Saturday, February 27, 2010

Orang baru


Berakhir satu lagi penantian, Alhamdulillah pada tanggal 22 Febuari yang lalu isteri aku akhirnya selamat melahirkan cahayamata ke 3 kami seorang bayi lelaki dengan selamat. Pada awal pagi Isnin 22 haribulan tu isteri aku dah mula mengadu sakit dan bila tanda-tanda awal kelahiran makin dekat aku pun terus mengejarkan isteriku ke Hospital KPJ di PERDA Bukit Mertajam. Kami tiba disana pada jam 2.30 pagi dan dalam masa tidak sampai 5 minit isteriku terus dimasukkan ke bilik untu bersalin. Akhirnya selepas menempuh kesakitan selama beberapa jam anak aku pun selamat dilahirkan pada jam 5.53 pagi............Alhamdulillah dan Allahhuakbar itulah perkataan yang berulangkali aku sebut dalam hatiku, bersyukur sungguh aku kerana segalanya lancar dan tidak memakan masa yang lama..........kelahiran kali ini juga amatlah bermakna kepada aku kerana inilah juga kali pertama aku menempuh proses kelahiran disamping isteriku...........
Maka bermulalah juga satu lagi perubahan dalam hidup aku, sekali lagi kesibukan menjaga bayi bermula, kali terakhir aku menempuh semua ni adalah hampir 6 tahun lepas........bila dah sibuk balik ni, penat sungguh rasanya. Mungkin dah tua dah kot.

Sunday, February 21, 2010

Penantian


Seminggu dua ni masa aku sekeluarga banyak dihabiskan di rumah menanti ahli keluarga baru yang memang dijangka akan datang dalam tempoh terdekat. Jenuh jugak menunggu ni, nak kemana-mana pun tak boleh. Oleh kerana dah jemu sangat duduk dirumah maka aku pun bawaklah keluarga keluarga pusing-pusing di area Permatang Pauh dan Kulim. Mula-mula tu sajalah layan pi tengok rumah aku di Guar Perahu tu, untuk menjimatkan masa dan memendekkan perjalanan kali ni aku menggunakan laluan dalam kampung pulak iaitu merentasi Bukit Indera Muda untuk ke Padang Ibu yang melalui kebun getah......tenang rasanya bila lalu kebun getah macam ni......sambil dapat jugak aku tunjuk kat anak aku macam mana getah ditoreh........Di Guar Perahu........dah hampir siap rupanya rumah aku tu tapi walaupun begitu sebenarnya aku dah rasa macam malas dah dengan rumah yang itu....hehehhe yalah dah lama sangat nunggu sampai aku dah boring.......tengoklah macam mana, kalau rasa berminat aku akan duduk jugak rumah tu nanti, kalau tak mungkin aku sewakan saja. Takpalah itu masa depan punya masalah.

Dari Guar Perahu aku menghala ke Lunas melalui laluan Ara Kuda. Dah banyak yang berubah rupanya kawasan tersebut dah banyak rumah-rumah....seingat aku dulu kawasan tu macam terpencil sikit dan tak banyak penempatan tapi sekarang dah banyak kawasan perumahan, itu pemerhatian aku. Akhirnya aku tiba juga di Luanas jadi aku pun tinjau-tinjau kawasan perumahan di situ manalah tahu kot-kot ada rumah yang menarik perhatian dan sesuai dengan keinginan aku.

Baru saja satu taman aku pusing-pusing dan semasa menunggu untuk keluar dari simpang di taman tu aku melihat sebuah kereta toyota menunggu untuk membelok masuk ke sebuah kedai kereta, agak lama kereta tu menunggu untuk membelok tapi seacara tiba-tiba datang sebuah kereta dari belakangnya menghentam disebelah kiri kereta tu tanpa langsung mengelak, terus aku tergamam..........semua ini berlaku didepan mata aku dengan setiap detik memang aku perhatikan. Aku pun terus meletakkan kereta aku ditepi jalan dan terus bergegas ke kereta tersebut untuk membantu apa yang patut. Malangnya hari tu aku tak bawak sebarang alatan kecemasan aku pulak, tidak seperti kebiasaan aku.
Aku kembali kekereta untuk mendapat tisu untuk mengelap darah pemandu yang mengalami luka didahi akibat terhantuk ke stering, aku jangka memang kuat hentakan yang berlaku manakan tidak walaupun pada kelajuan 60km/j, hentian yang berlaku secara tiba-tiba ke 0 km/j masih lagi cukup untuk menyebabkan kecederaan serius. Tapi syukur Alhamdulillah, pemandu dan penumpang iaitu isteri dan 2 orang anak mereka selamat dengan isterinyz turut mengalami kecederaan dikepala yang tak serius. Stering kereta tu aku perhatikan telahpun patah dengan tanda tertolak kehadapan, walaupun stering itu yang jenis murah tapi ianya telah berjaya secara tidak langsung mengelakkan kecederaan serius dengan patah seperti sepatutnya. Jika ianya terlalu teguh aku pasti lebih teruk kecederaan pemandu tu, mungkin sampai patah riuk.

