Tuesday, June 30, 2009

Ciiss mai balik pulak dah!!!..


Entah pasai apa kebelakangan ni kenangan dan kehendak lama aku dah mai balik. Nak tau apa benda yang jadi minat aku dari dulu sampai sekarang, yang sebenarnya motor scrambler atau dalam bahasa omputihnya dirt bike. Puncanya dulu orang tua aku ada bagi motor scrambler ni masa aku tingkatan 1, aku pun punyalah syok apa taknya tingkatan satu dah ada motor sendiri. Yang sebenarnya orang tua aku tak pandai naik motor ada clutch sebab tu dia bagi kat aku, penat aku ajar dia tapi dok tak buleh-buleh. Last last kalau nak pi mana dusun ka kebun ka, akulah yng jadi driver dia bawak naik scrambler tu walaupun aku sendiri tak dak lesen. Yamaha DT125 itulah model motor scrambler aku tu, alaaa model macam Azroy cerita Ali Setan tu, itulah model scrambler aku, yang beza cuma suspension yang ditinggikan memang sesuai offroad saja siap dengan tayar knobby. Masa aku pakai motor tu,motor tu kira dah ketinggalan zaman jugak la sebab masa tu motor generasi Yamaha SS, Suzuki RG baru keluar dipasaran kira dok kena kutuk sajala dikampung. Aku pakai motor tu lama jugak dari tingkatan 1 sampailah aku habis sekolah. Dulu aku selalu angan-angan nak beli dirt bike model yang baru sikit tapi tak pernah aku bersungguh-sungguh, sampailah ke hari ni, tapi kebelakangan ni minat dan cita-cita aku tu dah mai balik pulak dah. Sebelum ni minat pun terhad setakat beli majalah Roda-Roda saja la, tapi sekarang ni dah mula angan-angan nak sambar motor terus pulak dah. Sabaqqqq sabaqqq!!!!.......
Kalau dulu Yamaha YZ, Yamaha Serrow, Honda CR, Kawasaki KX/KDX, Suzuki RM semua model ni memang sentiasa dalam angan-angan tapi tak pernah tercapai sampailah sekarang ni. Sekarang nia model itu jugaklah yang dok terbayang-bayang balik.
Honda CR
Yamaha DT, model baru berbanding yang aku punya dulu
Kawasaki KDX
Yamaha YZ250 2009
Yamaha YZ model hujung 80an ke 90an

Dulu trek Sungai BAtu Pahat itulah menjadi saksi kehebatan aku heheheheheheee.......hebatlah jugak, sampai ada satu Jumaat tu sampai motor aku jem terus kena pulak dekat dengan waktu sembahyang Jumaat, terpaksalah tolak motor balik rumah lalu depan masjid Abi waktu orang tengah ramai masuk masjid yang kita ni pulak lalu depan tu penuh dengan selut satu badan.....klaau sebelum itu orang tua aku tak tau kata aku ok pi layan trek Sungai Batu Pahat sebab balik aku terus basuh motor untuk nak cover line. Tapi bila dah jam macam tu teruk jugak la aku kena. Dah la naik motor pi Sungai Batu Pahat dengan tak dak lesen pastu bagi lingkup motor plak tu..........


Motor tu beransur terpinggir selepas aku dapat motor Yamaha SS untuk kegunaan aku, akhirnya aku dapat tahu adik aku sedekah kat orang macam tu saja..........sedihnya aku..

Monday, June 29, 2009

Kera jaan Malaysia....

Hanya di Malaysia
Perkhidmatan Awam dan apa saja yang berkenaan untuk orang ramai......hampehhh!!!!
Bagi sesiapa yang pernah berurusan dengan jabatan kerajaan mungkin ada pengalaman masing-masing berhadapan dengan berbagai situasi semasa menyelesaikan urusan masing-masing. Aku sendiri ada beberapa pengalaman yang memang aku tak boleh lupakan dan malangnya boleh dikatakan setiap kali aku berurusan pasti akan ada kisah yang terkesan dan tak mungkin aku lupakan. Terfikir jugak, aku ni demanding sangat kah sampai setiap kali berurusan aku kata ada saja masalah, nak senang cerita aku masukkan terus cerita pengalaman aku dibawah.

Polis Malaysia
Kereta aku pernah dilanggar diparking rumah lama aku di sebuah kawasan flet di Perai pada suatu malam lebih dari 6 tahun dulu. Kereta yang aku parking di kawasan dibawah telah dilanggar oleh seorang hindu mabuk. Tindakan aku yang pertama, malam itu jugak aku ambik gambar keadaan tempat kejadian dan kedudukan kereta aku sebagai bukti. Pagi besoknya aku pun terus ke Balai Polis Perai untuk buat laporan, dan aku pun diarah ke pejabat seorang sarjan dibahagian trafik untuk diambil keterangan laporan. Diatas meja sarjan tu aku tengok ada satu laptop yang aku perhatikan adalah kepunyaa sarjan tu sendiri. Aku perasan laptop tu tak ada sebarang label sebagaimana harta milik kerajaan yang lain dan terus terlintas difikiran aku banyak betul duit sarjan ni sampai boleh pakai laptop sendiri ditempat kerja. Pada masa yang sama aku tengok sarjan tu guna handphone yang pada masa tu berharga lingkungan hampir RM2000 lagi lah musykil aku dengan kemampuan polis ni. Sekarang semua ini mungkin normal saja tapi perlu diingat semasa kejadian ini berlaku lebih dari 6 tahun dahulu, pada masa tu laptop paling murah pun masih dalam lingkungan RM4000 lebih dan hand phone pun masih tak banyak pilihan dan tak ramai yang mampu pakai hand phone mahal-mahal. Settle bab tu aku pun tanyalah macam mana nak cari orang yang langgar tu dan apa tindakan pihak polis, daripada jawab soalan aku tentang orang yang bersalah sarjan tu dok sibuk tanya bab kat mana aku nak hantar repair kereta aku dan siap bagi contact kedai repair kereta. Ini satu lagi musykil apahal pulak ni aku nak engkorang cari sapa langgar kereta aku, yang dia pulak sibuk dengan mana nak repair kereta aku.

Selepas selesai memberi keterangan, aku dengan sarjan itu pun keluar dari balai dan ke kereta aku untuk diambil gambar sambil tu keterangan aku tentang keadaan tempat kejadian diambil dan oleh kerana nak memudahkan aku pun cubalah nak tunjuk gambar yang aku ambik tapi polis tu buat tak tahu saja tapi still dok tanya aku macam-macam soalan tentang tempat kejadian. Tak pernah aku jumpa manusia sebegitu bodoh sombong dah ada benda lagi senang tapi tak nak tengok, dah tu tak berenti-berenti tanya aku macam-macam kalau tengok sendiri kan senang. Apa punya turrr daaa!!!!!............. Settle bab tu aku pun masuk balik kedalam balai dengan sarjan tadi dan sorang lagi polis untuk ambik nombor siri laporan. Yang lagi menariknya nombor siri laporan aku tu ditulis diatas kertas yang disediakan oleh syarikat kereta tarik dengan iklan syarikat dimuka depan , confuse jugak aku macam mana satu jabatan kerajaan boleh menggunakan barang dari sebuah kedai siap ada iklan lagi dimuka depan……ish ish ish macam manalah orang nak percaya dengan polis ni kalau macam tu gayanya. Masa dah settle semua tu baru aku perasan polis ni macam dah jadi balaci kedai kereta saja macam agen kedai kereta saja siap iklan lagi!!!. Lain kali kalau ada masalah macam ni terus buat report dikedai kereta sajalah sebab tak ada bezanya kalau polis pun dah sama fungsi dengan kedai kereta………Malaysia Boleh!!!!


Nanti aku sambung, banyak cerita macam ni itu baru aku sorang orang lain ntah ada yang lagi teruk dari ini……...

