Tuesday, March 31, 2009

Cubaan mencuri keretaku

Satu kejadian yang mengejutkan!!....keretaku hampir dilarikan pencuri. Enjin dahpun berjaya dihidupkan tetapi ditinggalkan sahaja, kenapa ia tidak dilarikan?? aku tiada jawapan untuk itu. Laporan telahpun dibuat di IPD Seberang Perai Tengah di PERDA Buktinya........



Wednesday, March 25, 2009

Minggu ini ww13 ikut calendar .....


Gambar hiasan

MAsuk saja minggu ni ingatkan boleh lah nak tenangkan fikiran nak settlekan paper work yang dah lama tertangguh tu tapi apakan daya bermula dengan produk baru yang baru masuk process aku, dari situ dah terus tersangkut pulak aku dengan problem lain sekali. Hampeh sungguh!!!. Dah lah kena 2 benda dalam satu masa after working hours pulak tu....nah ambik kau!!! First day this week stay back sampai pukul 11.00 malam nak clear kan customer sample dengan prepare report untuk issue yang detect kat product lain yang juga aku owned. Sampai hari ni masih struggle untuk clear semua tu.........Dah mula dengan issue besar tu sudah tentulah follow by paper work, generate itu ini dalam system, cal meeting plan untuk containment dan coordination pastu send out communication dengan instruction sekali perghhhhh itu belum di kira dengan meeting yang terpaksa dipanggil untuk clear semua ni.....arghhh!!!
Minggu yang relax dah jadi minggu yang sibuk dah, apa pun steady !!!!. Settle satu satu, guna kaedah yang sama macam kayuh beskal.......Pelan-pelan kayuh, slow tapi sampai!!......itulah moto 'Gerek-Kulim Team' hehehehehee. Pelan-pelan takut tak siap pulak.

Sunday, March 22, 2009

Kayuh Weekend March 22nd '09



Minggu ini seperti yang di janjikan dengan geng Kulim juga sebagai kayuhan kedua oleh Geng Gerek Kulim aku join diaorang, kali ini dari Kulim Perdana ke Ulu Paip pula. Plan asal untuk offroad ke Ulu Paip boleh dikatakan tak jadi kerana trekker berpengalaman iaitu Pak Abu tak dapat join. Apa pun kayuhan tetap diteruskan. Pagi ini jam 7.15 pagi aku pun bertolak Seberang Jaya menuju ke Kulim, dalam perjalanan aku berhenti sebentar di Shell hentian rehat BKE, isi mnyak dulu biasalah isi minyak pagi ni lebih baik sebab wap dah turun hehehehe secara teori lah tu. Sambil tu tangkap kereta mainan Ferrari tu sebijik tambah collection, sempat lagi tuh.
Lebih kurang 7.45 pagi aku pun sampai di rumah Zul Denggi, tanpa bertangguh lagi angkat keluar basikal dan tayar yang disusun dalam kereta tu. Dalam proses ni 'water bottle' aku terjatuh dari tempat letaknya dan terhentak diatas jalan, masa ni aku nampak air memelah dari water bottel tu. Alamak dah pecah laa!!!, memang frust betul lah botol kesayangan lak tu apa kan daya dah suratan takdir simpan balik dalam kereta ingat nak try match balik dengan botol yang lain kat rumah. Lepas tu aku continue assemble beskal aku dan prepare untuk kayuh tapi sebelum tu macam biasa la bergambar dulu apa patut.



Sessi bergambar

Tayar golek



Semua happy di keheningan pagi

Berenti isi kantung dulu, ingat nak pekena 'power pack'

Sini takdak 'power pack' mai dalam pinggan hehehehee



























Wednesday, March 18, 2009

Gerek Kulim in action

Sepatutnya hari Sabtu lepas aku kayuh dengan team 'gerek kulim' dalam kayuhan pertama untuk team ni, tapi disebabkan oleh ada hal lain aku kena korbankan kayuhan ni. Tengok semua nampak macam geng gila-gila sikit dan memang pun tengok posing pun dah tau. Sebenarnya team Gerek Kulim baru ditubuhkan selepas Kulim Hi Tech Exploration Jamboree dan berasal usul dari KHT bikers juga sebenarnya. Apa pun Gerek Kulim akan pasti memeriahkan lagi dunia kayuhan basikal ini dan pasti akan berkembang dengan lebih luas.

Ini latest message dari Zul......ajak kayuh hujung minggu ni.

"Salam to all,

Hujung Minggu Ride:-

Destination : Klm Perdana-Ulu Paip-Klm Perdana
Day : AHAD
Time : 0800AM

Sila dtg on time, gather kat rumah aku-kita ikut jln Hi-Tech-Mahang, masuk offroad sikit then keluaq ikut Ulu Paip, makan,minum and mandi lebih kurang, kita bertolak balik...BERANI? Katakan YA utk kesihatan tubuh bandan anda.

10-Q and rgds./
Zull's "

Rasanya freelah hujung minggu ni, boleh join!!!!

Monday, March 16, 2009

Weekend and extra off

Sempena dengan cuti sekolah yang dah bermula aku dah plan untuk ambil cuti satu hari pada Isnin untuk nak settle beberapa perkara yang dah bertangguh. Bermula dari mesyuarat PIBG, registration anak aku untuk sesi persekolahan 2011,servis kereta juga termasuk plan untuk bawa anak-anak jalan-jalan. Hari ni aku dah terlalu penat untuk menulis panjang just upload gambar saja dulu.




Tuesday, March 10, 2009

My Stuff


My 2 favourite stuff

2 barang ni memang betul-betul close dengan aku, salah satu mesti ada dengan aku walau kemana pun aku pergi. Dalam toilet kat kat rumah aku tak bawalah, tapi kalau luar rumah mesti ada. Untuk apa aku bawa benda ni, yang sebenarnya aku suka buat kerja tak berfaedah buat kerja "keras tangan" tak kiralah apa menatang pun. Duduk kalau free tu aku mesti ada benda aku nak reka dan buat so inilah tool yang aku guna.

Ada 2 jenis, yang siap dengan playar tu dipanggil swiss tool dan yang satu lagi tu swiss army knife. Setiap satu ada keistimewaan tersendiri (aku sajalah yang tahu) jadi kedua-duanya penting bagi aku. NAnti aku share pulak apa benda merapu yang pernah aku buat. Aku takkan malu lagi nak share walaupun sesetengah benda tu tak ada makna untuk orang lain. Peduli apa aku.

Post jamboree ride

Untuk mengelakkan sakit badan lepas support KHT exploration aku ride pagi Isnin baru ni, kali ni plan nak cari trek baru area Bukit Indera Muda, merata la yang aku redah kebun kelapa sawit sampai la ke tangki air di puncak bukit. Yang paling best aku melalui satu down hill extreme, apa yang extreme tengok gambar dibawah.


Downhil extreme, hehehehe tak nampak macam extreme pun kan

Yang sebenarnya trek tu tak extreme cuma masa aku turun tu aku kena hambat dengan 3 ekor anjing cilakoi punya anjing!!!. Down hill tak cukup laju sampai kena tambah kayuh bagi laju nak lari dari anjing. Sapa nak pi bagitau aku, kot nak rasa extreme. Hampeh punya anjing!!!.