Tapi tahun lepas masa aku pi buat report di IPD Seberang Perai Tengah di PERDA Bukit Mertajam masa buat report tu aku ingat lagi masa dalam balai polis tu selamber jer anggota bertugas hisap rokok dalam balai, beramai-ramai pulak tu, jai bila aku di arahkan pula ke kaunter bahagian siasatan jenayah aku pun ada terfikir nak tanya pada tok Sarjan di kaunter tu tentang perbuatan menghisap rokok di dalam balai. Belum sempat aku tanya nah haihhh!!!............dia sendiri pelekat api, hisap rokok sambil taip report.............terkenyit-kenyit mata dia menahan asap yang masuk ke mata.
OOOOOOOO!!!!!!!.... baru aku tau...............rupa-rupanya Polis Di Raja Malaysia ni adalah swasta, sebab tu undang-undang ataupun larangan menghisap rokok di premis kerajaan tak terguna pakai di sini. Rugi betul masa tu aku dah berhenti rokok kalau tidak aku pun buleh cucuh sekali layaaannnndalam air cond lak tu best giler.
Berbalik kepada larangan kerajaan tu, agak-agaknya kalau lah terjadi jugak kakitangan atau orang awam yang merokok dipremis kerajaan atau swasta tu, agak-agak nak kena buat apa ya???........jawapannya mestilaaa kena buat laporan kan, itu kalau terselindung la. Kalau dah depan-depan, di kaunter utama pulak macam mana ???.....nak buat laporan jugak????..........perghhhh benda jadi dalam kain pun nak kena tunggu orang pi tunjuk. Kalau ada kurap dekat batang sendiri pun sampai orang lain nak kena pi bagitau..........apa punya tur!!!!!!..............
Itu baru satu bab, belum bab kerja hakiki lagi. Kalau dah disiplin basic pun tunggang langgang, tahap kerja pun entah apap-apa la, jadi tak hairan lah kalau ramai mempersoalkan perbuatan atau tindakan pihak polis. Setakat ini saja 2 laporan polis akau dah buat pada tahun lepas, entahlah apala yang dah jadi dengan kes-kes tu. Ini aku sertakan piagam pelanggan dari web rasmi Polis Di Raja Malaysia.......
Mengikut piagam pelanggan ni, pihak polis harus memaklumkan status perkembangan siasatan kes kepada mangsa dalam masa28 hari bekerja. Ini di dalam piagam Polis sendiri bukan aku syok-syok karang masa berak juga bukan aku cedok dari blog picisan mahu pun dari blog Gerek-Kulim ...............sebelum pihak Polis aku salahkan, mungkinkah jugak laporan yang masing-masing aku buat pada April dan Oktober tahun 2009 masih belum cukup 28 hari bekerja, menyebabkan tiada update dari Polis?!?!??!?!............aku tak boleh jawab, tapi aku rasa sebenarnya kes aku tu tak berkembang pun, dengan jangka masa hampir setahun sepatutnya jangankan rendam maggi yang 2 minit boleh kembang, rasanya rendam ketul batu pun dah kembang, kalau nak dikirakan dari segi masa menunggu perkembangan kes. Geram betul aku, tapi apalah yang aku boleh buat melainkan merungut di sini.
Bukan niat aku nak bermusuh atau nak mengata, aku sebenarnya hanya menuntut penambah baikan. Mana mungkin negara semakin maju dan dah separuh tahun di 2010, tapi mentaliti, tahap kerja dan disiplin berada di tahap tahun-tahun 60an.......Bangunlah kalian-kalian yang tidur tu. Bulan-bulan gaji berbayar, tunaikanlah tanggungjawab masing-masing dengan penuh dedikasi, bukan macam orang kena kasi (takdak teloq). Anda semua masih berhutang dengan rakyat, ingatlah.
Apa pun......kahkahkahkahkahkahkahkah...........Malaysia ku Boleh Saja
Ha.. Ha.. Kat tempat kerja aku dan lama dikuatkuasakan larangan merokok. kalau nak merokok ada satu tempat khas. Luar kantin. Berpanas n nasib tak baik tempias hujan...
ReplyDelete