Buat kali ke 3 kalau tak silap untuk bulan ni, kawasan aku tinggal ni terputus bekalan elektrik lagi. Entah apalah masalahnya, dah kira kerap sangat dah ni dan setakat yang aku ingat berlaku di sebelah malam. denagn keadaan cuaca yang terlampau panas sekarang ni terputus bekalan elektrik ni sangatla menyusahkan. Malam semalam bila dah tak ada bekalan elektrik tu aku dan family pun apa lagi mulalah menjelajah keluar sambil mencari tempat untuk makan malam. Lalu di kawasan Bagan Ajam aku terperasan yang RS Cafe telah kembali dibuka di Jalan Mat Saad.
Daging masak merah RS Cafe
Sebelum ni RS Cafe ni memang terkenal dengan makanan-makan yang dijual disitu juga dengan sebagai satu tempat yang selesa untuk lepak-lepak. Kedai ni juga sebelum ni pernah keluar dalam rancangan Warung Kita semasa rancangan tu buat liputan tentang kedai makan di Pulau Pinang satu masa dulu dan aku sendiri pun dapat tahu tentang tempat inipun melalui rancangan itu jugak. Malam semalam akhirnya dapat jugak aku merasa masakan disitu.
Sikat masak 3 rasa......itu dalam kertas budak yang ambik order. Sebenarnya siakap 3 rasa, lagi sebenar dari yang sebenarnya, ikan ni adalah ikan merah......mana taknya ikan siakap semua bagak-bagak takut tak habis pulak, so ambik ikan merah dah la, kecik sikit.
Kakak dengan abng sedang kayuh, makan tak seberapa pun budak-budak ni jenuh aku tinggi suara suruh habiskan, bapaknya biasalah tak keluar suara pun boleh habis heheheheheheeee.......emaknya tukang sapu kasi bersih, sebab aku tak pandai makan ikan....masalah biasa aku dengan ikan.
No comments:
Post a Comment