Tuesday, February 16, 2010

Kususuri

Pemandangan senja di jeti Batu Musang, Batu Kawan (Jeti laluan utama untuk ke Pulau Aman). Dulu menjadi tempat biasa aku memancing semasa gila memancing di perairan sekitarnya. Dah lama aku berhenti dari memancing dah lebih 2 tahun rasanya, minat dah datang tapi masa pulak tak mengizinkan. Ada masa boleh layan jugak nanti.

Demi melayan kenangan kayuh aku sebelum basikal aku hilang di curi pada bulan puasa tahun lalu, maka hari aku peruntukkan awal sebelah pagi hari ni untuk menyusuri kembali laluan yang biasa aku lalui dengan basikal dahulu, cuma bezanya kali ni dengan menggunakan motor. Banyak kenangan semasa aku selalu buat kayuhan solo dulu terimbas kembali, kenangan dikejar anjing, sesat, keletihan terlampau, juga 'penemuan-penemuan' aku dengan tempat-tempat menarik. Semua ceruk kampung di Permatang Pauh mengunjur ke Sungai Dua di utara dan Guar Perahu di timur dah menjadi laluan biasa aku dan semuanya aku dah sampai.
Tempat latihan aku uphill hehehehehee, iaitu satu kawasan jirat cina di puncak Bukit Indera Muda. Pernah aku lihat motor memanjat keatas bukit ini ke puncak dan menghilang didalam hutan, bila aku cuba mengikut jejak, kesan laluan tak dapat aku temui pulak. Entah ke mana orang tu menghilang. Disebalik bukit ini jugak aku dikejar anjing semasa layan downhill single trek sorang-sorang, dah turun bukit curam pun aku kayuh lagi tak cukup tanah........hehehehehehehe kenangan tu...kenangan!!!!.......

Semasa balik hari ni pun aku dikejar anjing jugak, tapi kali ni no hal lah!!.....aku angkat kaki atas handle terus pulas minyak, haaa hambat la sepuas hati hangpa anjing oi!!!!......celaka punya anjing!!!........

Selain tu, beberapa hari sebelum ini aku juga sempat bawak anak-anak ronda-ronda sempena cuti Tahun BAru Cina.
Sekarang musim luruh
Hinggap di Lata Mengkuang, tidak jauh dari Sik, Kedah. Terletak di laluan antara Baling dan Sik untuk lebih tepat lagi. Nu dia punya jauh, jauh melewati air panas Ulu Lengong yang terkenal di Baling tu.


Minggu baru dah bermula, hari baru bakal menjelma...........maka kembalilah kita kepada rutin yang biasa-biasa dan penuh dengan kesibukan ciptaan manusia demi untuk sesuap nasi demi survival........

No comments:

Post a Comment