Monday, May 3, 2010

KTM 2010....Kayuhan Terang Malam, Siapa Kata Terang?!?!?!?!?!

Kalau diikutkan nama jamboree di Kulim untuk kali ni adalah Kayuhan Terang Malam, tapi kalau nak dibandingkan dengan keadaan sebenar, maka tak relevan langsung nama jamboree tu. Tapi kalau dah nama pun malam tentulah gelap kan, tak payahlah dok berangan nak kayuh ditempat terang benderang. Kalau nak macam tu jugak kayuh dalam dewan bolehlah. Untuk Jamboree kali ini aku dah plan awai dengan Lan Usin untuk turun pi bagi sokongan moral......chewahh sokongan moral konon, atau dalam lain perkatan dan maknanya kami pi sesaja nak memeriahkan majlis dan tumpang berseronok dengan kemeriahan jamboree tu.
Tengoklah betapa gelapnya keadaan, hanya lampu suluh kecil menjadi teman. Bukan calang-calang trek yang di pilih untuk jamboree kali ni, terpaksa lalu kawasan hutan simpan iaitu di trek balak Sungai Kob. Sedangkan siang pun agak menggerunkan apatah lagi malam.

Menghampiri garisan penamat, ramai yang masih bertenaga. Sesekali dilimpahi cahaya flash, jadi buta sebentar. Aku bergelak besar dengan gelagat peserta yang terkena cahaya flash dengan mengejut ada yang sampai terbabas heheheheheheheheheheheheee........
Ramai kawan-kawan malam ni, sempat juga di celah tu aku bergambar dengan Marshal scrambler
Lan sedang ber "Tanggo" atau tarian "Ahmad Albab" kot.

Best betul kalau dapat join kayuh jamboree ni, memang rugi tak dapat join

1 comment:

  1. Teringat zaman IM pergi Gunung Tahan dan mengadakan perkhemahan semasa aktif dalam Kelab Remaja...

    ReplyDelete