Sunday, February 14, 2010

Orang Gilak


Bila tengok video ni teringat dulu masa aku kerja wiring, zaman muda-muda remaja aku semasa tunggu result SPM.Walaupun kerja tu untuk beberapa bulan tapi banyak kenangan pahit manis yang aku masih ingat sampai ke hari ni dan salah satu bila aku terlibat dengan satu projek wiring di wad gila di Hospital Besar Kangar, Perlis. Masa tu hospital tu belum dikenali dengan nama Hospital Tunku Fauziah seperti hari ni. Masa tu satu bangunan tambahan untuk bahagian psikiatri ataupun wad gila baru saja dibina bersebelahan wad sedia ada. Dah kerana kerja disatu kawasan yang sama dengan wad gila yang berpenghuni maka aku pun ambik kesempatan masuk tengok dalam wad gila dan sempat sembang-sembang dengan pekerja-pekerja didalam wad tersebut. Aku masih lagi ingat masa tu macam-macam karenah yang aku dapat tengok, ada yang menyanyi, ada yang menjerit-jerit dan yang paling aku perasan ada sorang tu dok memancing dalam bakul sampah......masa tu dia pancing guna teknik bottom hehehehehehehe kalau kaki pancing ikan haruan tentu dia guna teknik casting hehehehehehehehee.........disebelah hujung wad tu aku ternampak bilik-bilik yang sama macam lokap di balai polis, dan bila aku tanya attendan disitu depa kata yang tu untuk pesakit yang betul-betul tak stabil saja dan ditempatkan berseorangan. Di satu bilik tu aku perasan ada satu tangan yang dihulurkan keluar dan cuba mencapai mangga kunci bilik tersebut.......entah apalah yang orang gila tu cuba buat, takkanlah nak bukak mangga dengan tangan kot.....
dah puas aku tengok gelagat pesakit aku pun kembali ke bangunan ditempat kerja aku......dalam asyik membuat kerja aku terdengar suara orang menjerit dari wad gila di bangunan sebelah, dan kami yang sedang bekerja ni pun lari kearah suara dibelakang wad.........rupa-rupanya orang gila yang aku nampak menghulur tangan keluar dari biliknya yang macam lokap tu dah lari keseberang sungai dibelakang wad, yang menariknya dalam keadaan bertelanjang bulat dia berjaya membuka mangga pintu sel tu dengan tangan dan terus berlari memanjat pagar dibelakang wad (dawai berduri) dan terjun kesungai serta terus menghilang. Semua ini berlakau dalam kurang dari satu minit............... apa yang aku fikirkan dan menjadi persoalan dsampai kehari ini ialah , bagaimanakah orang gila ini dapat membuka mangga tu dengan tangan??? dan juga macam mana dia boleh memanjat pagar berduri kawat tu???.....mustahil sungguh la........entahlah.... sampai ke hari ni aku tak ada sebarang jawapan untuk semua itu.

No comments:

Post a Comment