Seminggu dua ni masa aku sekeluarga banyak dihabiskan di rumah menanti ahli keluarga baru yang memang dijangka akan datang dalam tempoh terdekat. Jenuh jugak menunggu ni, nak kemana-mana pun tak boleh. Oleh kerana dah jemu sangat duduk dirumah maka aku pun bawaklah keluarga keluarga pusing-pusing di area Permatang Pauh dan Kulim. Mula-mula tu sajalah layan pi tengok rumah aku di Guar Perahu tu, untuk menjimatkan masa dan memendekkan perjalanan kali ni aku menggunakan laluan dalam kampung pulak iaitu merentasi Bukit Indera Muda untuk ke Padang Ibu yang melalui kebun getah......tenang rasanya bila lalu kebun getah macam ni......sambil dapat jugak aku tunjuk kat anak aku macam mana getah ditoreh........Di Guar Perahu........dah hampir siap rupanya rumah aku tu tapi walaupun begitu sebenarnya aku dah rasa macam malas dah dengan rumah yang itu....hehehhe yalah dah lama sangat nunggu sampai aku dah boring.......tengoklah macam mana, kalau rasa berminat aku akan duduk jugak rumah tu nanti, kalau tak mungkin aku sewakan saja. Takpalah itu masa depan punya masalah.
Dari Guar Perahu aku menghala ke Lunas melalui laluan Ara Kuda. Dah banyak yang berubah rupanya kawasan tersebut dah banyak rumah-rumah....seingat aku dulu kawasan tu macam terpencil sikit dan tak banyak penempatan tapi sekarang dah banyak kawasan perumahan, itu pemerhatian aku. Akhirnya aku tiba juga di Luanas jadi aku pun tinjau-tinjau kawasan perumahan di situ manalah tahu kot-kot ada rumah yang menarik perhatian dan sesuai dengan keinginan aku.
Baru saja satu taman aku pusing-pusing dan semasa menunggu untuk keluar dari simpang di taman tu aku melihat sebuah kereta toyota menunggu untuk membelok masuk ke sebuah kedai kereta, agak lama kereta tu menunggu untuk membelok tapi seacara tiba-tiba datang sebuah kereta dari belakangnya menghentam disebelah kiri kereta tu tanpa langsung mengelak, terus aku tergamam..........semua ini berlaku didepan mata aku dengan setiap detik memang aku perhatikan. Aku pun terus meletakkan kereta aku ditepi jalan dan terus bergegas ke kereta tersebut untuk membantu apa yang patut. Malangnya hari tu aku tak bawak sebarang alatan kecemasan aku pulak, tidak seperti kebiasaan aku.
Polis ni sibuk kot macam selalu.......sibuk macam yang aku pernah tengok di kaunter balai Polis di IPK Perda (Seberang Perai Tengah)mungkin......3 orang anggota diperlukan untk mengecop helaian 1 buku laporan,
Penat oooo kerja mengecop, 1 orang selak muka surat, 1 orang lagi cop pakai stamp cop, dan sorang lagi bagi sokongan moral (layan sembang). Yang bestnya semua ini berlaku dikaunter dimana ada lagi 6-7 orang sedang menunggu untuk membuat laporan (termasuk aku), polis dikaunter yang terima laporan pulak bagi alasan tak cukup anggota bila tiba giliran aku setelah hampir 1 jam menunggu........tak cukup dengan itu, dikaunter laporan jenayah pulak pak Sarjan tu pulak menaip laporan dengan siap rokok melekat di bibir.............pergh memang bestlah bila sesekali dapat tengok Polis buat kerja ni........."memang sibuk" dan "memang tak cukup anggota"........dan pergi mampos sama Polis Di Raja Malaysia....hampeh, buktinya selain itu.....2 laporan polis yang aku buat sampai ke hari ni tak ada perkembangan, sebab tu lah kalau ada orang cakap nak report polis.............ya lah pergilah report, report kat mamak kedai nasik kandar pun depa akan lebih berminat untuk mendengar sekurang-kurangnya walaupun akn tiada tindakan diambil..........ya lah samalah dengan Polis pun, tak gitu???!?!?!?!........hehehehehehehehehe
No comments:
Post a Comment