Abang berbaju (pemandu) yang tergamam, tak henti-henti kata dia terkejut, aku cuba menenangkan dia, dalam keadaan macam ni biasanya kita tak akan dapat berfikir dengan jelas lagi jadi samalah juga dimasa kejadian tu, aku sempat bagitau abang ni untuk clearkan barang-barang berharga dari kereta dia dan dia baru teringat duit yang disimpan dalam dashboard kereta tu......sempat diselamatkn, kalau tidak ada kutu yang dapat durian runtuh hari tu. Dalam ramai-ramai tu selain dari menenangkan mangsa ada juga yang datang hanya setakat menyakitkan hati saja, datang dengan cakap-cakap kosong dengan berlagak pandai, ada jugak cakap-cakap yang kereta ni dah total loss dan tak dapat dibaiki, entahlah macam-macamlah lagi aku boleh dengar. Ada juga yang cuba menjadi hakim, aku tersengeh jugaklah bila tengok telatah orang yang macam ni ........yang pastinya abang yang memandu tu terlalai semasa memandu yang juga menjadi punca kejadian, tapi dah tak guna untuk menyalahkan dia kerana dia juga sedar kesilapan dia, jadi cukuplah tak perlulah disakitkan lagi hati orang yang dah sedia dalam kesusahan. Yang penting kita tolong lah apa yang patut dan yang termampu, dan sekurang-kurangnya menenangkan mangsa, itu lebih penting.



Setakat macam ni takdak hal lah untuk bengkel repair kereta, apa saja boleh dibetulkan dan dikembalikan ke keadaan asal jadi didalam kemalangan jalan raya, nyawa dan keselamatan mangsa adalah lebih penting.

Kejadian yang berlaku berhampiran Taman Desa Permai II di Lunas, Kulim Kedah. Terletak hanya beberapa ratus meter dari Balai Polis Lunas, sampai kesud aku tak nampak Polis.......yang pasti geng tarik kereta sampai dalam masa kurang dari 5 minit siap dengan lori tunda........

Polis ni sibuk kot macam selalu.......sibuk macam yang aku pernah tengok di kaunter balai Polis di IPK Perda (Seberang Perai Tengah)mungkin......3 orang anggota diperlukan untk mengecop helaian 1 buku laporan,
Penat oooo kerja mengecop, 1 orang selak muka surat, 1 orang lagi cop pakai stamp cop, dan sorang lagi bagi sokongan moral (layan sembang). Yang bestnya semua ini berlaku dikaunter dimana ada lagi 6-7 orang sedang menunggu untuk membuat laporan (termasuk aku), polis dikaunter yang terima laporan pulak bagi alasan tak cukup anggota bila tiba giliran aku setelah hampir 1 jam menunggu........tak cukup dengan itu, dikaunter laporan jenayah pulak pak Sarjan tu pulak menaip laporan dengan siap rokok melekat di bibir.............pergh memang bestlah bila sesekali dapat tengok Polis buat kerja ni........."memang sibuk" dan "memang tak cukup anggota"........dan pergi mampos sama Polis Di Raja Malaysia....hampeh, buktinya selain itu.....2 laporan polis yang aku buat sampai ke hari ni tak ada perkembangan, sebab tu lah kalau ada orang cakap nak report polis.............ya lah pergilah report, report kat mamak kedai nasik kandar pun depa akan lebih berminat untuk mendengar sekurang-kurangnya walaupun akn tiada tindakan diambil..........ya lah samalah dengan Polis pun, tak gitu???!?!?!?!........hehehehehehehehehe

Friday, February 19, 2010

Kamera, hangin aku!!!.....pangkah Lam Loong


Setelah beberapa minggu kamera aku rosak, ia dah pun dihantar ke kedai untuk dihantar pula ke Canon. Baru-baru ni aku terlintas untuk follow up, ya lah sepatutnya lagi seminggu aku akan dapat balik kamera aku tu. Tangan ni pun dah gatal nak pakai, boring rasanya pakai compact........untuk nak menjimatkan mas aku terus masuk ke website Canon untuk check status.....dalam website Canon kita boleh check status barang under repair dengan menggunakan no siri sebagai rujukan. Tapi keputusannya amat menyakitkan hati aku.......kamera aku tidak berada di Canon selepas 3 minggu aku hantar ke kedai, aku pun dengan angin satu badan pun trace balik cuba nak tahu di mana camera aku. Bila aku call ke outlet shop depa cakap orang dari HQ dah datang ambik the next day lepas aku hantar........ since Canon belum recieve jadi bermakna kamera aku tu mesti di HQ Lam Loong (nama rangkaian kedai kamera ni) lagi. Semua maklumat ini aku dapat pun selepas aku naik angin penuh satu badan dan selepas jenuh aku hambur segala macam makian kepada pekerja outlet tu, dari pekerja biasa dan akhir sekali dengan manager sekali aku maki dan hamput...... Mula-mulanya depa cakap belum cukup sebulanlah so kena tunggu lagi, dan lagi depa dah tunai tanggungjawab untuk hantar kamera itu keluar dan ini bukan salah depa, depa cuba nak melepaskan diri, akhirnya bagi setiap jawapan dan alasan depa tu aku probing balik, aku cuba dapatkan penjelasan terperinci bagi setiap alasan dan akhirnya depa dah tak dapat menjawab lagi, bila tak dapat jawab maka problem ni pun di escalate kan ke HQ pulak.

Bila dipanjangkan ke HQ, aku paksa depa sendiri call aku, dan aku nak satu orang saja follow up dalam kes aku ni, dan seorang lelaki dari bahagian Sales yang bernama Andy menjawab dan kekonon nya nak menolong, tapi end up dengan dia-dia sekali aku hamput!!!.......rupanya kamera tu ada dalam simpanan dia dah 2 minggu, ada ka patut dia jawab depa terpaksa simpan sebab cuti tahun baru cina, aku balas baliklah tahun baru cina minggu ini, yang 2 minggu lepas tu hangpa dok buat apa, yang tak hantar kamera aku tu ke canon.....dah puas aku hamput dia last sekali dia pun dok cakap sorry saja tak berenti, apa pun aku still tak puas hati. Balas aku, damaged done!!!.. aku nak dia commit aku dapat balik kamera in fully function by end next week......dia mengelabah dan kata tak sempat........so aku continue tanya apa solution yang dia nak bagi, the best setakat semalam dia commit akan personally closely follow up kes ni dan make sure kamera tu akan dihantar ke Canon pertengahan minggu depan.........memang celaka betul depa ni!!!!.........nak tunggu aku close follow up baru nak gerak....memang kerja tahap standard kerani pejabat tanah sungguh la, lembab nak mampus!!!!........dan soalan terakhir aku kat dia, aku tanya dia, how should aku follow up on this, cakap saja, nak aku follow up through phone call on daily basis ataupun bi hourly basis, cakap saja dan aku akan buat!!!!...........hangin betul aku!!!, kalau dia nak aku call sejam sekali pun aku akan buat!!!.....yang pasti aku akan make sure dia bergerak dan takkan main-main dengan aku.......mid next week......9.00 am atau 10 am on the dot sebaik saja ofis diaorang bukak, itulah yang aku akan buat, call dan tanya lagi!!! aku akan make sure kerja dia minggu depan akan di micro manage............kalau tak clear aku sendiri akan pi ke kedai depa tu bagi arahan kalau dah tak reti sangat nak buat kerja........

Pengajaran dari kisah ni.........Jangan beli sebarang barangan dari outlet Lam Loong, kerana ia pasti akan menyusahkan anda dimasa depan....dan aku bukan yang pertama, jadi berhati-hatilah kerana kedai ni ada banyak outlet, dan dengan sebab ni depa akan divert segala masalah kepada responsibility kepada management. Yang susahnya kita sebagai pembeli.

