Hari ni on the way aku nak ke tempat kerja aku terdengar di radio yang kerajaan akan memberi bantuan 1000 komputer riba (laptop) kepada murid-murid miskin di Malaysia dengan matlamat untuk meningkatkan kadar access rakyat ke jalur lebar. Tersedak otak aku bila dengar. Kenapa aku tersedak otak???!?!?!......
Mungkin ada penjelasan panjang lebar tentang polisi atau program yang akan dijalankan kerajaan ini tapi bagi aku kalau satu benda atau perkara yang dilaporkan dalam berita dalam bentuk satu ayat pun dah dengar macam tak logik maka ia memang patut dipersoalkan. Apa sangkut pautnya tentang access jalur lebar dengan murid miskin ni?!??!?!?!....Satu perkara atau masalah kalau tak dapat dijelaskan dengan satu ayat maknanya memang susah (complicated) lah penyelesaiannya. Kenapa nak mencari jalan penyelesaian yang susah untuk satu perkara yang mudah?!?!??!.......
Itulah yang dikatakan otak orang yang initiate benda ni dah dipenuhi dengan serdak kuih raya tu, entah apa-apa yang difikirkan. Kalau dah bagi laptop untuk 1000 murid miskin, agak-agaknya macam manalah depa tu semua nak access??.......adakah pakej tu lengkap dengan free access dan free bayaran bulanan, dan kenapa terhad kepada 1000 orang??!?!?!....... Kalau dah bagi tuntuk 1000 maknanya target hanya untuk 100 orang sajalahkan?!?!?!..........jadi objektif program ni bukanlah untuk meningkatkan kada access jalur lebar untuk rakyat hatta orang miskin, tapi hanya meningkatkan 1000 lagi access jalur lebar sebenarnya?!?!?!..........dan kalau hanya laptop saja yang di beri, apa pulak yang diharapkan ?!?!??!....1000 orang ini akan pi register line atau berlanggan broadband ni dengan menggunakan duit sendiri?!?!?!?!.........
mmmmm..............aku nak kena fikir lagi ka. Takpalah sambung sikit lagi....
Daripada bagi 1000 laptop percuma terhad kepada 1000 orang ni, lebih baik wujudkan pusat-pusat access internet mini di kawasan-kawasan perumahan atau penduduk miskin. Gunakan saja dewan-dewan orang ramai yang selalunya jadi projek gajah putih tu, tempatkan seorang petugas untuk memantau penggunaan juga untuk bagi tunjuk ajar. Kalau tak sepenuh masa mungkin buatkan jadual masa ia dibuka pada sekian-sekian waktu. Kan lebih berkesan macam tu.........itupun kalau betul objektifnya nak bagi lebih ramai orang access ke internetlah..........
Dive In Feel The Touch, Suatu Masa, Suatu Ketika, Suatu Perjalanan, Dahulu, Kini & Masa Depan....... Life is not about the peak, but its all about the climb, The Journey.....
Monday, May 31, 2010
Sunday, May 30, 2010
Start macam dulu-dulu
Dah lama aku berenti dari ke gym, suatu masa dulu kira-kira 4 tahun lepas setiap hari lepas kerja aku akan berkampung disini sebelum balik ke rumah.Selalunya malam baru aku balik, lepas habiskan masa beberapa jam disini, masa tu memang semangat sungguh aku. Selagi tak masuk waktu Maghrib selagi tu aku takkan balik, tapi lepas aku mula sibuk dengan kerja terus aku tinggalkan aktiviti aku yang ini. Lepas aku berenti rokok badan aku mula naik mendadak dan untuk mengawal kenaikan berat badan aku pun mula aktiviti berbasikal. Oleh kerana basikal pun dah hilang nampaknya aku terpaksalah mula balik dengan bersenam cara macam dulu-dulu balik iaitu di sini.
Hujung minggu macam ni memang tak ramai yang guna kemudahan ni, tapi ada lah jugak 2-3 orang yang aku jumpa disini tapi aku tak kenal la. Kebanyakan yang datang sini selalunya yang beria-ia nak bina badan, jenis yang angkat besi 2-3 kali pastu berenti tengok muscle depan cermin.......nak tergelak jugak aku tengok. Tapi lantaklah hangpa nak buat apa pun nak bina badan ka, nak toning ka. Ada jugak yang aku perhatikan macam hentam saja guna barang-barang disini, sekejap pegang itu, sekejap pegang ini, dah tu pakai weight yang kadang-kadang melebihi kemampuan sendiri, end up angkat takat sekali dua sajala, tak tau lah pulak aku apa plan dia dengan cara macam tu. Lantaklah........aku macam aku, oleh kerana dah berhenti lama sangat so bila aku start balik kali ni, aku focus kardio dulu la, weight tu takat sikit-sikit saja, cukup untuk memanaskan otot. Sebelum balik aku mandi siap-siap di sini malas nak balik dengan bau tak menyenangkan dalam kereta.
