Hari ni bila aku melawat ke blog ondscene aku tengok dah kecoh rupanya kisah kes kereta ketua polis Selangor yang dicuri tu. Laporan dari blogger Sham Ondscene tentang kes tu telah menyebabkan sesetengah pihak yang mengaku mewakili atau sebagai seseorang dari PDRM terkilan atau tersinggung. Bila aku baca tulisan individu itu, dia seperti mempertahankan tindakan PDRM di dalam kes tersebut dan melahirkan rasa kurang puas hati dengan Ondscene sebab mempersoalkan pihak PDRM. Bagi aku pulak, pada pendapat aku persoalan yang ditimbulkan oleh Ondscene itu adalah tepat, yang mempersoalkan layanan atau cara pihak PDRM menyelesaikan kes yang dilaporkan kepada mereka, tentang double standard yang diamalkan dan perbezaan antara kes PDRM dan kes orang awam. Bagi aku semua yang dibangkitkan itu ada benar dan tepat.
Seperti yang sedia maklum, tahun lepas sahaja aku ada 2 kes yang dilaporkan kepada pihak PDRM yang hingga ke hari ini belum selesai dan tanpa sebarang update tentang perkembangan kes tersebut. Tidak cukup dengan itu pelbagai pengalaman aku tempuh dan pelbagai pemerhatian turut aku lihat semasa proses membuat laporan. Pastinya semuanya negatif.
Di Ondscene sempat aku coretkan sedikit catatan rasa aku.....PANASSS!!!!
No comments:
Post a Comment