Friday, February 19, 2010

Kamera, hangin aku!!!.....pangkah Lam Loong


Setelah beberapa minggu kamera aku rosak, ia dah pun dihantar ke kedai untuk dihantar pula ke Canon. Baru-baru ni aku terlintas untuk follow up, ya lah sepatutnya lagi seminggu aku akan dapat balik kamera aku tu. Tangan ni pun dah gatal nak pakai, boring rasanya pakai compact........untuk nak menjimatkan mas aku terus masuk ke website Canon untuk check status.....dalam website Canon kita boleh check status barang under repair dengan menggunakan no siri sebagai rujukan. Tapi keputusannya amat menyakitkan hati aku.......kamera aku tidak berada di Canon selepas 3 minggu aku hantar ke kedai, aku pun dengan angin satu badan pun trace balik cuba nak tahu di mana camera aku. Bila aku call ke outlet shop depa cakap orang dari HQ dah datang ambik the next day lepas aku hantar........ since Canon belum recieve jadi bermakna kamera aku tu mesti di HQ Lam Loong (nama rangkaian kedai kamera ni) lagi. Semua maklumat ini aku dapat pun selepas aku naik angin penuh satu badan dan selepas jenuh aku hambur segala macam makian kepada pekerja outlet tu, dari pekerja biasa dan akhir sekali dengan manager sekali aku maki dan hamput...... Mula-mulanya depa cakap belum cukup sebulanlah so kena tunggu lagi, dan lagi depa dah tunai tanggungjawab untuk hantar kamera itu keluar dan ini bukan salah depa, depa cuba nak melepaskan diri, akhirnya bagi setiap jawapan dan alasan depa tu aku probing balik, aku cuba dapatkan penjelasan terperinci bagi setiap alasan dan akhirnya depa dah tak dapat menjawab lagi, bila tak dapat jawab maka problem ni pun di escalate kan ke HQ pulak.

Bila dipanjangkan ke HQ, aku paksa depa sendiri call aku, dan aku nak satu orang saja follow up dalam kes aku ni, dan seorang lelaki dari bahagian Sales yang bernama Andy menjawab dan kekonon nya nak menolong, tapi end up dengan dia-dia sekali aku hamput!!!.......rupanya kamera tu ada dalam simpanan dia dah 2 minggu, ada ka patut dia jawab depa terpaksa simpan sebab cuti tahun baru cina, aku balas baliklah tahun baru cina minggu ini, yang 2 minggu lepas tu hangpa dok buat apa, yang tak hantar kamera aku tu ke canon.....dah puas aku hamput dia last sekali dia pun dok cakap sorry saja tak berenti, apa pun aku still tak puas hati. Balas aku, damaged done!!!.. aku nak dia commit aku dapat balik kamera in fully function by end next week......dia mengelabah dan kata tak sempat........so aku continue tanya apa solution yang dia nak bagi, the best setakat semalam dia commit akan personally closely follow up kes ni dan make sure kamera tu akan dihantar ke Canon pertengahan minggu depan.........memang celaka betul depa ni!!!!.........nak tunggu aku close follow up baru nak gerak....memang kerja tahap standard kerani pejabat tanah sungguh la, lembab nak mampus!!!!........dan soalan terakhir aku kat dia, aku tanya dia, how should aku follow up on this, cakap saja, nak aku follow up through phone call on daily basis ataupun bi hourly basis, cakap saja dan aku akan buat!!!!...........hangin betul aku!!!, kalau dia nak aku call sejam sekali pun aku akan buat!!!.....yang pasti aku akan make sure dia bergerak dan takkan main-main dengan aku.......mid next week......9.00 am atau 10 am on the dot sebaik saja ofis diaorang bukak, itulah yang aku akan buat, call dan tanya lagi!!! aku akan make sure kerja dia minggu depan akan di micro manage............kalau tak clear aku sendiri akan pi ke kedai depa tu bagi arahan kalau dah tak reti sangat nak buat kerja........

Pengajaran dari kisah ni.........Jangan beli sebarang barangan dari outlet Lam Loong, kerana ia pasti akan menyusahkan anda dimasa depan....dan aku bukan yang pertama, jadi berhati-hatilah kerana kedai ni ada banyak outlet, dan dengan sebab ni depa akan divert segala masalah kepada responsibility kepada management. Yang susahnya kita sebagai pembeli.

Beberapa komplen, semua dari rangkaian kedai yang sama......
"http://www.shutterasia.com/forum/showthread.php?t=5929"
"http://forum.lowyat.net/topic/1129437"

Di sini aku senaraikan beberapa outlet kedai yang lain......tak payahlah dok cari pasal nak beli dari kedai-kedai ni.

Lam Loong Photo House Sdn Bhd

No. 2 & 3 Medan Simpang Simpang, Taiping 34700, Perak
86, Jalan Kota, Taiping
34000 Perak
Penang-Gurney Plaza,
Prangin Mall,
Tesco Egate,
Sunshine Farlim,
Jusco B.M.
Central Square Sungai Petani

1 comment: