Tuesday, December 15, 2009

Bolasepak Malaysia


Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana melangkah ke separuh akhir acara bolasepak sukan SEA 2009. Kalau diikutkan permainan Malaysia setakat boleh tahan sajalah, nak kata best sangat rasanya tak seberapa. Itu cakap orang yang tak closely follow sukan bolasepak macam aku ni. Cuma semangat kenegaraan dan sedikit minat dalam bolasepak ni saja yang mem buatkan aku menonton game semalam. Gaya pemain memang ada, memang macam star piala dunia pun, sedia maklum gaji depa ni semua mahal-mahal hampir RM 10 000 sebulan setiap orang jadi tak heranlah kalau macam star pun, tapi yang pastinya basic footbal team Malaysia ni masih tak seberapa , passing pun tak berapa nak kejap yang lain tak payah cerita la, passing pasukan Laos semalam pun nampak lagi mantap.

Dalam pada dapat melangkah ke separuh akhir tu, aku sempat juga menjengah senarai ranking bolasepak dunia, tu dia aih!!!!.......Malaysia sekarang ni duduk, nu haaa ranking ntah apa-apa punya nombot!!........terkini di nombor 152, dikalangan negara-negara yang sebilangannya langsung tak dikenali.

Itu tentang sukan kegemaran No 1 di Malaysia..........yang bab lain belum lagi.

2 comments:

  1. aku setuju. tengok cara gol nya pun setakat terkena kaki lawan baru melantun dalam gawang. tak tajam menerjah jaring.

    apa-apa pun mereka baru bawah 23 tahun. mungkin boleh maju lagi.

    cuma jangan ada politik kotor di sudut pengurusan...

    ReplyDelete
  2. Betul tu, pengurusan team bola Malaysia pun ntah apa-apa, sikit-sikit politik, harap-harap jangan dipolitikkan secara kotor sudahlah. Lingkup budak-budak yang sangat berpotensi ni. Kalau passing/taktikal/teknikal boleh bagi mantap lagi, ingat boleh pi jauh ni.

    ReplyDelete