Monday, December 28, 2009

Rokok

Baru-baru ni ni aku baca paper, kerajaan tetapkan harga rokok 20 batang pada harga RM6.40......terus kenangan indah dulu-dulu terimbas kembali, di zaman musim sejuk yang panjang berlalu, bila mana nafas ku masa tu masih selalu berasap lagi........kekononnya musim sejuk la bila nafas berasap......walhal...

Terlintas nak tulis pasal rokok lagi padahal dok ulang berapa kali dah, saja nak kempen

Pada masa tu, aku hisap rokok minimum sehari 20 batang, 1 kotak RM7.00 Sampoerna Hijau satu hari, kadang-kadang lebih. Selalu beli 2 kotak sekaligus, cina mini market tu senyum gembira jer bila aku beli rokok. Hari ni umum harga baru rokok, hari tu jugak dia naik harga, kalau aku beli hari tu dia punya senyum lain macam sikit, lebih lebar dari biasa...........dia sendiri tak hisap rokok.

Dari perkiraan aku perbelanjaan untuk rokok, secara kasarnya......1 kotak, 1 hari RM7.00. 10 hari RM70, sebulan 30 hari, kalikan dengan RM7.00........secara kasarnya perbelanjaan rokok nih lebih RM200 sebulan. Setahun 12 bulan, RM200 dikali kan dengan 12 bulan tuh jumlahnya RM2400..........merokok bukannya ada cuti.

Dulu Sampoerna hijau harganya RM7.00......sekarang.......ntahlah

Kalau ada sesapa yang nak berenti, pergilah ke hospital, cari klinik berenti rokok. Itu cara aku dulu, selebihnya terletak pada diri sendiri, kesan post berenti rokok tu lebih hebat dari kesusahan nak mengatasi ketagihan itu sendiri. Nak hisap balik?!?!?!?!?.........bukan duit menjadi halangan tetapi kesusahan yang dah ditempuhi itu menjadikan aku rasa tak berbaloi sangat rasanya kalau tabiat buruk tu diulang balik.

Kesian orang keliling yang terkena tempias semasa proses berenti, lebih dari aku kesian poket aku sendiri.

Mula berhenti.

Pada mulanya aku langsung tak percaya pada diri aku yang aku akan berjaya berhenti. Kemudian baru aku sedar itulah yang sebaiknya, bila rasa kurang percaya dengan diri sendiri maka kita akan lebih berhati-hati. Niat aku bukanlah untuk berhenti terus sebenarnya, niatku cuma aku cuma ingin kurangkan merokok sehingga aku dapat mengurangkan tahap kebergantungan aku kepada benda tu saja. Cukup, sebagai contoh kalau aku terputus rokok ditengah malam aku tak perlu keluar untuk membeli lagi, jika dapat bertahan sehingga besok pagi tanpa rasa gelisah itu sudah cukup. Dengan bantuan kit dari klinik kesihatan (klinik berhenti merokok) jadi pada Ramadan beberepa tahun lepas, aku pun berhenti secara rasminya hingga ke hari ini.

Tapi kadang-kadang bila jumpa orang yang hisap rokok daun, kadang-kadang tu tumpang lah jugak saja untuk merancakkan cerita dan tak lebih dari itu. Apa pun matlamat dah tercapai akhinya, dan yang penting hanya nak mengekalkannya.

No comments:

Post a Comment