Friday, May 28, 2010
RS Cafe, Sikat 3 rasa, Daging masak merah
Buat kali ke 3 kalau tak silap untuk bulan ni, kawasan aku tinggal ni terputus bekalan elektrik lagi. Entah apalah masalahnya, dah kira kerap sangat dah ni dan setakat yang aku ingat berlaku di sebelah malam. denagn keadaan cuaca yang terlampau panas sekarang ni terputus bekalan elektrik ni sangatla menyusahkan. Malam semalam bila dah tak ada bekalan elektrik tu aku dan family pun apa lagi mulalah menjelajah keluar sambil mencari tempat untuk makan malam. Lalu di kawasan Bagan Ajam aku terperasan yang RS Cafe telah kembali dibuka di Jalan Mat Saad.
Daging masak merah RS Cafe
Sebelum ni RS Cafe ni memang terkenal dengan makanan-makan yang dijual disitu juga dengan sebagai satu tempat yang selesa untuk lepak-lepak. Kedai ni juga sebelum ni pernah keluar dalam rancangan Warung Kita semasa rancangan tu buat liputan tentang kedai makan di Pulau Pinang satu masa dulu dan aku sendiri pun dapat tahu tentang tempat inipun melalui rancangan itu jugak. Malam semalam akhirnya dapat jugak aku merasa masakan disitu.
Sikat masak 3 rasa......itu dalam kertas budak yang ambik order. Sebenarnya siakap 3 rasa, lagi sebenar dari yang sebenarnya, ikan ni adalah ikan merah......mana taknya ikan siakap semua bagak-bagak takut tak habis pulak, so ambik ikan merah dah la, kecik sikit.
Thursday, May 27, 2010
Sukan Pos Malaysia....apa hal?!?!?...
Nak kata sibuk sangat tak lah sibuk sangat pun, nak kata free tak lah jugak free sangat. Tapi yang pasti malas sungguh nak update blog ni, mungkin ni sebahagian dari fasa pasang surut dalam hidup kot, ada masa rajin ada masa malas. Tapi yang tak tahan tu memanjang rasa malas, entah bilalah fasa rajin tu nak berpanjangan. Weekend baru ni aku sempat ke sukan Pos Malysia di USM yang mana disertai oleh adik aku tu. Alang-alang dia mai sini aku pun bawaklah dia pi makan-makan dan malam tu sempat jugak aku attend acara pembukaan. Walaupun aku hadir sebagai penonton, tanpa segan silu aku tetap ambil gambar macam biasa, saja buat menyemak acara. Yang lebih penting semua gambar ni untuk simpanan adik aku.
Posmen mengikut era
Dulu lain, sekarang lain.....
Suasana di dalam stadium USM.
Ketibaan Tan Sri Aseh Che Mat, Pengerusi Pos Malaysia Bhd.
Wednesday, May 19, 2010
Hentian
Dah lama aku dok plan nak ke stor KTM di Perai ni, sebelum ni aku cuma tengok dari jauh saja, nampak menarik. Mungkin bagi sesetengah orang tak ada apa pun dengan bangunan buruk macam tu, tak lebih dari sebuah bangunan saja tanpa sebarang makna. Bagi aku apa yang menarik adalah rekabentuk lama yang dapat dilihat pada bangunan ni, menarik dengan ciri-ciri klasik dan lama. Inilah apa yang aku dapat dari masa tidak sampai setengah jam di situ, dengan sedikir touch up ringan jadilah apa yang ada di sini. Tak seberapa hasilnya bagi yang pro, tapi bagi aku cukup menarik buat ketika ni. Silalah komen kalau berminat.
Tempat ini juga mungkin pernah bergema dengan hiruk pikuk bunyi pekerja menjalankan tugas dan bunyi kerja besi yang dilakukan.
Perjalanan
Tuesday, May 18, 2010
Mayday....Mayday....Mayday
Pergh!!!... bulan ni sungguh mencabar kredibiliti aku sebagai seorang manusia nampaknya. Satu demi satu cerita dan perihal al kisah hidup menimpa yang nampaknya agak memenatkan poket nampak gayanya. Satu demi satu hanya di sepanjang bulan May ini........
