Musang......jeti laluan utama untuk ke Pulau Aman.


Bot yang membawa penumpang ke Pulau Aman......RM6 untuk dewasa, pergo dan balik.....sepanjang masa (pagi hingga petang)

Perjalanan

Restoran terapung
Pemandangan kampung nelayan Pulau Aman


Ketibaan bot di Pulau Aman.

Perjalanan diteruskan dengan berjalan kaki melalui lorong di celah-celah rumah penduduk kampung......dalam 100 meter untuk ke restoran terapung.

Tiba sudahhh!!!!......

Inilah rupa trek yang aku lalui, laluan yang penuh dengan udang, mee dan juga kuah yang begitu marvellous. Walaupun aku ni jenis yang tak berapa layan trek berkuah, tapi dengan tahap trek yang teramat sedap tahap gaban maka sekali dengan kuahnya aku kayuh sampai habih.........memang sedapp!!!!
Jeti baru di Pulau Aman



Bot nelayan

2 comments:

  1. IM --> sempat beli minyak wangi kasturi di masjid bayan baru jumaat lepas..he..he..

    ReplyDelete
  2. minyak wangi takpa....minyak yang brader polis jual tu tak dak bau punya. Sedar-sedar dah terpalit

    ReplyDelete