Sunday, June 28, 2009

Tok Jaq dan operation

Hari ni seperti yang dah plan dari minggu lepas, tok jaq dah dimasukkan ke hospital untuk menjalani operation pembetulan pada bahagian rahim dan juga organ lain dalam badan. Pembedahan kali ini juga amat serius dan kalau diikutkan memang agak berisiko disebabkan oleh usia tok jaq sendiri yang kini dah mencecah 79 tahun. Buat pertama kali bagi jangkamasa setahun aku berjumpa dengan adik perempuan aku dan bersekali dengan adik lelaki aku, sesuatu yang jarang-jarang sangat berkesempatan. Semasa tok dimasukkan keadaan dia amat memuaskan dan bersedia untuk operation tersebut, tapi beransur peatang selepas check up dari pakar bius dibuat keadaan tok tiba-tiba jadi teruk. Dia dah mula tak kenal orang dan seperti tak ketahuan dengan apa yang dia nampak dan dengar, aku pun tak berlengah terus panggil nurse dan tanya apa yang depa dah buat dengan orang tua tu. Bukan sebab apa cuma sebagai kepastian, mungkin diaorang bagi ubat dan mungkin kesan dari ubat itu menyebabkan dia jadi macam tu. Tapi depa dah confirm tak bagi apa-apa dah jadi satu haru pulak dah!!!!........bila check darah, rupanya kurang gula dalam darah....... bila masuk drip glukose dalam 15 minit terus OK. Bila dah OK tu ayat yang mula-mula keluaq dari tok aku memang lawak betui la memang la serius tapi dalam keadaan macam tu jadi lawak la juga.

"Hidup lagi no, tadi tu dah dekat-dekat dah tu, sikit saja lagi kalau tidak memang tak dak dah!!!..."...ish orang tua ni dan lagi dok buat lawak dalam keadaan macm tu. Habih semua orang tergelak kat dia yang tadi punya lah teruk sampai jadi merapu satu macam saja, dapat ubat tenaga dah mai balik teruih dia kata lagu tu pulak.

Bila dia start dok membebel balik, dia dah tak kenal aku dah nama aku pun dia dah tak nela. Tapi nak buat macam mana bukan dia yang nak jadi macam tu.






Pukul 7 aku terus bertolak balik ke Penang, sampai di Seberang Jaya aku singgah di ESSO ditepi PLUS highway berdekatan Kompleks Sempilai. Selesai membayar dan sedang aku mengisi minyak aku dok perati sebuah Toyota Camry baru model yang menjadi rebutan diPerak ut!!!.......tiba-tiba dari dalam kereta tu aku terdengar suara orang menjerit dasn pintu dibuka juga penumpang keluar sambil menjerit-jerit. Pada masa yang sama aku terdengar bunyi kuat motor Yamaha 125Z beredar, rupa-rupanya penumpang kereta itu telah diragut!!!!!..........terkejut beruk semua orang disitu. Aku masa tu memang niat nak tolong tapi aku sendii tak tau nak buat apa, nak kejar pun memang cari nahas saja sebab peragut tu lari menyongsang arus menuju ke arah kompleks sempilai, kalau naik motor OK lah jugak nak kejar pun itupun kalau sedia berdepan dengan risiko mati katak.

Bila masuk ke kereta wife ku bagitau ada budak 2 orang baru saja melintas didepan kereta aku sejurus sebelum kejadian itu dengan motor 125Z merah......memang sah itulah peragut yang dikatakan itu, tapi apakan daya tiada apa yang dapat dilakukan lagi dah benda dah jadi.

Beringatlah jika kejadian ragut berlaku kepada anda tiada apa yang dapat lakukan.......jadi persediaan terbaik ialah mencegah dan tidak memeberi sebarang ruang untuk peragut mengambil kesempatan.

Kunci kereta semasa mengisi minyak walaupun ada penumpang didalam!!!!!!.....

Kayuh, FAmily Day, karnival KOSMO

Minggu ni memang satu minggu yang padat dengan aktiviti dikawasan Seberang Jaya ini secara amnya dan kawasan Sembilang khasnya. Pertengahan minggu yang lepas masa dok kayuh dikawasan Seberang Jaya ni aku ada nampak banner dok promosi family day yang juga hari kempen tanpa jenayah untuk kawasan Seberang Jaya dan di naungi oleh ADUN Seberang Jaya sendiri iaitu YB Ariff Shah. Disamping family day tu Utusan Malaysia juga ada buat hari terbuka pada minggu ini juga jualan bahan terbitan syarikat Utusan Malaysia. Yang sebenarnya kilang Utusan /KOSMO ni juga dikawasan Sembilng ni jugak jad senang la nak pi. Minggu ni aku memang dah plan aku akan pergi ke semua tempat ni sebab tertarik dengan program yang diatur......

SEbelum itu bangun pagi saja aku dah plan nak kayuh dulu ke Bukit Indera Muda, saja nak training panjat bukit lagipun tak ada kawasan berbukit di Seberang Jaya paling inggi pun jambatan Perai saja.

