Sunday, January 25, 2009

Kayuhan hujung minggu.....seat

Ish dah tak boleh tahan rasanya seat yang aku guna tu, memang tak comfortable langsung!
So hari ni aku tangkap satu seat baru, nampak dan rasa macam best
Hari pertama kayuh 10km dan hari kedua hampir 20km memang selesa
Tidaklah seperti sebelum ini.......settle satu hal
Ada barang nak tukar lagi lepas CNY holiday ni.
Upgrade lagi.

Wednesday, January 21, 2009

Presentation

Dulu aku tak suka presentation sebab aku tak suka cakap didepan orang ramai
Tapi sekarang aku dah get use to it
Presentation bukan satu perkara yang besar bagi aku
Selagi bukan management meeting presentation aku OK.....
High level management meeting buat aku gerun sebab tak dapat nak predict soalan-soalan killer dari meeting.
Tergagap-gagap jugak nak goreng kalau kena soal balik.
Apa pun aku suka kerja aku buat masa ni, ke depan aku tak tahu lagi
Yang pasti ianya masih belum menjadi satu kerjaya bagi aku

Kerjaya atau kerja

Ini persoalan yang selalu bermain dalm kepala aku.
Sama saja kot, bagi aku kerja atau kerjaya sebenarnya adalh perkara yang sama
Ia akan menjadi suatu kerjaya jika kita bangga atau suka dengan kerja kita
Jika tidak ia hanya akan menjadi satu kerja.......

Mungkin tahun 2009 tahun untuk aku beralih arah????
Ntahlah, I'm planning something and think this is the year where I should turn it into reality.

Kejutan

Ya hari ni ada kejutan.......
Belum sempat aku habis download mail aku attend satu meeting
Di meeting tu masing-masing dah mula kecoh ada management passdown
Ada VP dari US datang untuk business update tersebut

Ini memang satu kejutan, belum pernah seorang VP yang datang dari US
tanpa communication lebih awal dan tiba-tiba memanggil semua pekerja
Ramai yang meneka VSS dah kembali dan mula mencongak

Yang sebenarnya berita yang disampaikan adalah jauh lebih mengejutkan dari yang disangka
2 building production floor daripada 3 yang ada di Penang akan ditutup sepenuhnya sebelum penghujung 2009!!!
Memang mengejutkan!!!.......
wajah semua orang dah berubah dari ceria menjadi kelat
Kepada mereka yang akan menyambut tahun baru Cina, tahun ini akan menjadi tahun yang paling tak gembira..........
Ntah lah, 2009 akan menjadi tahun yang paling mencabar
Pandangan aku, 2010 akan lebih lagi dari tahun ini.

Tunggu dan lihat.

So what's next???......tiada siapa tahu, wait and see

Tuesday, January 20, 2009

MEngantuknya,,,,

Sepatutnya hari ni aku concentrate prepare paper untuk new system qualification,
tapi aku tersangat mengantuk sampai ke tahap max, tak boleh nak tahan dah ni.
Ini semua gara-gara minum Nescafe semalam,
on the way balik kerja semalam layan lepak kat ESSO pastu pekena hot dog dengan minum nescafe.
Memang syok sekali sekala lepak tengok orang keluar masuk stesen minyak, macam-macam gelagat ada.
Masalahnya bila dah balik, langsung tak dapat tidur!!! terlebih cafein agaknya........
Semenjak berenti rokok ni badan dah jadi sensitif kepada bahan-bahan yang ada kesan sampingan nih.

Monday, January 19, 2009

Ekonomi

Pagi ini diketika aku sedang mengelamun dalam dunia aku yang sentiasa sibuk dengan kertas kerja ini, aku di terjah dengan soalan menarik dari seorang kenalan. Soalannya simple sahaja bertanyakan akan keadaan cuaca ekonomi dunia sekarang nie, yang tidak menentu ini. Sepertimana dunia yang sering dilanda cuaca tak menentu disebabkan oleh tangan-tangan perosak punca kepada earth warming begitu jugalah kekalutan yang telah berjangkit kepada sistem ekonomi.