Beberapa komplen, semua dari rangkaian kedai yang sama......
"http://www.shutterasia.com/forum/showthread.php?t=5929"
"http://forum.lowyat.net/topic/1129437"

Di sini aku senaraikan beberapa outlet kedai yang lain......tak payahlah dok cari pasal nak beli dari kedai-kedai ni.

Lam Loong Photo House Sdn Bhd

No. 2 & 3 Medan Simpang Simpang, Taiping 34700, Perak
86, Jalan Kota, Taiping
34000 Perak
Penang-Gurney Plaza,
Prangin Mall,
Tesco Egate,
Sunshine Farlim,
Jusco B.M.
Central Square Sungai Petani

Tuesday, February 16, 2010

Kususuri

Pemandangan senja di jeti Batu Musang, Batu Kawan (Jeti laluan utama untuk ke Pulau Aman). Dulu menjadi tempat biasa aku memancing semasa gila memancing di perairan sekitarnya. Dah lama aku berhenti dari memancing dah lebih 2 tahun rasanya, minat dah datang tapi masa pulak tak mengizinkan. Ada masa boleh layan jugak nanti.

Demi melayan kenangan kayuh aku sebelum basikal aku hilang di curi pada bulan puasa tahun lalu, maka hari aku peruntukkan awal sebelah pagi hari ni untuk menyusuri kembali laluan yang biasa aku lalui dengan basikal dahulu, cuma bezanya kali ni dengan menggunakan motor. Banyak kenangan semasa aku selalu buat kayuhan solo dulu terimbas kembali, kenangan dikejar anjing, sesat, keletihan terlampau, juga 'penemuan-penemuan' aku dengan tempat-tempat menarik. Semua ceruk kampung di Permatang Pauh mengunjur ke Sungai Dua di utara dan Guar Perahu di timur dah menjadi laluan biasa aku dan semuanya aku dah sampai.
Tempat latihan aku uphill hehehehehee, iaitu satu kawasan jirat cina di puncak Bukit Indera Muda. Pernah aku lihat motor memanjat keatas bukit ini ke puncak dan menghilang didalam hutan, bila aku cuba mengikut jejak, kesan laluan tak dapat aku temui pulak. Entah ke mana orang tu menghilang. Disebalik bukit ini jugak aku dikejar anjing semasa layan downhill single trek sorang-sorang, dah turun bukit curam pun aku kayuh lagi tak cukup tanah........hehehehehehehe kenangan tu...kenangan!!!!.......

Semasa balik hari ni pun aku dikejar anjing jugak, tapi kali ni no hal lah!!.....aku angkat kaki atas handle terus pulas minyak, haaa hambat la sepuas hati hangpa anjing oi!!!!......celaka punya anjing!!!........

Selain tu, beberapa hari sebelum ini aku juga sempat bawak anak-anak ronda-ronda sempena cuti Tahun BAru Cina.
Sekarang musim luruh
Hinggap di Lata Mengkuang, tidak jauh dari Sik, Kedah. Terletak di laluan antara Baling dan Sik untuk lebih tepat lagi. Nu dia punya jauh, jauh melewati air panas Ulu Lengong yang terkenal di Baling tu.


Minggu baru dah bermula, hari baru bakal menjelma...........maka kembalilah kita kepada rutin yang biasa-biasa dan penuh dengan kesibukan ciptaan manusia demi untuk sesuap nasi demi survival........

Sunday, February 14, 2010

Orang Gilak


Bila tengok video ni teringat dulu masa aku kerja wiring, zaman muda-muda remaja aku semasa tunggu result SPM.Walaupun kerja tu untuk beberapa bulan tapi banyak kenangan pahit manis yang aku masih ingat sampai ke hari ni dan salah satu bila aku terlibat dengan satu projek wiring di wad gila di Hospital Besar Kangar, Perlis. Masa tu hospital tu belum dikenali dengan nama Hospital Tunku Fauziah seperti hari ni. Masa tu satu bangunan tambahan untuk bahagian psikiatri ataupun wad gila baru saja dibina bersebelahan wad sedia ada. Dah kerana kerja disatu kawasan yang sama dengan wad gila yang berpenghuni maka aku pun ambik kesempatan masuk tengok dalam wad gila dan sempat sembang-sembang dengan pekerja-pekerja didalam wad tersebut. Aku masih lagi ingat masa tu macam-macam karenah yang aku dapat tengok, ada yang menyanyi, ada yang menjerit-jerit dan yang paling aku perasan ada sorang tu dok memancing dalam bakul sampah......masa tu dia pancing guna teknik bottom hehehehehehehe kalau kaki pancing ikan haruan tentu dia guna teknik casting hehehehehehehehee.........disebelah hujung wad tu aku ternampak bilik-bilik yang sama macam lokap di balai polis, dan bila aku tanya attendan disitu depa kata yang tu untuk pesakit yang betul-betul tak stabil saja dan ditempatkan berseorangan. Di satu bilik tu aku perasan ada satu tangan yang dihulurkan keluar dan cuba mencapai mangga kunci bilik tersebut.......entah apalah yang orang gila tu cuba buat, takkanlah nak bukak mangga dengan tangan kot.....
dah puas aku tengok gelagat pesakit aku pun kembali ke bangunan ditempat kerja aku......dalam asyik membuat kerja aku terdengar suara orang menjerit dari wad gila di bangunan sebelah, dan kami yang sedang bekerja ni pun lari kearah suara dibelakang wad.........rupa-rupanya orang gila yang aku nampak menghulur tangan keluar dari biliknya yang macam lokap tu dah lari keseberang sungai dibelakang wad, yang menariknya dalam keadaan bertelanjang bulat dia berjaya membuka mangga pintu sel tu dengan tangan dan terus berlari memanjat pagar dibelakang wad (dawai berduri) dan terjun kesungai serta terus menghilang. Semua ini berlakau dalam kurang dari satu minit............... apa yang aku fikirkan dan menjadi persoalan dsampai kehari ini ialah , bagaimanakah orang gila ini dapat membuka mangga tu dengan tangan??? dan juga macam mana dia boleh memanjat pagar berduri kawat tu???.....mustahil sungguh la........entahlah.... sampai ke hari ni aku tak ada sebarang jawapan untuk semua itu.

Thursday, February 11, 2010

Apa dosa bayi perempuan ini?

Selama ini aku memang tak suka nak mengulas sesuatu yang dah siap dilapor atau diulas oleh akhbar, tapi hari ni bila saja aku baca kisah ni aku memang tak dapat tahan marah aku, aku mesti meluahkan rasa geram aku. Ucapan aku buat mereka yang buat perkara ni dan juga mereka yang pernah buat macam ni........apa punya bangang!!, bengap!! celaka!!! (%$@*)(*@!^*%*!$^%!#$@$@*&^*@!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!............ (bayangkan semua perkataan terburuk seorang manusia boleh cakap)..

Apalah salah ataupun dosa budak tu sampai nak buang macam ni...........

Aku yang menunggu kedatangan cahayamata ke tiga ni pun rasa tak sabar menunggu orang baru, dapat tengok rupa masa scan hari tu pun aku dah excited sangat. Yang depa ni senang-senang saja buang macam tu..........binatang apalah yang sanggup buat macam ni, nak maki bertimbun pun tak guna (apa pun aku nak maki jugak), panggil orang buang anak ni 'binatang' sekalipun bukan depa peduli pun........ntahlah apalaaa yang nak jadi!!!!.......yang buang selepas lahir pun dah cukup ramai, yang dibuang semasa dalam kandungan (gugur) pun entah berapa ramai lagi.....dah jadi macam lumrah pulak dah. Itulah tanda-tanda keruntuhan akhlak yang dah terlalu serius, juga tanda-tanda kita menghampiri akhir zaman.



Oleh Rizanizam Abdul Hamid
pengarang@utusan.com.my

MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?

Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.

Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.

Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.

Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya.

Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.

Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.

Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.

Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.

Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.

“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.

Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid.

Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.

“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.

Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan.

“Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Monday, February 8, 2010

GeliiMat.....


Kalau tak pernah tengok, layan sajalah video ni........Geli mat...mat...mat!!!!....kalau best layan menari sekali hehehehehehee.....

Sunday, February 7, 2010

Hallowh!!!...... How aa yuuu!!!.......


