Entah pasal apa baru-baru ni teringin sungguh aku dengan kari kepala ikan walhal kalau diikutkan aku bukanlah pemakan yang kepala ikan yang expert. Maca mana pulak tu pemakan yang expert?!?!?!...yang expert tu bagi aku ialah mereka-mereka yang suka makan kepala ikan dan mampu menghabiskan kepala tu hingga sampai tinggal tulang selonggok, itulah pemakan kepala ikan expert. Dan aku bukan tergolong dalam kategori itu. Aku hanya akan makan isi yang tebal sahaja dan selebihnya selalunya orang yang expert akan habiskan. Oleh kerana teringin sangat aku pun menuju ke restoran yang memang terkenal dengan kari kepala di Pulau Pinang ini iaitu Restoran Pen Mutiara di Taman Selat yang juga terletaknya Rope Walk Bagan.
Restoran di sini sebenarnya hanya cawangan sahaja, skedai utamanya terletak di Batu Maung di bahagian pulau. Tak dapat ke situ di seberang sini pun dah cukup.
Hanya aku 4 orang sekeluarga yang makan hidangan yang dipilih pun tak seberapa, takut tak habis pulak. 1 kari kepala ikan untuk 2 orang makan, udang masak pedas, sambal belacan dan sayur itu sahaja. Dan tak lupa air satu jug kecil.
Kari Kepala ikan di Pen Mutiara yang tersohor tu :-)....ehehehe. Meleleh!!!!!.....kuah kari dia memang power sampai boleh hirup. Itu yang aku suka sebenarnya bukan ikannya. Oleh kerana aku tak berapa pandai makan ikan maka orang rumah aku yang habiskan bahagian-bahagian special bagi kaki makan kari kepala ikan yang expert.
Udang masak cabai atau pedas, perghhhhh yang ni aku suka!!!.....sedap betul kuahnya, cuma tak berapa match dengan kari bagi pendapat aku. Apa pun aku tetap belasah sampai habis, apa taknya setiap ekor udang ni berharga RM5-RM8, takkan nak tinggal berbaki kot.
Lewat petang nya pulak hala ke Stadium Batu Kawan, layan race cub prix sambil tengok kot-kot ada offer motor jual longgok ka hehehehe....
Cantik Modenas ni bila masuk racing kit
Lewat petang nya pulak hala ke Stadium Batu Kawan, layan race cub prix sambil tengok kot-kot ada offer motor jual longgok ka hehehehe....
Cantik Modenas ni bila masuk racing kit
No comments:
Post a Comment