Dive In Feel The Touch, Suatu Masa, Suatu Ketika, Suatu Perjalanan, Dahulu, Kini & Masa Depan....... Life is not about the peak, but its all about the climb, The Journey.....
Sunday, November 8, 2009
Ipoh Ipoh Lagi !!!.....(Ipoh Ipoh Mali!!!)
Buat kali ketiganya dalam masa sebulan aku ke Ipoh lagi sekali, kali ni dengan sebab kecemasan. Sebaik saja mendapat berita bahawa tok sebelah wife aku terjatuh dan patah tulang aku dan keluarga mertua pun plan hari ni untuk melawat. Biasanya hanya 2 kereta saja kalau nak ke Ipoh tapi kali ni menjadi 4 bijik sekali konvoi, pakat nak naik kereta bagi lapang, saja nak bawak banyak kereta saja nak membazir. Aku kata ikut sukalah nak macam mana pun dah nak pi u aku 'ON' saja. Kereta wife aku yang tak pernah jalan jauh walau sekali itu pun abang ipar aku nak pinjam kali ni.Mula-mula tu aku nak kata tak boleh pun, rasa segan sangat disebabkan condition kereta tu pun bukan baik sangat pun, tapi bila orang dah beria-ia aku pun setuju sajalah cuma bila nak start perjalanan tu banyaklah pesannya dari aku. Ya lah kereta yang takat pusing daerah Seberang Perai ni saja dan enjin pun tak pernah hidup lebih dari sejam, bukannya elok keadaannya. Aku pun jaga takat ala kadar saja.
Hero aku sempat lagi melelapkan mata, atas seat belakang itu pun jadi.
Singgah kejap membeli kad Touch N' Go sesaja buat spare
Dah sampai pun
Macam pernah kulihat tempat ni, tapi di mana ya!!!.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment