Dive In Feel The Touch, Suatu Masa, Suatu Ketika, Suatu Perjalanan, Dahulu, Kini & Masa Depan....... Life is not about the peak, but its all about the climb, The Journey.....
Sunday, November 1, 2009
Hari Persembahan & Penyampaian Hadiah
Nurseri dan juga tadika Sinar Dinamik yang aku dok hantar anak aku tu, hari ini telah selamat mengadakan hari persembahan dan penyampaian hadiah untuk tahun 2009 ini. Ini juga bermakna tahun persekolahan kini hampir tiba dipenghujung untuk tahun 2009 dan juga menghampiri cuti sekolah hujung tahun yang panjang. HAri ini dengan kelapangan dihujung minggu, aku sekeluarga menghabiskan masa menemankan anak aku yang bongsu tu dipersembahan tadikanya. Dah berapa hari dah dok berlatih dirumah.....nak tergelak aku tengok tapi untuk budak-budak 5 tahun OK lah janji ada semnagat dan ada keyakinan diri yang itu lebih penting.
Seronok tengok budak-budak buat persembahan, sebelum, semasa dan selepas persembahan macam-macam boleh tengok. Main-main tu biasalah budak-budak bukan diaorang peduli pun kerja nak main saja sepanjang masa. Selain dari itu yang sebenarnya aku respek dengan budak-budak zaman sekarang ni, boleh dikatakan masing-masing berani dan macam tak kisah pun bila berhadapan dengan orang ramai. Seingat aku dulu-dulu masa aku kecik-kecik ramai jugak yang lari turun pentas bila mai bab nak kena buat persembahan. Yang dah berlatih berminggu-minggu dan dah confident pun boleh lari turun pentas bila tiba hari persembahan. Bagi aku persembahan macam ni sangat baik untuk budak budak ni sebagai satu latihan untuk meningkatkan keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai lebih-lebih lagi bila pendedhan serupa ni dibuat pada awal umur persekolahan mereka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment