Gambar hanya hiasan...tiada kena mengena dengan cerita Adnan Sempit The Series.
Kebiasaan....
Selama ini perjalanan rutin hidup aku akan bermula dari seberang Jaya berpusing di Perai (Taman Inderawasih) dan menghala ke sebelah pulau untuk ke tempat kerja. Begitulah seadanya perjalanan hidup harian aku, tiada yang hebat melainkan yang biasa-biasa saja. Sepanjang berulang alik melalui lebuhraya, kawasan perindustrian Perai dan melintasi jambatan Pulau Pinang banyak yang dapat aku perhatikan, dari kesibukan pergerakan manusia dengan rutin masing-masing, pemandangan laut dan tak kurang juga yang tak diingini iaitu kemalangan-kemalangan yang berlaku di jalanraya. Dan Alhamdulillah setakat ini aku masih survive di celah-celah kesibukan dan kesesakan itu semua. Setiap hari diketika perjalanan pasti ada benda baru yang aku pelajari dari sekeliling, juga tak kurang banyaknya idea yang terlintas di fikiran aku........yang pasti tak seberapa idea itu yang aku realisasikan. Sesetengahnya juga terlalu besar untuk aku jadikan kenyataan.
Aku fikir.....
Masing-masing dengan hal masing-masing, aku dengan hal aku, engkau dengan hal engkau, di sesuatu ketika jika ada jodohnya, garisan laluan perjalanan kita pasti bersilang di satu pertemuan. Hanya jodoh jadi penentu.
Sekarang.....
Kini rutin garisan pergerakan perjalanan aku telah berubah dari menghala ke pulau, sekarang menghala Kulim pula. Dari perjalanan menempuh kesesakan dan bau asap kini bertukar pulak perjalanan menempuh kesegaran udara dan ketenangan..........kabus kini dan bukannya jerebu menjadi pemandangan biasa. Setakat ini aku belum jemu dengan pemandangan pagi di sepanjang perjalanan aku, semuanya mengasyikkan.....tapi taklah terlalu asyik sampaikan aku tak boleh nak kerja.
Aku rasa...
Sekarang lebih menenangkan fikiran, udara lebih bersih membuatkan hati dan jiwa lebih tenang dan tenteram. Itu aku lalui di jalanan.
Masa depan...
Aku akan berpindah ke Kulim....tapi entah bila, rumah sudah disana. Mungkin tidak lama lagi agaknya. Aku ingin berada di tengah ketenangan desa di sana dan bukan hanya menempuh perjalanan melaluinya. Tiada aral pasti ada jodohnya, garisan pergerakan perjalanan hidup sekali lagi pasti berubah.
Satu titik masa.....
Perjalanan pasti terhenti, hanya 'bila' menjadi bezanya.
kalau berhenti pun hanya di dunia. di akhirat, kita sambung semula dengan udara yang entah bagaimana...
ReplyDeleteBetul tu IM, terhenti seketika....sebelum mula yang baru, yang itu baru betul. Sesak kah, semput kah ataupun bernafas lega......
ReplyDelete