Adik ipar kawen bagi short notice............itu ini, gitu gini..... few hundreds RM
Prior pergi Pahang, alarm/spot light kereta.....another few hundreds RM
Kereta ....service...........few hundreds lagih
Bertandang ke pihak lelaki nun di Pahang.......another few hundreds RM
Roadtax insurance kereta...........Rm 1K++
Saman speed trap......tak settle saman, tak boleh renew roadtax.......RM few hundreds
Battery kereta kong..........another few hundreds RM
Sakit jiwa, sakit hati, penat, mengah dan tenstion .................PRICELESS
Hampeh betoi!!!!.........
Adik ipar kawen bagi short notice............itu ini, gitu gini..... few hundreds RM
Prior pergi Pahang, alarm/spot light kereta.....another few hundreds RM
Kereta ....service...........few hundreds lagih
Bertandang ke pihak lelaki nun di Pahang.......another few hundreds RM
Roadtax insurance kereta...........Rm 1K++
Saman speed trap......tak settle saman, tak boleh renew roadtax.......RM few hundreds
Battery kereta kong..........another few hundreds RM
Sakit jiwa, sakit hati, penat, mengah dan tenstion .................PRICELESS
Hampeh betoi!!!!.........
Monday, May 17, 2010
Weekend time out
Dah lama tak bermandi manda dengan anak-anak. Hari ni ada kesempatan, follow family mertua apa lagi budak-budaktu dapat la layan berendam. First time untuk orang baru dalam family aku.
Baru nak berendam lama sikit dah hujan pulak, terus lari naik takut kepala air. Terus jugak lari balik.
Singgah ke Lunas, Koy Teauw goreng Taman Sejahtera, Kulim. Memang holiau!!!...........
Yang ni tak perlu diperkenalkan lagi, laksa Taman sejahtera , ini dah memang terkenal dah kalau di Kulim......yang ni pakej Mambo.
Rombongan cik kiah makan laksa.
Sunday, May 16, 2010
Selamat Hari Guru, di SK Convent Butterworth
Bersempena dengan Hari Guru Tahun ini semua sekolah di Malaysia telah diarahkan untuk mengadakan gotong royong ni , dengar ceritanya ramai guru yang rasa tak puas hati sebab terpaksa bekerja lebih. Bersempena dengan Hari Guru ini juga, bagi 'memeriahkan' majlis aku pun turut menghadirkan diri ke sekolah anak aku ni. Dibawah tu beberapa gambar yang diambil pada hari tu, tak banyak nak komen semua.
Selamat HAri Guru Cikgu, tengah buat persiapan pentas. Entah apa yang diorang plan untuk Hari Guru Isnin nanti. Ada jemputan untuk makan tengah hari bersempena dengan itu.
Cikgu Zulkifli, spontan jadi gambar pun tinggal sekerat
Mr Harjit dan pekerja pembersihan
Makcik ni pekerja permbersihan, jadi model lah plak
Mr Harjit, memang aktif dia di sekolah Convent ni sebagai seorang AJK PIBG.
Selamat HAri Guru Cikgu, tengah buat persiapan pentas. Entah apa yang diorang plan untuk Hari Guru Isnin nanti. Ada jemputan untuk makan tengah hari bersempena dengan itu.
Cikgu Zulkifli, spontan jadi gambar pun tinggal sekerat
Mr Harjit dan pekerja pembersihan
Makcik ni pekerja permbersihan, jadi model lah plak
Mr Harjit, memang aktif dia di sekolah Convent ni sebagai seorang AJK PIBG.
Mr Harjit dan Mr Jeffrey, 2 orang ahli PIBG.
Hajah Hafsah, Guru Besar SK Convent Butterworth, orang lama di bidang pendidikan dan berpewatakan tegas. Banyak jugak kisah menarik di kongsi.
Cikgu-cikgu sedang menikmati jamuan yang disediakan. Hidangan istimewa gulai ikan kering dari Tanjung Dawai..
Selesai gotong royong, penuh satu lori dengan bahan buangan.
Tak semudah yang di tulis
Guru Besar, Hjh Hafsah bakal bersara hujung tahun ini.......
Inilah hasilnya setelah setengah hari masa dihabiskan di sekolah kakaknya. Hehehehehehehehehe....boring giler!!!!!.......takpa besok abah bawak pi mandi sungai Ulu Paip OK?!?!?!........
Subscribe to:
Posts (Atom)