Wednesday, June 9, 2010

Back to kampung, back to work


Sehari sebelum balik ke kampung abang tu dok mintak snorkling set, jenuh gak pujuk nak jugak-jugak sampai tak sempat-sempat. Jadi malam tu nak tak nak terpaksalah jugak ke Tesco, sambar satu snorkling set untuk budak-budak. Dah ada menatang tu apa lagi dia dah tentulah tuntut nak cari tempat nak menyelam pulak.....ish ke mana la aku nak bawak budah-budak ni. Dah lah nak balik kampung, nak pergi mandi lagi.....nak bawak mandi pantai karang selam tak timbul-timbul pulak. Jadi dengan niat nak meng 'on the way' kan tempat untuk mandi tu maka Tupahlah menjadi pilihan, lagipun aku tak pernah sampai lagi ke tempat tu melainkan pernah dengar dari kisah-kisah hot dari situ suatu masa dulu.. ...heheheh orang yang tau tu tau lah....TUPAHHH.

Bayaran RM1 dikenakan pada pengunjung, itu pada papan tanda, tapi tak ada orang kutip pun bayaran tu. Mungkin pada hari-hari tertentu, ada yang dah komplen dalam paper pasal bayaran ni, bayaran untuk apa pun tak diketahui, lagipun tak ada sebarang kemudahan disediakan.



Selepas mandi, dan menyelam lebih kurang untuk abang, perjalanan pulang ke kampung diteruskan.
Perjalan balik kali juga akhirnya berjaya mencapai matlamat tak langsung.......hehehehehehe dapat jugak aku bawak family merasa pasembor dan nasi ayam Yan yang cukup gah tu. Seingat aku, dari 4-5 kali aku balik kampung melalui jalan belakang, melalui Yan dengan niat nak makan pasembor di sini, dan setiap kali jugak ia ditutp, dan baru kali ni aku dapat. Amboi eksklusif sungguh pasembor ni, mengikut kata member gerai pasembor ni memang macam ni, sesuka hati dia sajalah nak bukak ataupun nak tutup. So nasiblah kalau nak dapat merasa pasembor di sini. Di jalan masuk ke medan selera Yan di aman terletaknya gerao pasembor dan nasi ayam tu, aku ternampak pulak menu apam balik yang menangkap pandangan aku. Siap ada pilihan lagi tuh, apa lagi terus aku berenti dan order 2 bijik untuk setiap jenis. Tengoklah di bawah tu, memang meleleh taburan isinya nya, ranggup dan panas-panas lak tu....sedapppp giler!!!!!!!
Apam balik, ada 3 pilihan Susu, Planta, Kacang, meleleh!.....perghhhh memang best!!!...

Tak cukup dengan apam balik, sampai saja di medan selera Yan tu.....fulamak!!! gerai nasi ayam dan gerai pasembor tu pun bukak la......akhirnya!!!!. Tercapai gak impian nak makan pasembor di sini dengan family.

Sebelum pasembor order nasi ayam dulu.....sos ayam dengan nasi tu memang menangkaplah!....cukup rasa dan cukup pedasnya. Slurppp!!..ayam pun garing, tiada kata dapat menggambarkan kesedapan nasi ayam ni.

Nasi Ayam Medium, Yan Kedah

Nasi pun menimbun, ini baru medium puas makan, harga pun teramat berpatutan.

Kalau yang berminat nak ke gerai ni boleh refer map dibawah tu,

Coordinates: 5°49'24"N 100°23'11"E

Gerai pasembor special Yan, gerai nasi ayam pulak terletak bersebelahan saja. Di cermin itu aku la sapa lagi, bukan senang nak tangkap gambar sendiri hehehehehehehe....

Hidangan utama....Pasembor Special Yan.
Pasembor special Yan

Pasembor Special, Yan Kedah...dengan ikan goreng seekor sebagai penyeri. Sedap....tak tahu nak cerita betapa sedapnya pasembor ni hehehehehehehe.....kasi panas sikit.

Dah puas makan minum tu, kembara cari makan dan jalan-jalan diteruskan. Seterusnya kembara singgah di Kuala Sedaka, Yan. Sebab aku tertarik sangat dengan jambatan yang menghubungkan tanah besar dan pulau dayang bunting kalau tak silap aku. Hajat hati nak ke jambatan tapi melihatkan keadaan jalan yang kurang menyenangkan maka tak jadilah nak ke situ.....lagipun dah lewat.

Kuala Sedaka, Yan, Kedah....dengan jambatan ke pulau di latar belakang.

Nampak gayanya cerita aku ni bersambung-sambung, nak buat macam mana, bila aku ada masa baru sambung. Dah ada cerita baru pun kena hold dulu nak tulis yang lama bagi habis. Maka dari Kuala Sedaka ni aku pun menuju terus balik ke Perlis.

Hari pertama dikampung aturcara aku hampir sama saja dengan sebelum ni,  walaupun kali ni hampir setahun aku tak balik kampung. Acara wajib adalah ke Padang Besar dan buat kali ini tak lupa juga aku ke rumah seorang penjual air ubat di Chuping. Apa lagi dah nama pun orang jual ubat pergi beli air ubatlah. Mungkin orang Perlis sendiri tak ramai yang tahu akan orang tua ni, tapi kalau dikawsan Chuping air ubat hasil dari orang tua ni kira terkenal jugaklah, aku pulak sebelum ini diperkenalkan oleh pak menakan aku sendiri cik gu Jusuh masa anak aku sakit lidah disebabkan susu (penyakit biasa baby). Masa tu anak aku langsung dah tak boleh menyusu sebab lidah yang terlampau tebal dengan susu, dah tu dah jadi merah-merah teruk jugak keadaan masa tu, pakai towel cuci lidah pun tak OK. Tapi masa tu aku bernasib baik sebab bila aku refer pi kat pak menakan di MAta Ayer tu terus pak menakan aku bawak pi jumpa orang tua ni, beli air ubat. Balik bagi baby minum lepas campur susu, tak sampai 10 minit terus hilang. Macam magic pulak. Semenjak hari tu aku tak pernah putus untuk bli dan simpan air ubat dari Chuping ni. Memang sangat berkesan untuk babay sakit lidah juga untuk demam especially kalau nak release haba yang terperangkap dalam badan. Aku terus beli satu tong hampir 10 liter, berpuluh ringgit jugaklah harganya. Dah alang-alang beli, borong terus entah bila lagi aku nak mai lagi.

Dah alang-alang sampai ke sini aku terus lajak perjalanan ke ladang tebu, Kilang Gula. Teringat pulak zaman dulu-dulu masa sekolah menengah. Dulu aku ada seorang kawan rapat yang tinggal di perumahan pekerja Kilang Gula ni dan selalu jugak aku berulang alik ke rumah dia pada masa tu. Teringat lagi bila aku bawak motor scrambler aku ke ladang ni main motor cross......boleh tahan jugak trek keliling kawasan ladang tebu ni yang berbatu lada, berkali-kali jugak aku tergolek. Kalau lah orang tua aku tau mampuih aku!!.......apa pun orang tua aku dah pun meninggal lebih 10 tahun dulu, motor scrambler tu pun adik aku sedekah kat orang (bengang aku) dan member aku tu sendiri pun dah meninggal dalam kemalangan di Lumut di mana dia bertugas di TLDM....semua tinggal kenangan.

Bukit Chuping dari ladang tebu Chuping, Perlis. Yang ni pun bakal tinggal kenangan.

Sedih tengok keadaan Bukit Chuping, satu masa nanti tinggal nama sajalah dan dalam lagu canggung.

Petikan dari lagu canggung:

Bukit Chuping Gua lah berangin,
Tempatlah orang mengambil baja,
Putih Kuning jangan lah dok ingin
Ramailah orang balik sahaja.

Satu masa nanti memang lagi barangin, apa taknya kalau dah bukit Chuping tu sendiri pun dah tak ada.

Disebelah petang sempat juga aku bawak anak-anak ke Gua Kelam, sambung projek snorkeling anak jantan aku tu. Air paras betis pun dibantai snorkeling jugak anak aku tu.

Gua Kelam, tak pakai tripod.......mengeletar gak sikit menahan nafas nak dapat effect flow tu.


Seri Temak, rumah cik gu Choh.

No comments:

Post a Comment