Sunday, December 13, 2009

Maut selepas akad nikah

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my



Mohd. Faiz (kiri) begitu sedih melihat keadaan kereta yang mengorbankan Mohd. Ariff, ibu dan bapanya di Jalan Kangar-Padang Besar, Perlis semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

PADANG BESAR - Cinta zaman kolej yang berputik antara Mohd. Ariff Ab. Kadir dan Teh Afifah Syahirah Abdul Hamid untuk melayari bahtera perkahwinan tidak kesampaian apabila pengantin lelakinya terkorban dalam kemalangan hanya selepas tiga jam dia dinikahkan semalam.

Mohd. Ariff, 23, maut apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan bas membawa 27 penumpang di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar di sini pada pukul 1 petang.

Turut terkorban, ibu dan bapa Mohd. Ariff iaitu Habsah Othman, 58, dan Ab. Kadir Awang, 53, serta jurugambar pada majlis akad nikah Mohd. Ariff, Mohd. Farhan Musa, 18.

Keempat-empat mangsa itu terkorban dalam kereta Proton Iswara yang dipandu oleh Ab. Kadir. Bagaimanapun, pemandu dan semua penumpang bas sekolah yang dijadikan bas persiaran itu tidak cedera.

Semasa kejadian, keluarga malang itu dalam perjalanan pulang ke Taman Melati di sini selepas majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan di Masjid Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Jarak lokasi kemalangan dengan rumah Mohd. Ariff hanya kira-kira lima kilometer.


** Sedih bila dengar cerita-cerita macam ni, itulah yang dikatakan ajal dan maut. Kemalangan ini berlaku tidak jauh dari kampung aku di Jalan Kaki Bukit (Kangar-Padang Besar)entah kenapa jalan ini tidak lepas mengorbankan nyawa padahal jalannya sangat baik, lurus dan tiada selekoh-selekoh tajam. Mungkin sebab itu juga pemandu suka memandu laju dijalan ini. Hari itu juga hari yang sama kawan sekerja aku kehilangan ayahandanya, takziah buat keluarga mereka yang terlibat dalam kemalangan dan tidak lupa juga buat kawanku. Kehilangan orang tersayang pasti akan terkesan selamanya, tiada apa yang dapat diubah lagi yang pergi tetap pergi, masa kita pasti akan tiba, hanya persoalan bila yang menjadi jaraknya.

No comments:

Post a Comment