Belum pun mula kerja ditempat baru nampaknya dah ada team building yang dianjurkan untuk group ni, dan aku yang dah sedia aktif ni pun tak mau lepas peluang lah jugak untuk jumpa rakan sekerja di tempat baru. Jadi inilah juga salah satu caranya nak berkenalan dan juga nak mempekenalkan diri kita pada rakan sekerja yang sesetengahnya adalah muka baru. Sambil selam minum air.....perhatikan telatah masing-masing, perhatikan hati budi, translatekan finding.......senang sikit lepas ni bila start kerja.
Sebelum apa-apa acara bermula, semua yang hadir telah mengsisikan tangki masing-masing dengan sarapan yang disediakan oleh Rasa Sayang Resort. Boleh tahanlah makan paginya di resot tu, tapi nasik lemak yang aku makan ditepi jalan tak jauh dari The Carnivall dan Rasa Sayang resort tu rasanya lagi sedap rasanya kot, itu di mulut aku la.
Acara dihentikan untuk makan tengah hari, sebelum mula aktiviti ke dua iaitu acara air.....free activity
Semua yang hadir, ada jugak yang ngelat
Lunch boleh tahan.
Ini sajalah permainan yang sesuai untuk orang dewasa pun, yang biru melengkung tu....perghh hilang sekejap anunya tu......
Sebagai leader team aku....tengah puji anak buah la hehehehe...Merapu saja lebih sebenarnya, lebih kepada acara bergelak ketawa beramai-ramai. Apa pun enjoy lah jugak lagipun dah lama tak attend teambuilding outdoor macam ni, selalunya takat makan-makan, indoor tembuilding, tengok wayang ataupun main game ringan.
No comments:
Post a Comment