Aku bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8 pagi, bila lalu saja di padang bola dah nampak orang dah mula ramai untuk sama-sama menyertai family day. Meriah sungguh sambutan orang ramai. Apa pun aku terus kayuh menghala ke Permatang PAuh dan Permatang Pasir.


Hari keluarga Seberang Jaya

jirat Cina, tempat aku panjat memanjat dengan beskal aku....nak buat guno bukan ada bukit lain dah dekat sini

Ini kawasan kampung di Bukit Indera Muda, boleh tahan jugak mencanak jalan disini
Ushar satu macam saja!!!.....



MAsa ambik gambar ni semua aku duduk atas beskal saja, dicelah-celah wartawan, Semua heran mana mai wartawan basah lencun dengan peluh duduk atas beskal ni pulak. Ada juga yang mai tanya beskal aku harga berapa ribu depa ingat aku pun join event hari belia benci dadah tu.......hehehehe




Monday, June 22, 2009

Corratec.....


Amboi segak sungguh....kredit kepada blog Team Seri Serdang, gambar disekitar NTMTBA.

NTMTBA, aku uphill Wang Kelian......

Keadaan tok dah baik, ambik kesempatan jalan-jalan bawak anak menakan pi Wang Kelian lah pulak. Tengok lah pemandangan dari bukit lalaun ke Wang Kelian tu, juga lokasi yang kita boleh tengok dalam filem 'Tentang Bulan' dan 'Jangan Pandang Belakang Congkak'




Ish lama sungguh aku tak sampai pi sini, punyalah ramai orang dari luar kebanyakannya pakat dok mai shopping disini. Kalau hujung minggu awal pagi boleh kata berpuluh biji bas dok serbu mai sini, kereta tak payah cakaplah memang banjir kereta punyalah.
Buah laici dan buah nona, yang ni spesis yang nakpupus dah di Malaysia susah sungguh nak jumpa.



"Abang, tok tenat........"

Aku terus balik kampung bila dapat message ni dari adik aku.........


Cerita da dibawah.

"Abang, tok tenat".....


Dalam aku dok sakit lutut ni aku dapat pulak satu message dari adik aku di kampung, ringkas tapi dengan kesan yang besar. "Tok sakit tenat".........itu saja. Bila saja aku baca teruih aku terfikit tok aku di kampung. Tok aku ni sebenarnya dalam lingkungan umur hampir ke 90 tahun dan selalu saja tak sihat. Biasanya tiada siapa pun akan bagitau aku kalau dia setakat sakit biasa. Jadi kali ini bila aku dapat message ni aku dah rasa satu macam dah.........lagipun tok aku dah dijadualkan akan di operate minggu depan.

Aku tak berlengah terus capai apa patut, persediaan balik ke kampung aku dah sediakan dengan mengambil kira keadaan yang terburuk boleh berlaku. Tapi sebelum itu aku sendiri terpaksa ke klinik dulu untuk consult doktor tentang sakit lutut aku ni dan juga untuk ambik ubat. Dari situ aku terus bertolak balik, dalam perjalanan balik adik aku continue update aku tentang keadaan tok aku.

Bila sampai lebih kurang pukul 2.30 pagi di rumah mak cik aku di Bohor Lateh aku tengok tok aku ok saja boleh gerak tangan badan semua aikk biaq betui!!!......bila aku dengar full story barulah aku tau, rupanya tok aku terhibernate tadi sebab kurang gula dalam badan dan sebab tu jugaklah depa kata dah nazak sangat dah. Tak ada gula dalam badan tenaga pun zero la terus lena tak sedaq dah. Rupanya lepas hospital masuk drip gula habis satu pack tu dia terus OK, siap bangun tanya pakat dok buat apa ramai-ramai dan pasai apa pakat dok baca Yasin. Aku dengaq pun nak tergelak eheheheheh......false alarm punya cerita lah ni. Apa pun Alhamdulillah dia OK, aku walaupun sakit lutut, kena drive tengah malam lawan mengantuk bila dapat tau macam ni aku tetap bersyukur dia sihat harap panjang lagilah umur tok aku.

