Wednesday, December 30, 2009

Sana sini gini gitu

Menara Alor Setar dan chinggay
Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Monday, December 28, 2009

Rokok

Baru-baru ni ni aku baca paper, kerajaan tetapkan harga rokok 20 batang pada harga RM6.40......terus kenangan indah dulu-dulu terimbas kembali, di zaman musim sejuk yang panjang berlalu, bila mana nafas ku masa tu masih selalu berasap lagi........kekononnya musim sejuk la bila nafas berasap......walhal...

Terlintas nak tulis pasal rokok lagi padahal dok ulang berapa kali dah, saja nak kempen

Pada masa tu, aku hisap rokok minimum sehari 20 batang, 1 kotak RM7.00 Sampoerna Hijau satu hari, kadang-kadang lebih. Selalu beli 2 kotak sekaligus, cina mini market tu senyum gembira jer bila aku beli rokok. Hari ni umum harga baru rokok, hari tu jugak dia naik harga, kalau aku beli hari tu dia punya senyum lain macam sikit, lebih lebar dari biasa...........dia sendiri tak hisap rokok.

Dari perkiraan aku perbelanjaan untuk rokok, secara kasarnya......1 kotak, 1 hari RM7.00. 10 hari RM70, sebulan 30 hari, kalikan dengan RM7.00........secara kasarnya perbelanjaan rokok nih lebih RM200 sebulan. Setahun 12 bulan, RM200 dikali kan dengan 12 bulan tuh jumlahnya RM2400..........merokok bukannya ada cuti.

Dulu Sampoerna hijau harganya RM7.00......sekarang.......ntahlah

Kalau ada sesapa yang nak berenti, pergilah ke hospital, cari klinik berenti rokok. Itu cara aku dulu, selebihnya terletak pada diri sendiri, kesan post berenti rokok tu lebih hebat dari kesusahan nak mengatasi ketagihan itu sendiri. Nak hisap balik?!?!?!?!?.........bukan duit menjadi halangan tetapi kesusahan yang dah ditempuhi itu menjadikan aku rasa tak berbaloi sangat rasanya kalau tabiat buruk tu diulang balik.

Kesian orang keliling yang terkena tempias semasa proses berenti, lebih dari aku kesian poket aku sendiri.

Mula berhenti.

Pada mulanya aku langsung tak percaya pada diri aku yang aku akan berjaya berhenti. Kemudian baru aku sedar itulah yang sebaiknya, bila rasa kurang percaya dengan diri sendiri maka kita akan lebih berhati-hati. Niat aku bukanlah untuk berhenti terus sebenarnya, niatku cuma aku cuma ingin kurangkan merokok sehingga aku dapat mengurangkan tahap kebergantungan aku kepada benda tu saja. Cukup, sebagai contoh kalau aku terputus rokok ditengah malam aku tak perlu keluar untuk membeli lagi, jika dapat bertahan sehingga besok pagi tanpa rasa gelisah itu sudah cukup. Dengan bantuan kit dari klinik kesihatan (klinik berhenti merokok) jadi pada Ramadan beberepa tahun lepas, aku pun berhenti secara rasminya hingga ke hari ini.

Tapi kadang-kadang bila jumpa orang yang hisap rokok daun, kadang-kadang tu tumpang lah jugak saja untuk merancakkan cerita dan tak lebih dari itu. Apa pun matlamat dah tercapai akhinya, dan yang penting hanya nak mengekalkannya.

Saturday, December 26, 2009

Friday, December 25, 2009

Bagan Dalam


Di pinggir kemajuan terletak kisah selari masa



Thursday, December 24, 2009

Melompat budak-budak bila dengar

Ini pun lagu yang anak-anak aku minat, bapak pun.......I follow!!!.....cari dan bubuh kat sini kalau ada yang berminat.

Sampai dah naik muak aku dengar lagu ni diulang-ulang........tapi budak-budak masih budak-budak, selagi musim tak berlalu selagi itulah depa dok ulang.

