Saturday, December 27, 2008

Motor

Dulu game race motor macam ni dipanggil supermortad dan sangat popular di France, first time aku tengok game ni dalam majalah motor dalam tahun awal 90 an dizaman sekolah dahulu, tapi sekarang mungkin cuba diperkenalkan di Malaysia pulak. Dan macam biasa faktor penghanalang paling utama harga motor la.

Kuala Kangsar


Penang Port


Menyibuk nyibuk....

"dan seorang adik perempuan yang dalam otak aku dia masih lagi seorang kanak-kanak yang sedang mengambil UPSR tapi sebenarnya dia sudah besar dan sedang bercinta dengan suami orang.Apa? Bercinta dengan suami orang?Ya, benar. Suami orang.Seperti biasa, abang besar aku yang perasan bagus sangat pun mula menyibuk-nyibuk dalam hidup dia, cuba membantah serta memberi nasihat dan tunjuk ajak, selalunya dengan cara yang amat menyakitkan hati. Diamla bodo... menyampah, tau tak? Bukannya ada sangkut paut dengan kau pun kan?!"..........

ini sebahagian cerita yang aku ambil dari satu blog. Kisah yang terjadi kepada penulis, dan aku berminat nak mengulas cerita ni. Mungkin kalau pembaca yang muda remaja baca kisah ni mungkin akan bersetuju dengan statement di atas tu tapi yang tetapi bagi aku itulah sebenarnya perbezaan tahap kematangan. Yang belum matang dan yang belum menempuh alam rumah tangga serta beranak pinak pasti setuju dengan pendapat penulis tersebut yang masing-masing ada hak nak menentukan pilihan.

Memang betul masing-masing ada hak tetapi seharusnya kita perlu ingat hidup ni ibarat roda dan ianya memang betul kerana apa yang terjadi pada orang lain hari ini sentiasa akan berulang dan mungkin terjadi kepada sesiapa saja yang memilih dan membuat keputusan yang sama.

Adakah pilihan itu salah, mungkin tidak tetapi ianya bukan yang terbaik.

Perkara yang sama pernah terjadi dalam keluarga aku sendiri, adik sendiri yang membuat pilihan sebegini sebenarnya telah melukakan hati aku sebagai abang. Mungkin aku bukan yang paling rapat, tetapi walau sebagai orang asing sekalipun jika pendapat itu betul adakah salah jika kita mengambil kira teguran atau nasihat itu sebagai pedoman.

Apa pun ianya telah pun berlalu dan apa yang terjadi ialah yang pasti adik kau dah pun berkahwin dengan suami orang dan menjadi isteri kedua. Mempunyai seorang anak, dan akan menyusul dengan yang kedua tidak lama lagi. Mungkinkah dia bahagia entahlah dia sendiri yang dapat menjawab dan aku sebenarnya dah tak peduli. Jika dulu ya aku mungkin ada perasaan kecil hati tapi kini rasanya tak perlulah membuang masa lagi.

Jika di ketikanya dia sakit hampir pitam, sehingga terpaksa memanggil adik aku yang bongsu untuk membantu kerana suami tiada disisi, jika itu dianggap bahagia maka bahagialah dia.....

Jika diketika dia mendapat tahu cerita yang suaminya mempunyai teman wanita baru, yang semua orang telah tahu siapa dan dimana tinggalnya dianggap bahagia, maka bahagialah dia.....

Jika kesana dan kemari dengan hanya berduaan dengan anak tanpa suami disisi itu bahagia, maka bahagialah dia

Jika mengetahui suami menjadi pengunjung tetap bandar seberang sempadan saban waktu itu satu cerita ke bahagiaan, maka bahagialah dia......

Maafkan aku......jika aku telah cuba menjadi seorang abang yang berlagak pandai. Tidak terlintas sedikit pun untuk berlagak pandai, kerana sesungguhnya apalah hasilnya dengan menyibuk dalam hidup orang lain. Pakar motivasi mungkin dibayar lumayan untuk secebis nasihat. Tetapi nasihat dan perhatian dari seorang ahli keluarga tanpa mengharapkan pulangan itu sebenarnya kasih sayang.

Jika dulu alasannya untuk mengubah si lelaki tersebut ke jalan kebaikan dan si dia telah berubah seperti yang dikata maka tahniah!!.........

Apa pun pepatah ada mengatakan menjaga lembu sekandang lebih senang dari menjaga anak perempuan seorang memang benar!!!!........orang dulu-dulu memang pandai sememangnya Melayu penuh keindahan. Dan segala ini belum lagi mengambil kira tentang insan insan lain apa pun hidup ibarat roda.........

Al Kisah.....

Sunday, December 14, 2008

Musim persekolahan


Musim persekolahan 2009 hampir tiba

Kini hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi, penggal persekolahan 2009 akan bermula. Di ketika inilah ibu bapa akan mula sibuk membuat persiapan untuk anak-anak masing-masing dan tak terkecuali jugak dengan aku. Persiapan pakaian dan peralatan alatulis untuk anak-anak dah mula dibeli. Yang mana menjadi pilihan yang murah yang mahal yang biasa yang berjenama, tepuk dada tanya selera.......selera kekadang tak boleh pakai, jadi tanyalah minda selalu. Dicelah sibuk membeli barangan sekolah dah tertinggal pulak barang yang dibeli lebih awal, entah dimana plak tertinggal tadi. Tanya sang ibu dan anak sama saja jawapannya, dah sampai rumah baru sedar, jadi salah siapa punca kecuaian tu........dah tentu yang lebih tua. Tak mungkinlah sang anak nak disalahkan.

Ibu


Teluk Senangin


Family.......teman mancing


Penyokong setia ketika memancing, dengan penuh santai menunggu aku casting........kekonon casting haruan.

Dahulu & sekarang


Perjumpaan Pre Reunion Ex POLIMAS

Dah lama betul tak berjumpa kengkawan yang sama course di Poli dulu, banyak kenangan secara tak langsung terimbas kalaupun tak bersama dengan geng geng yang bakal berjumpa di reunion tu tapi serba sedikit kenangan masa di Poli dulu. Sedar tak sedar kita dah pun mula menjengah alam kematangan, pengalaman selama inilah yang mematangkan kita. Sedar tak sedar jugak mereka mereka yang terdiri dari rakan-rakan kita yang berada disekeliling kitalah yang sebenarnya membantu dalam proses ini. Renungkan sejenak kebelakang untuk mencongak jalan kedepan.

Wednesday, December 3, 2008

2 minggu to dateline

Tinggal 2 minggu saja lagi ke dateline, project ni memang dah menyusahkan aku sepanjang tahun 2008 ni. Tertangguh dan tertangguh, cukuplah.......

Tuesday, December 2, 2008

Selepas 2 tahun

lama betul tak update blog ni, yang sebenarnya dah lupa yang aku pernah create account nih. Selepas 2 tahun apa yang berbeza ya? Semua nya lebih kurang saja, rumah di beli still tak siap, janji dah mcam-mcam janji sampai tension tahap gaban peringkat ke tujuh. Anak makin membesar dalam dunia memasing.....kekadang tersenyum sorang sorang bila teringat telatah diaorang ni. Memang memeningkan kepala tetapi juga menjadi pengubat.....buat sekian kalinya satu lagi permulaan.