Selama ini aku memang tak suka nak mengulas sesuatu yang dah siap dilapor atau diulas oleh akhbar, tapi hari ni bila saja aku baca kisah ni aku memang tak dapat tahan marah aku, aku mesti meluahkan rasa geram aku. Ucapan aku buat mereka yang buat perkara ni dan juga mereka yang pernah buat macam ni........apa punya bangang!!, bengap!! celaka!!! (%$@*)(*@!^*%*!$^%!#$@$@*&^*@!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!............ (bayangkan semua perkataan terburuk seorang manusia boleh cakap)..
Apalah salah ataupun dosa budak tu sampai nak buang macam ni...........
Aku yang menunggu kedatangan cahayamata ke tiga ni pun rasa tak sabar menunggu orang baru, dapat tengok rupa masa scan hari tu pun aku dah excited sangat. Yang depa ni senang-senang saja buang macam tu..........binatang apalah yang sanggup buat macam ni, nak maki bertimbun pun tak guna (apa pun aku nak maki jugak), panggil orang buang anak ni 'binatang' sekalipun bukan depa peduli pun........ntahlah apalaaa yang nak jadi!!!!.......yang buang selepas lahir pun dah cukup ramai, yang dibuang semasa dalam kandungan (gugur) pun entah berapa ramai lagi.....dah jadi macam lumrah pulak dah. Itulah tanda-tanda keruntuhan akhlak yang dah terlalu serius, juga tanda-tanda kita menghampiri akhir zaman.
Oleh Rizanizam Abdul Hamid
pengarang@utusan.com.my
MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?
Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.
Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.
Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.
Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya.
Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.
Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.
Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.
Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.
Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.
“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.
“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.
Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid.
Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.
“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.
Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan.
“Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya.
Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
No comments:
Post a Comment