Tuesday, December 22, 2009

Di kampung

MAcam yang aku tulis sebelum ini, kelapangan hujung minggu dan tahun baru aku dan adik aku sekeluarga sempat mengadakan tahlil di kampung asal aku di Perlis. Selepas majlis tahlil macam biasa adalah sikit makan-makan dibuat untuk menjamu saudara mara, kawan-kawan kampung juga kawan-kawan adik aku. 'Orang masjid' macam biasalah semua veteren-veteren kampung sajalah yang menjadi teras yang muda-muda ni dok sibuk dengan hal masing-masing. Yang ini ditujukan juga buat diri aku yang tak berapa nak muda dah ni........sendiri mau paham.




Pak menakan aku (berbaju ungu), Cikgu Md Jusoh (Choh), akan datang blog mini muzium dia. Aku dah siap draft dah, cuma dok tunggu ada masa sikit nak start.

Monday, December 21, 2009

Lagu Jodoh

Ini lagu favourite anak-anak aku dicuti sekolah, entah dari manalah depa dapat lagu ni. Sampai naik penat dah aku dengar, masalahnya pakat dok ulang tang korus sajalah. Ini lirik penuh, baca pun macam lawak patut la budak-budak suka.



Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Back to ***

Saturday, December 19, 2009

Kenduri


Ada kelapangan malam ni sempat jugak buat tahlil untuk kedua arwah orang tua aku, kelainan kali ni, tahlil di rumah, kenduri di gerai makan adik aku. Penat gak dari siang dok buat preparation mengemas tongkang.Makin lama makin teruk keadaan tongkang dikampung tu.

Friday, December 18, 2009

Sangkut


Dah setengah jam aku sangkut disini sampai sempat blogging lagi. Entah apalah yang jadi didepan tu, yang pasti mesti kemalangan teruk. Tadi dah ada sebijik vios terbabas......yang didepan mesti lagi teruk, ini semua memandu gelojoh punya pasallah ni, bila kemalangan menyusahkan orang. Kadang-kadang tu yang tak berdosa pun turut terlibat sama. Bila dah macam ni adalah jugak yang ambil kesempatan guna lorong kecemasan termasuklah jugak van polis sendiri. Kalau yang ber siren tu memang patut pun, tapi yang ini van
Polis yang baru balik dari main bola ka apa ka, penuh satu van, itu pun kecemasan ka? Apa pun aku masih sangkut lagi di sini.

Kesesakan ni rupanya lebih teruk lagi, aku tersangkut disini selama 3 jam lebih langsung tak bergerak. Disebabkan langsung tak bergerak buat masa yang lama maka ramai yang keluar dari kereta dan menuju ke hentian rehat dan rawat termasuklah aku sendiri. Dari kereta aku hentian rehat tu terletak 2km, itulah jugak jarak aku menapak untuk ke toilet dan membeli makanan untuk menghilangkan boring. Pergi dan balik dah 4 km .......malam tu habis lenguh-lenguh kaki aku, dah lama tak bersenam macam ni lah jadinya.





Thursday, December 17, 2009

Cover sikit, C***** %$#^(*)(^#$!!!!......... to kerajaan Malaysia


Ini versi cover sikit, marah terlampau cuma nak cover, bagi padan patut dah la. Ini hadiah kepada aku sebagai penutup 2009............

Tuesday, December 15, 2009

Bolasepak Malaysia


Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana melangkah ke separuh akhir acara bolasepak sukan SEA 2009. Kalau diikutkan permainan Malaysia setakat boleh tahan sajalah, nak kata best sangat rasanya tak seberapa. Itu cakap orang yang tak closely follow sukan bolasepak macam aku ni. Cuma semangat kenegaraan dan sedikit minat dalam bolasepak ni saja yang mem buatkan aku menonton game semalam. Gaya pemain memang ada, memang macam star piala dunia pun, sedia maklum gaji depa ni semua mahal-mahal hampir RM 10 000 sebulan setiap orang jadi tak heranlah kalau macam star pun, tapi yang pastinya basic footbal team Malaysia ni masih tak seberapa , passing pun tak berapa nak kejap yang lain tak payah cerita la, passing pasukan Laos semalam pun nampak lagi mantap.

