Monday, February 1, 2010

Moden, kurang ajar atau nilai diri 5 sen


Hari ni disebabkan ada isu ditempat kerja, aku dah tak dapat mengelak walaupun dengan segala tepisan aku akhirnya terpaksa juga masuk ketempat kerja buat beberapa jam. Bukan buat apa pun cuma masuk untuk verify problem dan bagi arahan-arahan panduan selanjutnya kepada production. Settle saja semua tu aku terus balik. Setibanya aku dirumah aku perasan mak mertua dan pak mertua aku dah ada dirumah tengah dok bersembang dengan orang rumah aku. Ish aku ni lapaq nasik nih takkan nak makan selamber depan depa kot takpaalah layan depa dululah. Tapi bila aku tengok macam masalah yang depa cuba nak cerita tu masalah dalaman maka aku pun meminggirkan diri aku dan terus melayan TV saja. Biar depa anak-beranak sajalah yang sembang.

Setelah lebih kurang sejam kedua-dua depa pun beransur balik kerumah kakak ipar aku di Bagan Dalam, rupanya depa mai dari rumah depa di Permatang Pasir. Dah depa beransur pulang tu aku pun merisik lah cerita dari orang rumah aku........oooo rupanya adik ipar aku nak kahwin, ya nak kahwin bulan April nanti.......alaaaaa 2 bulan lagi.

Haaaaa 2 bulan lagi?!?!?!?!?!?!!!!!!.........biar betul?!?!?!?
Aku pun tanyalah wife aku, bila masanya pulak pihak lelaki menghantar rombongan meminang ataupun merisik atau paling kurang hantar wakil berbincang?...(adik ipar aku tu of course perempuan la).....wife aku cakap yang sebenar memang tak ada wakil yang datang pun cuma adik ipar aku terus bagitau macam tu saja..........kiranya dia sendiri buat perbincangan dengan pihak lelaki............

Entah apalah punya bengap adik ipar aku sorang ni, ya lah kalau kata pandai sangat pun tak pernah dibuat orang rasanya sendiri pi berbincang bab kahwin ni, pastu just balik bagitau pesan dari pihak lelaki saja........gilo botui!!!!.

Sepatutnya hantarlah wakil dari pihak lelaki untuk berbincang atau sekurang-kurangya berkenal-kenal dulu dengan pihak sebelah perempuan. Takkanlah sebelah perempuan ni nak bertandang kesana bertanya hal pulak........ikut hati aku...lantak hangpalah nak buat macam mana, ikut keras hati aku aku boleh buat derkkk saja!!! dan aku dah pernah berpengalaman buat macam ni dah 2 kali dah setakat ni.........nak dicukupkan 3 ka.....

Kepada yang belum kahwin tak kiralah lelaki ka pompuan ka, janganlah sekali-kali buat benda paling bodoh macam ni. Tiada alasan atau justifikasi untuk perbuatan macam ni.................macam menjual diri dengan hanya nilai 5 sen.

No comments:

Post a Comment