Sunday, December 14, 2008

Musim persekolahan 2009 hampir tiba

Kini hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi, penggal persekolahan 2009 akan bermula. Di ketika inilah ibu bapa akan mula sibuk membuat persiapan untuk anak-anak masing-masing dan tak terkecuali jugak dengan aku. Persiapan pakaian dan peralatan alatulis untuk anak-anak dah mula dibeli. Yang mana menjadi pilihan yang murah yang mahal yang biasa yang berjenama, tepuk dada tanya selera.......selera kekadang tak boleh pakai, jadi tanyalah minda selalu. Dicelah sibuk membeli barangan sekolah dah tertinggal pulak barang yang dibeli lebih awal, entah dimana plak tertinggal tadi. Tanya sang ibu dan anak sama saja jawapannya, dah sampai rumah baru sedar, jadi salah siapa punca kecuaian tu........dah tentu yang lebih tua. Tak mungkinlah sang anak nak disalahkan.

No comments:

Post a Comment