Wednesday, May 19, 2010

Hentian


Dah lama aku dok plan nak ke stor KTM di Perai ni, sebelum ni aku cuma tengok dari jauh saja, nampak menarik. Mungkin bagi sesetengah orang tak ada apa pun dengan bangunan buruk macam tu, tak lebih dari sebuah bangunan saja tanpa sebarang makna. Bagi aku apa yang menarik adalah rekabentuk lama yang dapat dilihat pada bangunan ni, menarik dengan ciri-ciri klasik dan lama. Inilah apa yang aku dapat dari masa tidak sampai setengah jam di situ, dengan sedikir touch up ringan jadilah apa yang ada di sini. Tak seberapa hasilnya bagi yang pro, tapi bagi aku cukup menarik buat ketika ni. Silalah komen kalau berminat.

Suatu masa dulu stor atau depoh ini mungkin sibuk dengan aktiviti penyenggaraan keretapi yang dilakukan disini, tetapi sekarang ni nampak macam dah terbiar kosong.
Tempat ini juga mungkin pernah bergema dengan hiruk pikuk bunyi pekerja menjalankan tugas dan bunyi kerja besi yang dilakukan.
Menyimpan kisah dan cerita tersendiri, hanya bermakna buat mereka yang pernah bertugas di sini. Bagaikan ruang masa yang terhenti.........

Perjalanan

No comments:

Post a Comment