Friday, October 9, 2009

aku dan sabar

Dengan musibah yang tak surut menimpa diri aku dalam tahun ni, semua tu sebenarnya telah memberikan impak besar kepada diri aku. .......dan ini semua banyak bertumpu kepada sifat sabar dalam diri aku. Dengan semua yang aku dah lalui aku rasa aku lebih mengenali apa itu sabar berbanding sebelum ini dan bila dibuat perbandingan aku rasa dulu aku amat jauh dari sifat sabar berbanding sekarang dan secara tidak langsung, musibah ini juga telah membuat aku menjadi lebih sabar dengan hidup. Aku juga ada juga terfikir, adakah dugaan-dugaan yang menimpa aku ini adalah suatu petanda atau permulaan kepada sesuatu sebab kalau dilihat balik macam ada satu sambungan dari satu kepada satu yang lain.....mmmm ntahlaaa

Aku masih ingat, dulu aku ni boleh dikatakan panas baran tahap tinggi lah jugak. Pantang silap sikit aku mesti melenting punyalah tak kiralah sapa pun, dulu aku ingat lagi ada member buat lawak bodoh dengan aku bubuh ais dalam baju aku.......alaa seketul kecik jerrr, tapi terus aku tuang atas kepala dia sebungkus Milo ais.........kesian dia, bukan niat aku nak melenting tapi ntah kadang-kadang aku tak boleh control marah aku. Seingat aku, aku pernah marah sampai halau orang keluar dari rumah aku dan adalah lagi beberapa insiden yang aku rasa menyesal sampai ke hari ni.

Bila dah kahwin lebih kurang 10 tahun dulu, perangai angin aku tu mula berubah, mungkin sebab itu hikmah kahwin lah kot..........tapi aku rasa baran tu masih lagi agak tinggi cuma dapat dikawal sedikit, semakin anak aku membesar masing-masing dapat faham baran aku. Kadang-kadang tu aku malu dengan anak aku sebab kadang-kadang tu terlebih marah untuk benda-benda yang tak seberapa. Baran aku jadi lebih serius selepas aku berhenti merokok lebih 2 tahun lepas (baru lagi rupanya aku berhenti merokok ni).....Masa mula-mula berhenti tu kedua-dua anak aku tu adalah 2 insan yang paling teruk terkena tempias kesan psikologi hasil berhenti merokok tu. Kesian depa berdua.....teruk jugak anak-anak aku kena dengan aku, memanglah berpunca dari mereka sendiri tapi hukuman yang diterima tu kadang-kadang terlalu berat untuk kesalahan mereka...........selepas 2 tahun itu semua hanya tinggal kenangan, sebab tu sampai ke hari ini aku bertekad alang-alang aku bersusah payah sampai menyusahkan anak-anak aku untuk capai matlamat berhenti rokok, aku takkan sia-sia kan pengorbanan anak-anak aku tu......

Dalam tahun ini pulak musibah tak henti-henti menimpa aku........kesan dari semua yang aku tempuhi sepanjang tahun ini menyebabkan aku banyak muhasabah diri dan menjadikan aku lebih sabar cuma satu persoalan yang selalu bermain di fikiran aku.........bagaimanakah bentuk sabar yang dituntut kepada kita, bila mana kita ditimpa bala bencana??!?!?!?!!!........Adakah kita hanya perlu bersabar dengan menerima segalanya dengan penuh reda tanpa mempunyai sebarang perasaan marah/benci/dendam yang tersimpan???........Atau adakah sabar itu walaupun reda tetapi tidak mengapa jika kita menyimpan rasa marah meluap-luap, benci, dendam, sumpah seranah??!?!?.......

Apakah cara sabar yang sebenar dan yang dituntut didalam Islam.......dah menjadi satu ungkapan yang common.....ramai akan mamberikan nasihat untuk bersabar, tapi bagaimanakah bentuk sabar yang betul.........aku belum pernah mendengar tentang bab ini........

Aku amat berharap agar aku mendapat jawapan untuk persoalan ini.........

No comments:

Post a Comment