Dalam pada dapat melangkah ke separuh akhir tu, aku sempat juga menjengah senarai ranking bolasepak dunia, tu dia aih!!!!.......Malaysia sekarang ni duduk, nu haaa ranking ntah apa-apa punya nombot!!........terkini di nombor 152, dikalangan negara-negara yang sebilangannya langsung tak dikenali.

Itu tentang sukan kegemaran No 1 di Malaysia..........yang bab lain belum lagi.

Sunday, December 13, 2009

Bingung

Cuti sekolah....layan budak-budak




Hari yang memenatkan, janji ke Bukit Bendera sekali lagi terpaksa dibatalkan.......mana maunya nak kena tunggu keretapi sampai 3 jam. dah tu malam pulak tu walaupun sampai awal. Terus tak nak buang masa, buat benda lain yang berfaedah lagi baik, yang paling penting anak-anak happy dahlah.
Masjid terapung di Tanjung Bungah.....betul ke nih, ataupun Batu Feringgi, entahlah walaupun aku familiar dengan area ni tapi aku kurang pasti dengan namanya main aga-agak sajalah.
Gambar dari Muzium mainan (Toy Museum)Di Toy museum Tanjung Bungah. Best gak tempat nih kalau jiwa kanak-kanak masih tebal la. Anak-anak aku pun tak berapa minat sangat sebenarnya just masuk tengok-rengok jerlah. Kalau ada yang suka hobi ni, sinilah syurga hobi anda. Macam-macam adaaa.....





Di Padang Kota ataupun Esplanade, hujung minggu depan Petronas Cub Prix akan diadakan disini........sebelum ni di Batu Kawan kali ni dibawa balik ke Padang Kota. Apa pun aku tak dapat nak datang minngu depan sebab nak balik kampung.

Maut selepas akad nikah

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my



Mohd. Faiz (kiri) begitu sedih melihat keadaan kereta yang mengorbankan Mohd. Ariff, ibu dan bapanya di Jalan Kangar-Padang Besar, Perlis semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

PADANG BESAR - Cinta zaman kolej yang berputik antara Mohd. Ariff Ab. Kadir dan Teh Afifah Syahirah Abdul Hamid untuk melayari bahtera perkahwinan tidak kesampaian apabila pengantin lelakinya terkorban dalam kemalangan hanya selepas tiga jam dia dinikahkan semalam.

Mohd. Ariff, 23, maut apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan bas membawa 27 penumpang di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar di sini pada pukul 1 petang.

Turut terkorban, ibu dan bapa Mohd. Ariff iaitu Habsah Othman, 58, dan Ab. Kadir Awang, 53, serta jurugambar pada majlis akad nikah Mohd. Ariff, Mohd. Farhan Musa, 18.

Keempat-empat mangsa itu terkorban dalam kereta Proton Iswara yang dipandu oleh Ab. Kadir. Bagaimanapun, pemandu dan semua penumpang bas sekolah yang dijadikan bas persiaran itu tidak cedera.

Semasa kejadian, keluarga malang itu dalam perjalanan pulang ke Taman Melati di sini selepas majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan di Masjid Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Jarak lokasi kemalangan dengan rumah Mohd. Ariff hanya kira-kira lima kilometer.