Besoknya bila aku melawat lagi sekali sebelum balik ke Penang, dia dok cerita kata Syahrizan mai la itulah inilah kat aku......pastu siap bahasa diri dia Ngah. Aku jadi pening terus, .....rupanya dia hilang ingatan pulak dah, dah tak cam kata akulah Syahrizan yang dia dok kata tu. Ngah tu biasanya dia bahasa diri dia kat cucu menakan dia.........hehehehehehee aku nak tergelak pun ada, tapi nak buat macam mana dah nak jadi macam tu, bahagian dia kita dah tau bahagian kita belum tau lagi. Selama ni hanya adik pompuan aku saja dok betui-betui ambik berat, harapkan yang lain, harap mak cik aku, nak harap kat cucu kesayangan tok aku..........semua hampeh, takat pandai gila harta, gila nak bahagi tanah yang tu sajalah. Malam tu pun depa semua tak mau hantaq tok pi hospital, depa kata dah sampai masa daaahhh!!!......kepala hotak hangpa!!!!. Kalau ikut cakap depa dah arwah kes naya orang tua tu.

Tengok tu, dah ok kan....

Friday, June 19, 2009

Adoiii!!!.....lutuit aku!!!!

ish sakit tak habih lagi nih nak buat macam mana ntah, sakit woit tak leh tahan. Dah makan ubat tapi dok berasa jugak lagi nak berjalan pun tak berapa sempurna apatah lagi nak berkayuh gerek langsung tak buleh. Adoi lutuit oooo lutuit sakit woit......bila la nak baik ni, sekarang ni dah jadi 50-50 dah hari Ahad ni. Kalau gagah pi kayuh pun takut sat gi patah balik tak dan 10km plak, lagi buang masa. Tengok lah esok macam mana...........

Thursday, June 18, 2009

Macam-macam dok ada

Dalam pada aku dok tulis nih.....aduh-duh duh adoiii!!! sakit sungguh kepala lutut aku ni. Sakit yang mulanya berasal dari sakit lutut hasil dari jatuh berguling di Sg Kob hari tu dah membawa kepada gout pulak dah. Mungkin lepas jatuh hari tu lutut aku ni bengkak sikit pastu asid uric tu pun ambik kesempatan untuk membina kristal yang jadi punca sakit gout tu berhimpun di tempat bengkak tu. Pada mulanya aku biar saja kot kot dia hilang, tapi nampak gayanya memang tak boleh tahan dah ni semalam dah kena double dose pain killer dapatlah jugak tidur nyenyak sampai pagi tadi. Ni dia mai pulak dah sakit sungguhla. Macam mana nak kayuh hari Ahad di NTMTBA ni aku pun tak tau la, kalau sempat recover betui-betui boleh la join kalau tidak jadi penonton sajalah.

Semalam dapat message dari adik lelaki aku, nenek aku nak kena operate minggu depan. Risau aku bila dengar punca nak kena operate tu serius sangat, kesian tok aku yang juga satu-satunya orang tua yang masih tinggal bagi aku dan adik-adik setelah mak dan abah kami meniggal lebih 10 tahun dulu selain dari mak saudara dan bapa saudara. Tiada apa yang aku dapat kata selain berharap operation tu berjaya lah hendaknya. Hujung minggu depan aku kena balik kampung melawat tok aku sebelum operation tu.


2-3 hari lepas anak aku pulak jatuh basikal sampai cium tar jalan depan rumah, kesian kat dia baru saja pandai sikit kayuh tanpa tayar sokongan tepi tu dah jatuh macam tu sampaikan dia dah takut nak main basikal lagi. Itu sehari dua saja la, semalam dah ok dah boleh kayuh laju-laju balik, biasalah anak jantan lah katakan.

Minggu ni jugak menjadi minggu terakhir aku dengan IBM T42 lama tu dan alu-aluan jugak kepada Lenovo T400 plak, baru semangat nak kerja camni barang barulah katakan, laju berganda pulak tu. Walaupun bukan hakmilik penuh tapi kira OK gakla yang lama tu dah pakai 4 tahun dan memang dah patut tukaq dah pun. Untuk diri sendiri pun tengah dok plan nak sambar satu tapi tak boleh nak decide jenis apa lagi. Banyak sangat pilihan, budget limit pulak tu. Itu yang susah.

Nak training at least bagi tak mengah sangat di Nibong Tebal tapi tak ada masa plak dah tu sakit lutut pun tak hilang, adussss serba tak kena aku minggu ni.

Saturday, June 13, 2009

Travel & Survival kit

Ini satu tabiat buruk aku, kalau aku nak buat sesuatu ataupun nak ke mana-mana aku mesti buat persediaan alatan ataupun kit yang aku sesuaikan ikut tempat. Satu kotak yang asalnya kotak sabun aku dah convert jadi kotak untuk simpan semua alatan tu. Selalunya aku pastikan alat didalam disesuaikan dengan keadaan bandar dan hutan so tak payah nak pikir dah, yang paling penting apa aku nak pakai mesti ada di dalam tu.

Sebelum kemana-mana (perjalanan jauh) ada beberapa barang yang sentiasa didalam list:
1. First aid kit
2. Pisau (Swiss army & swiss tool)
3. Lighter
4. Torch light
5. Sabun
6. Shampoo
7. Ubat gigi
8. Cookers (lilin masak)
9. Bateri
10. Belerang
11. Lastik
12. Plastik sampah
13. Lampu (blinking)

Semua tu aku rasa amat berguna bila kita berada didalam kecemasan tidak kiralah apa jua keadaan. Dan semua itu aku masukkan dalam satu kotak serbaguna aku yang asalnya kotak sabun, kotak yang sama jugak kadang-kadang jadi kotak pancing sebab kelasakannya.


Ikut keadaan, kadang-kadang walkie-talkie set pun masuk dalam list aku. Untuk aktiviti outdoor lain camping etc. biasanya hanya first aid dan pisau menjadi keutamaan aku, ya la takkan nak usung segala makneka tu kot. Takat yang betul-betul perlu saja lah.

Wednesday, June 10, 2009

Anak-anak ku

Anak lelaki aku ni aku nampak ada minat ambik gambar, aku tak kata fotografi sebab dia bukan tau apa tu fotografi. Cuma dia ni minat guna kamera untuk ambik especially muka dia sendiri. Dok tunggu nak pi sekolah pun dia sempat ambik gambar dok posing sana sini

Anak aku (baju biru) dengan sepupu dia dari kampung.

Gambar dibawah tu semua hasil tangan dia lah tu, yang latest.





Kalau ada dua-dua beradik tu lagilah menjadi-jadi

Tuesday, June 9, 2009

Misi buang minyak kereta

Batasan cahaya........aku suka gambar ni ada 2 mood berbeza dalam satu pemandangan.

Disebabkan oleh plan asal nak pergi Lumut makan kenduri terpaksa batal last minute oleh masalah yang tak dapat dielakkan. Maka akhirnya untuk tak menghampakan anak-anak aku dicuti sekolah ni, aku bawak depa ke Sik Kedah, pusing-pusing tengok lembu kambing hehehehee. Plan tu ingat nak try stay kat De'Puncak Bris chalet di tasik Bris tapi lagi sekali terpaksa tukar ke Muda Resort di Empangan Muda nun dekat dengan Pedu sana sebab masa aku pergi tanya tu tempat tu tak ada orang stay, malas aku nak stay kat hutan yang orang langsung tak ada orang lain, siang ok la bila malam yang tak boleh tahan tu. Tempat ni kalau datang ramai-ramai memang sesuai dan memang sangat cantik.
Empangan muda, berhampiran pintu empangan
Kolam renang muda resort, sunyi betul. Dari berpuluh-puluh bilik yang ada hanya 4-5 bilik ada orang sewa hari tu sebab tak semua orang cuti ganti hari tu.

dapat mandi kolam memang best giler la, sampai tak mau balik.
Cafe yang tak beroperasi, kalau datang sini bawak makanan sendiri jangan harap ada 7-Eleven atau mini market, kedai runcit pun jual barang ala kadar.

Dikawasan sini kedai runcit ada jual diapers sekeping-sekeping, sekeping 90 sen. Kat tempat lain tak tahu lah pulak ada tak, malam tu desperate nak cari diaper sebab lupa bawak beli ajerlah yang sekeping-sekeping tu biasalah rasa mahal dari beli yang satu pek tu. Dah tu diapers lama lak tu berhabuk siap ada lubang-lubang kecik. Anak aku pakai pun rasa gatal-gatal, apa nak buat dah tak ada pilihan takut dia kencing tilam pulak nanti kalau tak pakai.