Tuesday, June 30, 2009

Ciiss mai balik pulak dah!!!..


Entah pasai apa kebelakangan ni kenangan dan kehendak lama aku dah mai balik. Nak tau apa benda yang jadi minat aku dari dulu sampai sekarang, yang sebenarnya motor scrambler atau dalam bahasa omputihnya dirt bike. Puncanya dulu orang tua aku ada bagi motor scrambler ni masa aku tingkatan 1, aku pun punyalah syok apa taknya tingkatan satu dah ada motor sendiri. Yang sebenarnya orang tua aku tak pandai naik motor ada clutch sebab tu dia bagi kat aku, penat aku ajar dia tapi dok tak buleh-buleh. Last last kalau nak pi mana dusun ka kebun ka, akulah yng jadi driver dia bawak naik scrambler tu walaupun aku sendiri tak dak lesen. Yamaha DT125 itulah model motor scrambler aku tu, alaaa model macam Azroy cerita Ali Setan tu, itulah model scrambler aku, yang beza cuma suspension yang ditinggikan memang sesuai offroad saja siap dengan tayar knobby. Masa aku pakai motor tu,motor tu kira dah ketinggalan zaman jugak la sebab masa tu motor generasi Yamaha SS, Suzuki RG baru keluar dipasaran kira dok kena kutuk sajala dikampung. Aku pakai motor tu lama jugak dari tingkatan 1 sampailah aku habis sekolah. Dulu aku selalu angan-angan nak beli dirt bike model yang baru sikit tapi tak pernah aku bersungguh-sungguh, sampailah ke hari ni, tapi kebelakangan ni minat dan cita-cita aku tu dah mai balik pulak dah. Sebelum ni minat pun terhad setakat beli majalah Roda-Roda saja la, tapi sekarang ni dah mula angan-angan nak sambar motor terus pulak dah. Sabaqqqq sabaqqq!!!!.......
Kalau dulu Yamaha YZ, Yamaha Serrow, Honda CR, Kawasaki KX/KDX, Suzuki RM semua model ni memang sentiasa dalam angan-angan tapi tak pernah tercapai sampailah sekarang ni. Sekarang nia model itu jugaklah yang dok terbayang-bayang balik.
Honda CR
Yamaha DT, model baru berbanding yang aku punya dulu
Kawasaki KDX
Yamaha YZ250 2009
Yamaha YZ model hujung 80an ke 90an

Dulu trek Sungai BAtu Pahat itulah menjadi saksi kehebatan aku heheheheheheee.......hebatlah jugak, sampai ada satu Jumaat tu sampai motor aku jem terus kena pulak dekat dengan waktu sembahyang Jumaat, terpaksalah tolak motor balik rumah lalu depan masjid Abi waktu orang tengah ramai masuk masjid yang kita ni pulak lalu depan tu penuh dengan selut satu badan.....klaau sebelum itu orang tua aku tak tau kata aku ok pi layan trek Sungai Batu Pahat sebab balik aku terus basuh motor untuk nak cover line. Tapi bila dah jam macam tu teruk jugak la aku kena. Dah la naik motor pi Sungai Batu Pahat dengan tak dak lesen pastu bagi lingkup motor plak tu..........


Motor tu beransur terpinggir selepas aku dapat motor Yamaha SS untuk kegunaan aku, akhirnya aku dapat tahu adik aku sedekah kat orang macam tu saja..........sedihnya aku..