** Sedih bila dengar cerita-cerita macam ni, itulah yang dikatakan ajal dan maut. Kemalangan ini berlaku tidak jauh dari kampung aku di Jalan Kaki Bukit (Kangar-Padang Besar)entah kenapa jalan ini tidak lepas mengorbankan nyawa padahal jalannya sangat baik, lurus dan tiada selekoh-selekoh tajam. Mungkin sebab itu juga pemandu suka memandu laju dijalan ini. Hari itu juga hari yang sama kawan sekerja aku kehilangan ayahandanya, takziah buat keluarga mereka yang terlibat dalam kemalangan dan tidak lupa juga buat kawanku. Kehilangan orang tersayang pasti akan terkesan selamanya, tiada apa yang dapat diubah lagi yang pergi tetap pergi, masa kita pasti akan tiba, hanya persoalan bila yang menjadi jaraknya.

Saturday, December 12, 2009

Peneman diri


Bila boring layan benda nie......berbirat muka, badan ni ha kena jelingan tajam sang isteri.

Thursday, December 10, 2009

Hari tu

Punya seronok anak-anak aku ni dapat berendam macam ni, Amie tunjuk skill terjun .........5 tahun punya skill boleh lah tahan. Bapaknya pun test skill jugak. Ini gambar lepas kenduri hujung minggu lepas, terus ke Batu Hampar di jalan ke Bukit 300.
Namapak macam dia tengah cakap apa ntah, tapi sebenarnya tengah terjun ni.....air paras pinggang budak-budak ajer.

Sunday, December 6, 2009

Bidan terjun

Bukan ada sesapa pun yang terjun cuma aku ni, hari ni terpaksa jadi photographer tak berjemput. Sebenarnya aku ikut rombongan mempelai ke kenduri perkahwinan sepupu wife aku yang tinggal di Butterworth tu. Pada mulanya saja ikut bawak emak dan bapa mertua aku ke majlis tu, dah alang-alang ikut aku pun saja-saja buat sibuk pi ambik gambar pengantin, nak dijadikan cerita aku pulak yang jadi photographer utama. Tersipu-sipu gak pengantin nak ikut arahan aku masa suruh posing, yang sebenarnya aku dah biasa dengan kerja ni so memang tak kekok cuma mungkin pengantin rasa gemuruh sikit. Tapi selepas aku bagi dia comfortable dengan gelak-gelak dan sembang-sembang kedua-duanya mula rasa comfortable nak posing. Yang di atas tu gambar pilihan ku untuk kali ini......




Wednesday, December 2, 2009

Tuesday, December 1, 2009

Sejadah duduk kini di Perlis


Masa cuti Raya Haji baru-bari ni ada satu malam tu aku sempatlah bawak anak aku keluar makan sekali dengan pi jalan-jalan di Kuala Perlis. Nak dijadikan cerita masa dok tunggu anak dok main kat taman permainan di taman bertentangan dengan Hotel Putra Brasmana di Kuala Perlis, aku terdengar heboh pulak kata ada benda pelik di surau. Mulanya masing-masing macam dok bisik saja aku dok heran lah jugak apa benda depa dok sembang, kemudian satu kakak tu bagitau ada budak jumpa sejadah berdiri (dalam posisi duduk sebenarnya) di surau berdekatan. Aku pun tak berlengah lagi terus lah pi tengok, siap ambik gambar perghh macam reporter la pulak. Masing-masing yang ada disekeliling tempat tu bercakap sesama sendiri, macam-macam teori yang keluar biasalah yanag tahyul mahyul pun ada sekalilah






Ada sekumpulan budak-budak remaja tanya kat aku, 'Abang buleh percaya ka semua ni??'....jawapan aku mudah saja, 'awat tak buleh percayanya, benda dah depan mata, hang nampak aku pun nampak kena percaya la'........percaya kata sejadah tu jadi lagu tu la. Nak kata sejadah tu duduk sendiri ntahlah bukannya kita boleh tau, tempat tu tempat awam sapa-sapa pun boleh masuk dan boleh gubah benda tu untuk jadi macam tu kalau nak. Yang ni kita tak boleh conclude sebab tak nampak.......itu saja, full stop, tak payah pikir lagi dah.