Yang pasti teman ini amat risaukan tentang kerjanya, akan risiko kehilangan kerja disebabkan keadaan ekonomi yang amat teruk sekarang. Ada ura-ura company akan mengurangkan 10% kakitangan tapi itu belum pasti, tapi yang pasti ramai juga yang sedang menunggu peluang tersebut jika ada. Juga pasti ramai yang tidak mahu ia terjadi. Jawapan aku buat teman, jangan buang masa memikirkan itu semua jika kita tiada penyelesaiannya, jika ada adalah lebih baik tumpukan kerisauan itu pada penyelesaian tersebut. Terdapat beberap pilihan bagi masalah ini pertamanya bersedia untuk kehilangan kerja dengan memulakan perniagaan ataupun mencari kerja lain. Jika tiada maka lebih baik berdiam diri tumpukan pada apa yang sedang dilakukan daripada membuang masa berfikir pada sesuatu yang tak memberi pulangan.

Sunday, January 18, 2009

Malaysiaku

Penang Port Belakang Depot Shell
Padang Pahlawan, Melaka


Muzium Maritim kalau tak silap, Melaka

Eye On Malaysia, muara Sungai Melaka



Weekend ride, 17 January '09


Sabtu, Petang
Dari Sembilang ke Pekan Permatang Pauh,
Dari Permatang Pauh melalui jalan Kubang Semang
Ambik jalan off road melalui kawasan bendang menuju ke Highway BKE
Menyusur highway BKE
Dari Highway kembali menuju ke Kampung Bukit Merah
Melalui jalan belakang menyusur Permatang Pasir,
Menuju ke Kampung Tanjung Putus hingga jalan mati,
Kembali melalui jalan off road menuju ke Sama Gagah melintasi Highway
Melalui Jalan utama Sama Gagah kembali ke Taman Ampang Jajar dan ke
Sembilang.......Dalam masa 1 jam lebih.
Setakat ni, inilah kayuhan paling jauh aku
Jarak mungkin beberapa belas KM.......boleh tahan untuk beginner macam aku.
HAri Ahad......
Tak jauh sangat, hanya dari Sembilang menuju ke Taman Inderawasih
melalui jalan off road menyusur sungai Perai,
Kemudian melalui pekan lama Perai ke Jambatan Karan (JAmbatan Keretapi Sungai Perai)
Masa diambil juga lebih kurang 1 jam,
Apasala lama sangat ehh???........
Lepak kat jambatan tu lama sangat tengok Indon mancing, Bangla lepak dan juga
sepasang pengantin Cina buat photo shoot tepi Sungai Perai tu.
Esok kerja, so cukuplah untuk minggu ni...............

Wang Tangga


Wang Tangga




Kuala Gula


It's been quite a long time since the last time I went there


Dekat setahun dah kot rasanya


Tenang setenangnya, layan mancing dari bilik chalet pun best


Lain kali kalau pi ramai-ramai buat BBQ pun best rasanya


Nak kena atoq bagi jadi nih........

Hampeh lagi....

Gambar tiada kaitan dengan cerita, cerita ada kaitan dengan gambar

Perbuatan paling mudah dalam dunia ini

adalah bagi alasan,

kedua paling senang adalah menyalahkan orang lain,


Senanglah, tak payah buat apa-apa,

bagi alasan saja ataupun salahkan orang lain saja.......
Apa pun hampehlah jugak!!......

Sana sini wannabees.......

Sekarang ni zaman wannabe
Ada mat salleh wannabe
Ada elit life wannabe
Ada urban wannabe
Dah teringin sangat nak jadi apa yang nak jadilah
takder orang nak larang, tapi tak perlulah hina asal usul
buruk bebenor..........

Nak jadi wannabe jadilah
Tapi tak perlulah gelar orang lain "typical "
Ngko tu taklah best sangat pun

Pendek kata macam-macam sekarang ni
Yang pastinya terlampau ramai manusia hipokrit dalam dunia ni
Nak berubah, itu bagus
Tak payah over sangat nak tiru bangsa lain cara orang lain tanpa hujung pangkal
Yang pastinya ngko tiru, itu bukan diri ngko yang sebenar
Kalau orang lain typical ngko hanya wannabe.........
Hampeh!!!.......

Tuesday, January 6, 2009

Ku jejak....







Pemandangan KL tower dari tingkap hotel

Makan Angin

25 Disember 2008 - 5 Januari 2009, inilah cuti terpanjang aku dalam jangka masa 3 tahun. Memang cuti kali ni aku pergunakan sepenuhnya untuk keluarga dan diri aku. Kehendak anak-anak, anak-anak buah, mertua, isteri dan diri aku sendiri telah dapat aku penuhi dalam tempoh percutian ini. Dan cuti panjang kali ini adalah antara yang paling bermakna dalam hidup aku.