Semalam sempat jugak aku tonton perlawanan badminton Piala Thomas antara pasukan Jepun dan Malaysia. Tahun ni Malaysia meletakkan harapan tinggi untuk memenangi Piala Thomas yang kali terkahir kita menangi di era 90an dahulu. Untuk perlawanan semalam seperti yang sedia diketahui pasukan Malaysia telah tewas ditangan Jepun dengan keputusan 2-3. Sebagai pasukan bukan pilihan pemain Jepun telah menunjukkan permainan yang sangat meyakinkan dan pemain-pemain mereka juga dilihat adalah muda-muda belaka berbanding Malaysia. Lee Chong Wei sekali lagi bertemu dengan Tago yang pernah memberikan tentangan hebat di satu kejohanan lain sebelum ini yang melihat LCW hampir tewas, namun semalam LCW menang.
Walaupun harapan tinggi diletakkan untuk pasukan Malaysia, secara realistiknya melihatkan tahap permainan pasukan Malaysia semalam dapat dirasakan pasukan ini tidak akan mampu untuk mencapai sasaran untuk kali ini, dan jika mampu menjadi juara sekalipun, pasti akan menempuh laluan atau halangan yang amat-amat mencabar yang hampir-hampir mustahil.
Apa pun kini Malaysia berjaya juga melangkah ke Semi-final..........kita tengok apa keputusannya pulak.
memang harapan Malaysia untuk merampas kembali Piala Thomas perlu melalui jalan sukar..
ReplyDeletesemalam semasa lawan Jepun, kecewa ngan salah seorang pemain perseorangan kita.. macam main semasa latihan je
Nasib baik IM tak tengok. Kalau tengok, pasti tidur tak lena...Frust!
ReplyDeleteIM kena tengok gak, baru thrill.....lagi pun dah masuk semi final dah ni. Bertemu dengan China, rasanya takat tu sajalah kot. Tapi harapan tu tetap ada untuk ke final kalau bersungguh-sungguh.
ReplyDelete