Sapa yang follow tentu kenai abang Kassim, tiap-tiap minggu aku tak boleh lepas dari tonton pertandingan Raja Lawak.......hehehehehe. Memang follower tegar (tapi sekalipun tak pernah mengundi)...............Tahun depan aku pulaklah nak masuk buleh kot. Aku dari first season lagi memang tak pernah miss, tapi makin lama ni aku dapat rasa yang makin lama dah makin kurang idea baru yang keluar, dah makin tandus bakat dah kot........Apa pun tahniahlah kepada semua peserta yang dapat masuk, memang berani sebab bukan senang nak bagi orang gelak, nak perah otak cari idea pun bukan senang melainkan kalau dah memang born dengan perangai pak lawak. Kalau setakat berlakon nak buat-buat, memang takkan dapat bertahan lama, end up tenggelam macam tu sajalah........sapa ada talent pi lah try masuk Raja Lawak, kot kot ada rezeki......bukan setakat jadi pak lawak tapi yang lebih penting membuka jalan ke punca duit yang lebih mudah........itu yang berebut tu nak masuk.

Saturday, February 6, 2010

Pilihan hati, memetik bunga di taman

Sudah kujumpa pilihan hati, pembuka kata telah di ucap, pemanis bicara sudah dihidang.......ingin kupetik bunga ditaman, beserta dengan taman-tamannya sekali. Ish susah betul kaedahnya.........

Monday, February 1, 2010

Moden, kurang ajar atau nilai diri 5 sen


Hari ni disebabkan ada isu ditempat kerja, aku dah tak dapat mengelak walaupun dengan segala tepisan aku akhirnya terpaksa juga masuk ketempat kerja buat beberapa jam. Bukan buat apa pun cuma masuk untuk verify problem dan bagi arahan-arahan panduan selanjutnya kepada production. Settle saja semua tu aku terus balik. Setibanya aku dirumah aku perasan mak mertua dan pak mertua aku dah ada dirumah tengah dok bersembang dengan orang rumah aku. Ish aku ni lapaq nasik nih takkan nak makan selamber depan depa kot takpaalah layan depa dululah. Tapi bila aku tengok macam masalah yang depa cuba nak cerita tu masalah dalaman maka aku pun meminggirkan diri aku dan terus melayan TV saja. Biar depa anak-beranak sajalah yang sembang.

Setelah lebih kurang sejam kedua-dua depa pun beransur balik kerumah kakak ipar aku di Bagan Dalam, rupanya depa mai dari rumah depa di Permatang Pasir. Dah depa beransur pulang tu aku pun merisik lah cerita dari orang rumah aku........oooo rupanya adik ipar aku nak kahwin, ya nak kahwin bulan April nanti.......alaaaaa 2 bulan lagi.

Haaaaa 2 bulan lagi?!?!?!?!?!?!!!!!!.........biar betul?!?!?!?
Aku pun tanyalah wife aku, bila masanya pulak pihak lelaki menghantar rombongan meminang ataupun merisik atau paling kurang hantar wakil berbincang?...(adik ipar aku tu of course perempuan la).....wife aku cakap yang sebenar memang tak ada wakil yang datang pun cuma adik ipar aku terus bagitau macam tu saja..........kiranya dia sendiri buat perbincangan dengan pihak lelaki............

Entah apalah punya bengap adik ipar aku sorang ni, ya lah kalau kata pandai sangat pun tak pernah dibuat orang rasanya sendiri pi berbincang bab kahwin ni, pastu just balik bagitau pesan dari pihak lelaki saja........gilo botui!!!!.

Sepatutnya hantarlah wakil dari pihak lelaki untuk berbincang atau sekurang-kurangya berkenal-kenal dulu dengan pihak sebelah perempuan. Takkanlah sebelah perempuan ni nak bertandang kesana bertanya hal pulak........ikut hati aku...lantak hangpalah nak buat macam mana, ikut keras hati aku aku boleh buat derkkk saja!!! dan aku dah pernah berpengalaman buat macam ni dah 2 kali dah setakat ni.........nak dicukupkan 3 ka.....

Kepada yang belum kahwin tak kiralah lelaki ka pompuan ka, janganlah sekali-kali buat benda paling bodoh macam ni. Tiada alasan atau justifikasi untuk perbuatan macam ni.................macam menjual diri dengan hanya nilai 5 sen.