Dive In Feel The Touch, Suatu Masa, Suatu Ketika, Suatu Perjalanan, Dahulu, Kini & Masa Depan....... Life is not about the peak, but its all about the climb, The Journey.....
Saturday, February 27, 2010
Orang baru
Berakhir satu lagi penantian, Alhamdulillah pada tanggal 22 Febuari yang lalu isteri aku akhirnya selamat melahirkan cahayamata ke 3 kami seorang bayi lelaki dengan selamat. Pada awal pagi Isnin 22 haribulan tu isteri aku dah mula mengadu sakit dan bila tanda-tanda awal kelahiran makin dekat aku pun terus mengejarkan isteriku ke Hospital KPJ di PERDA Bukit Mertajam. Kami tiba disana pada jam 2.30 pagi dan dalam masa tidak sampai 5 minit isteriku terus dimasukkan ke bilik untu bersalin. Akhirnya selepas menempuh kesakitan selama beberapa jam anak aku pun selamat dilahirkan pada jam 5.53 pagi............Alhamdulillah dan Allahhuakbar itulah perkataan yang berulangkali aku sebut dalam hatiku, bersyukur sungguh aku kerana segalanya lancar dan tidak memakan masa yang lama..........kelahiran kali ini juga amatlah bermakna kepada aku kerana inilah juga kali pertama aku menempuh proses kelahiran disamping isteriku...........
Maka bermulalah juga satu lagi perubahan dalam hidup aku, sekali lagi kesibukan menjaga bayi bermula, kali terakhir aku menempuh semua ni adalah hampir 6 tahun lepas........bila dah sibuk balik ni, penat sungguh rasanya. Mungkin dah tua dah kot.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment