Saturday, February 28, 2009

Kampungku.......

scenery from back of my house at my hometown



Teringat mereka berdua
Sekadar cerita,saya kutip dari diari seseorang...



Mak, tadi kat opis orang duduk sorang-sorang, teringat kat mak. Orang ambik hp nak call mak. Orang dail nombor rumah kita.

Ada nada dering tapi tak ada orang angkat ,alahai orang lupa lak waktu macam nie mak mesti kat belakang rumah sibuk beri ayam itik makan kemudian orang teringat semula.

Mak dah tak ada dah meninggal dunia mak dah tak ada. Macam mana orang boleh lupa mak dah tak ada. Ya Allah rindunya orang kat mak, orang pandang skrin laptop orang. Orang tengok gambar mak tengah senyum, mak nak tau tak kat wallpaper laptop orang nie ada gambar orang dengan mak.

Mak tengah senyum masa tu, lawanya mak orang nie. Patut pun abah jatuh chinta kat mak, kalah filem Cinta tu. Orang pernah tanya abah macam mana abah boleh jatuh cinta kat mak, abah cakap senyuman mak buat abah terpesona. Mak mude2 dulu kalah Miss Universe lawa. Alahai abah jiwangnya abah nie, tapi tu lah kasih abah pada mak. Orang suka tengok abah pujuk mak kalau mak marah2. Marah kat orang lah, maklumlah orang nie masa kecik2 bukan reti nak duduk diam. Mak orang rindu kat mak abah, rindu sangat2.

Mak...

11 Mei lepas hari ibu.. orang ada beli brooch untuk mak... orang tau kalau mak tengok sure mak suka.. (perasan lah orang nie).. orang tak ada duit nak beli hadiah mahal2 untuk mak.. orang bawak balik rumah konon nak suprise kan mak.. orang buka bilik mak cari mak tapi mak tak ada orang cari keliling rumah tapi mak tak ada... last2 orang penat orang duduk .. masa tu baru orang ingat mak dah tak ada.

Orang ingat lagi kalau orang belikan mak brooch sure mak cakap bila mak nak pakai nie.. buat apalah belikan mak semua nie.. mak bukan lama lagi nak hidup...orang mesti menjawab .. alahai mak nie suka cakap macam tu lah habis nanti orang nak duduk dengan sapa kalau mak tak ada.. mak pakai ajelah nanti yang cantik mak orang gak.. mak mesti senyum lepas tu... dua tiga hari mesti mak pakai brooch tu.

Mak pasti senyum, suka tgk senyum mak. Mak selalu cakap senyuman mak tak cantik lagi sebab gigi mak banyak tak ada. Orang balas, napa mak tak nak buat gigi baru. Mak cakap ' kang mak lawa sangat lak kang abah pun tak kenal' Akhirnya kita berdua gelak besar.

Mak...

Ingat tak lagi masa mak sakit tiba-tiba mak pitam dulu. Masa tu orang baru aje masuk semester akhir kat maktab. Orang takut sangat mak sebab orang tak nak hilang mak. Mak tau tak petang tu orang lari dari maktab. Masa tu orang ada perkhemahan ko kurikulum. Tak tau pasal apa orang rindu sangat kat mak. Orang pun cabutlah balik rupanya mak jatuh pitam. Takut orang mak masa tu. Orang ingat mak dah nak tinggalkan orang. Alhamdulillah mak sihat semula.

Masa abah sakit mak ingat tak siang hari mak jaga abah. Malam tepat pukul 930 malam sure mak lelap tak sedar lagi dah. Orang lak take turn jaga abah. Tapi tak apa mak dulu masa kecik-kecik mak abah dah penat jaga orang.

Masa nak antar abah gi hospital, Orang kesian sangat kat mak. Mak minta tolong yg lain masing-masing banyak alasan.

Tak apalah mak. Nanti orang posting dapat aje gaji pertama orang letak deposit beli kete. Tak kira lah kete tu Kancil sekalipun. Mak ingat tak dapat aje kete orang terus bawak mak abah gi jalan-jalan. Seronokkan mak.

Mak abah ...Orang rindu amat kat mak abah. Rasanya orang kalau boleh nak ikut sekali mak dan abah. Tapi Allah cakap belum lagi tiba masa untuk orang.

Mak.....Mak selalu cakap jaga diri kalau mak tak ada. Buat keputusan dengan bijak. Tapi mak, Orang tak mampu mak. Orang tak kuat macam mak. Orang tak sabar macam abah. Kadang- kadang orang heran gak macam mana Mak boleh sabar.

Mak .. orang kesian kat mak terpaksa layan kerenah orang, jaga orang masa orang sakit hari tu bila orang cakap 'mak sakit mak, orang tak tahan bisa mak' ,Mak mesti datang picit orang walaupun jari mak kasar dan tak sekuat dulu tapi pada orang jari tu lah yang paling lembut sekali kadang-kadang orang rindu nak peluk mak orang peluk cium kain batik mak orang kucup gambar mak.

Mak...

Kalau orang boleh bayar untuk mak dan abah hidup semula orang buat mak. Orang tak kisah lah kalau kena buat loan dengan Bank Rakyat tapi orang tak boleh nak buat Allah dah cakap masa untuk mak dengan orang sampai takat nie aje.

Mak...

Masa mak jatuh 9 April lepas Orang ingat mak jatuh biasa aje. Bila orang balik tgk mak dah lain macam aje. Orang takut mak, Takut sangat Orang called ambulance. Orang nak mak dapat rawatan. Bukan orang tak sayang mak sebab antar mak gi hospital, Tapi orang nak mak dirawat. Orang nak mak sembuh .Orang nak mak macam abah, Sihat semula selepas terlantar hampir sebulan di wad.

Tapi mak lain, Mak tak sedar lagi lepas tu. Orang jaga mak hari Khamis tu, Orang suka-suka hati aje ambik cuti. Tak apalah mak kalau kena tolak gaji pun orang tak kisah. Mak orang nie lah sorang bukan ada ganti pun. Orang suka-suka hati called GPK 1, Orang cakap 'cikgu, saya nak cuti sampai Ahad nie, kalau mak tak sihat saya sambung sampai Isnin'. Masa orang duduk jaga mak macam-macam doctor yang datang, ada doctor Ahmad, ada doctor Suzana, ntah tak ingat lagi sapa. Doctor Ahmad cakap pesakit stroke macam mak, otak mereka mengembang sebab tu mak asyik menguap dan tidur sebab tak dapat adjust lagi. Doctor suruh orang bantu mak buat terapi. Jom mak kita exercise. Orang selalu bisik kat mak, Mak jomlah balik tak best lah kat sini. Mak senyum aje. Tapi tekanan darah mak turun naik. Mak tak boleh nak keluar lagi mak. Napa mak? Hari Jumaat orang tengok mak dah lain. Orang tak sampai hati nak tinggalkan mak. Orang tak makan sehari suntuk tu. Orang qada solat Zuhor dan Asar sebab waktu tu tak ada sapa ganti orang. Orang tak sampai hati nak tinggalkan mak masa tu kadang-kadang orang rasa genggaman tangan mak kuat sangat genggam tangan orang. Ya mak orang tau mak sayang orang. Orang lagi sayang kat mak. Mak nie kan buah hati orang. Orang ingat lagi orang warning sorang pakcik tu. Masa tu abah tengah sakit kat wad. Pakcik tu suka hati aje mengurat mak. Orang cakap kat pakcik tu, 'Pakcik jangan mengurat mak saya ya, tu abah saya ada lagi tau' Pakcik tu senyum aje. Brutal betul anak mak sorang nie. Tapi mak masa abah nak keluar dari wad orang gi minta maaf kat dia mak.

Mak...

Masa hari ahad 13 April tu orang risau sangat mak. Suhu badan mak tinggi aje. Badan mak panas. Kejap- kejap orang basahkan kain letak kat kepala mak. Kejap- kejap orang lap mak. Mak lak asyik menyemburkan air. Nurse ingat orang beri air minum pada mak. Orang cakap tak pun. Orang risau sangat mak. Dahlah hari Jumaat Doc Suzana minta orang sabar. Kalau apa-apa jadi pada mak orang kena redha. Orang peluk mak erat-erat. Orang cakap orang sayang mak. Orang dodoikan mak. Orang mengaji orang selawat orang buat semua. Pastu orang peluk mak. Badan mak panas, Tapi orang tetap peluk mak, Orang cakap kat mak ' Allahu Akbar mak' mak balas balik 'Allahu Akbar'. Petang tu orang tak nak balik rumah. Orang nak habiskan masa dengan mak. Tapi akak-akak suruh balik. Sebelum balik orang gi isi minyak kete penuh-penuh. Orang keluarkan duit dari ATM siap-siap. Orang tak mau nanti kalut. Balik rumah orang suruh budak-budak tu kemas rumah. Orang masak-masak sebab esok nak gi hospital jaga mak. Lepas solat Isya orang baring, Tiba-tiba akak called, Akak cakap mak dah lain macam. Orang terus terduduk, Patutlah mak asyik cakap mak nie dah tak lama lagi. Mak asyik beritahu kat orang duit mak simpan kat mana. Mak cakap duit Tabung Haji tak ada penama lagi. Mak cakap hutang piutang mak nanti orang kena tolong bayarkan. Mak cakap kalau mak tak tengok rumah baru orang mak ghalat. Rupa-rupanya masa mak nak pegi dah sampai. Patutlah mak cakap mak nak pergi dalam pergi dalam keadaan belajar Al-Quran. Rupa-rupanya mak dah nak pergi tinggalkan orang.

Mak ...Orang cakap kat kakak suruh sapa-sapa ambik orang. Kete orang angah pakai gi tengok mak. Orang terus gi dapur, Tak sedar empat mata tangga orang lompat. Orang gi mandi Dah keluar dari bilik air orang masuk semula. Orang mandi semula. Pastu orang siap-siap, Orang panggil Makcik Esah sebelah, Orang cakap mak dah lain macam. Hati orang dah berkata-kata dah mak. Masa untuk kita berpisah dah sampai. Orang gi rumah belakang, Orang cakap sekali lagi. Tapi kali nie orang dah tak dapat tahan lagi mak. Orang meraung sekuat hati orang mak. Orang tunggu Pak Yus cakap nak ambik tapi tak sampai-sampai. Orang called dia tapi dia cakap nanti tak sempat. Orang called akak tapi akak cakap tak sempat gak. Orang called angah dan angah pun cakap tak sempat. Kenapa tak sempat semuanya nie. Mak Midah datang ambik orang mak. Dalam kete Mak Midah peluk orang. Tok Lan cakap mak dah tak ada. Orang jerit kuat-kuat mak ,Lamanya mak nak sampai ke hospital mak. Sampai ke parking orang lari ke wad mak, Orang naik lif, Sampai kat wad orang lari gi ke bilik mak. Orang tengok mak dah terbujur kaku. Mereka tutup mak. Orang tak dapat tahan lagi mak. Orang buka tutup mak tu. Orang tengok muka mak manis amat. Mak macam orang tidur aje... Orang cium mak orang peluk mak. Orang cakap kat mak.

"Mak , abah dah tunggu mak kat sana ya.. mak tak sabar lagi nak jumpa abah ya mak.. pergilah mak jumpa abah .. sampai masa nanti kita akan jumpa gak".

Orang peluk mak lagi. Orang bacakan surah Yassin untuk mak. Tiba-tiba ada orang datang nak ambik mak. Nak tolak mak gi bilik mayat. Orang ikut dari belakang. Orang dah tak kisah lagi dah dgn muka orang. Orang jumpa pesakit lain. Orang cakap mak dah tak ada. Orang jumpa pakcik yang selalu lepak dengan orang. Orang cakap pakcik mak saya dah tak ada. Pakcik tu cakap tak apa sabarlah nak.

Mak...

Malam tu orang jadi anak yatim piatu mak. Orang balik rumah. Orang tengok tempat yang mereka nak letakkan mak. Tilam tu orang baru beli Sabtu lepas mak .Orang beli dengan bantal lagi. Orang nak mak selesa bila orang dah boleh bawak mak balik nanti. Mereka bentangkan cadar buruk bantal keras. Orang marah .Orang cakap kalau tak tau jangan buat. Mak tak suka cadar nie. Orang ambik cadar yang orang belikan mak. Orang ambik bantal yang mak paling suka. Orang bentangkan ganti yang baru. Mak dah sampai akak cakap. Orang tengok mak. Ada darah kat hidung dan mulut mak. Agaknya darah sebab nak keluarkan tiub agaknya. Orang bersihkan darah mak. Ramai yang tolong orang. Orang ambik air panas. Orang campurkan air Hai-O. Mak ingatkan orang belikan mak penapis air Hai-O. Orang nak mak minum air yang bersih. Tak apalah dulu mak tak mampu nak belikan orang. Sekarang orang belikan mak. Tapi orang tak ralat mak. Sebab mak dapat minum air bersih. Malam-malam orang rendamkan kaki mak dengan air tu. Mak cakap kembung lah mak minum air nie. Orang gelak aje. Orang cakap tak apalah mak. Orang nak mak sihat aje.

Mak ....14 April tarikh memisahkan kita mak. Mak dulu mandikan kami. Tapi sekarang kami mandikan mak. Orang tengok mak. Orang usap kepala mak. Tadi orang tolong mereka kafankan mak. Orang nak tengok mak. Saat-saat perpisahan kita dah hampir tiba mak. Orang peluk mak orang cium mak. Orang ikut mak sampai tanah perkuburan. Mak dimasukkan ke liang lahad. Saat perpisahan kita dah tiba mak. Mak bersemadilah di sana ya mak. Sampai masa orang akan ikut mak.

Mak....

Selalu bila orang nak gi exam. Orang peluk mak. Orang cakap mak doakan orang ya mak. Mak mesti jawab mak doakan semua anak mak. Tapi hari Rabu 16 April tu lain mak Orang tak dapat peluk mak. Orang pun tak tau apa yg orang jawab mak. Orang dah baca tapi orang tak boleh nak tulis. Esoknya 17 April orang ada paper lagi. Kali nie orang bayangkan mak ada kat sebelah orang .Orang jawab better dari semalam mak

Mak...

Nie ada lagi 3 semester orang nak dapat degree mak. Orang tak tau macam mana nak lalui semua nie mak. Orang nak ambik semangat mak yang sentiasa kuat tabah. Tapi orang tak mampu mak.

Mak...

Orang rindu kat mak ....Orang rindu amat sangat mak ...Mak ...Datanglah mak peluk orang .....Orang rindukan mak...Mak ....Nantilah orang sambung lagi ....Orang dah menangis dah nie mak ....Orang kat depan budak nie mak ....Orang dalam kelas ....Budak-budak ada exam hari nie mak.

Mak...


ORANG RINDU MAK....



*tulisan dipetik dari bloq MTB, kredit kepada penulis asal (maaf tiada keterangan disediakan)

Sungai Dua






Teringat tentang gambar-gambar lama yang banyak aku simpan, I think it's good to share some of it. Dah lama tak masuk ke kawasan rekreasi di Sungai Dua ni dah tak ingat nama tempatnya.

Lu Bikin Gua Panass Jerrr !!!!




Hampeh sungguh hari ni,
Pagi tadi aku dah bersiap untuk pergi tengok track untuk Kulim Hi Tech Jamboree.Dari Seberang Jaya aku bertolak ke Kulim ke kawasan Sungai Ular dan sampai apa jam 9.20 pago. Aku dah siap semua yang patut dan tunggu ditempat yang dijanjikan tapi yang aku tak tahan tu ada ker patut mamat yang sepatutnya tunjuk jalan kat aku tu cakap suruh aku pergi makan dulu, diaorang dah masuk dalam dan rasa susah nak keluar nak ambik aku masuk. Itu aku boleh tahan lagi, lepas daripada itu diaorang cakap takpalah besok atau minggu depan ada lagi so boleh masuk lagi. Hampeh sungguh, aku dah sampai Kulim dari Seberang Jaya ni duduk tercangak di situ, yang ngkorang dok cakap pasal besok, minggu depan tu nak buat apa. Aku nak masuk hari ni, dah janji pun hari ni, pagi tadi beria-ia datang Kulim diaorang tunggu nanti tunjuk jalan masuk. Hampeh sungguh manusia macam ni. So apa aku buat, aku blah terus balik rumah pergi mampus lah korang dengan track korang. Nampak saja phone call dari mamat yang janji dengan aku, aku ignore saja phone call tu. Hangin sungguh aku hari ni.



On the way balik untuk meredakan amarah, aku singgah diarea Bukit Indera Muda untuk mencari track baru untuk cycling. Aku nampak seorang lelaki dengan motor mendaki kawasan jirat Cina di Bukit Indera Muda dan aku follow dia mendaki ke atas. Dari atas aku perasan pemandangan dari atas bukit tu cantik juga cuma di kiri kanan aku kubur sajalah.....potong betullah.

Petang pulak dah plan nak kayuh dengan Azizan dan Lanusin, Azizan nak confirm balik nanti petang lepas Asar.Since aku hal nak swap FD dan RD dari beskal wife aku so aku terus saja ke Kulim selepas Asar. Cantik lah....petang ni boleh kayuh dengan FD/RD baru, dan sekali lagi hari ni aktiviti aku dibatalkan sekali lagi kali ni memang dengan sebab yang tak boleh dielakkan lagi iaitu hujan lebat. Yang ini tak hangin sebab memang kita sebagai manusia hanya boleh merancang hanya Yang Maha Berkuasa yang menentukan.

Wednesday, February 25, 2009

Penulisan

Aku sedang berada didalam meeting semasa aku update blog ni, weekly indicator data review meeting. Sekarang bukan giliran aku, dan area dan product aku takder issue so just let them go through other area and I can update my blog here. Sekarang dah masuk waktu break and it's time for lunch, skip my breakfast so I'm starving now......will continue after lunch.


Now after lunch feel sleepy pulak, hopefully will able to stay awake untill 5.30 today. I really have a problem now, short memory problem or tend to forget thing especially related to works. What should I do, is it because of what I takes or is it because I don't really focus on what I'm doin. I have no answer for that, I really need something that can boost up my memory for at least able to hold information for very long time of period but how long should it be ........forever???...


Last night while in shower I was thinking how life is so competitive now and when people become so competitive and it always end up being so selfish. And this is something that become one of major problem here in Malaysia nowadays. Nobody cares about others anymore, we can see this kind of attitude especially on Malaysia road. Nobody will give way for other people when there's a need to do so, people are always rushing on the road at any time like there's no time for them to go to hell!!!. There are driver who can directly change from most right to most left in 3 lanes highway without any signal!!!, there's so many things that I list here if I want to but there's no point for me to do so..........this kind of people in Malaysia SUCKS!!!! or should we call this kind of people as CREATURE!!!.........


What make me thinking about this just recently I was waited for my daughter queing at supermarket about to pay for thing that she want to buy, and there was one guy came from the back and just cut the queue right in front her and directly pay. My daugther was just looking at this guys and so surprise looking at that creature that kind of thing really makes me angry, what's the hack of this guy thinking about did he ever think about what kind of attitude that he wanna show to kid, a rude and selfish kind of creature!!!....F**K !!!!......

Tuesday, February 24, 2009

Kayuh hujung minggu ini


Dengan seat baru untuk wife aku kali ni acara kayuh meliputi kawasan yang lebih jauh, macam biasa dengan partner aku la iaitu wife aku la sapa lagi. Sebelum ni selalu sangat komplen seat tak best, sekarang dah tukar so mestilah kena kayuh jauh kan. Tayar start golek pukul 7.30 pagi dari Seberang Jaya melalui kampung Bagan Serai menghala ke Permatang Pauh. Dari sini kami menghala ke Kampung Tanjung Putus terus ke Permatang Pasir. Disini singgah sebentar dirumah mertua, saja kacau diaorang di istana hinggap diaorang yang hanya diduduki dihujung minggu. Lepas tu sambung lagi kayuh menghala ke Bukit Indera Muda.


Yang sebenarnya jalan-jalan yang kami lalu ni sebenarnya memang laluan yang biasa aku kayuh so dah rasa kurang menarik dah yang sebenarnya. Walaupun begitu dengan pemandangan yang menarik dan dengan kesegaran udara paginya kawasan-kawasan tersebut memang sesuai sekali untuk dilalui dengan berkayuh atau berjoging, memang tenang setenangnya. Wife aku pun nampak seronok dengan pemandangan dikawasan-kawasan tu.


Kemudian dari Bukit Indera Muda kali ni kayuh lajak sedikit ke Padang Ibu hingga ke kolam pancing dan kemudian berpatah balik kembali ke Seberang Jaya dengan menyusuri laluan offroad yang terletak di tepi jalan utama Bukit Indera Muda ke Permatang Pauh. Dalam perjalanan balik tu cahaya matahari dah semakin tinggi dah panas sikit tapi still OK sebab panas pagi ajerr. On the way balik singgah beli makanan sarapan untuk anak-anak, macam biasa belum bangun lagi diaorang tu.
Untuk hujung minggu yang akan datang ni plan nak kayuh di Kulim pulak pada hari Sabtu, join dengan geng-geng MTB Kulim, alaaa member sekerja jugak plus dengan member dan jiran diaorang. Ishh boleh follow dengan diaorang punya henjut.......try saja lah, kalau tak boleh follow suruh diaorang tunggu sajalah. Hari Ahad plan nak pergi ushar track pulak untuk peserta Kulim Hi Tech Ride next month, cari tempat menarik untuk ambik gambar.


Jumlah KM : 25Km

Average speed : 16 km/h

Time : 7.30am-9.30am


Friday, February 20, 2009

Siapa aku sebenarnya

Ada orang kata aku penyabar orangnya
Ada orang kata aku mulut laser orangnya
Ada orang kata aku a kind of warm person
Ada orang kata aku ni baik
Ada orang kata bila aku diam aku pasti akan melaser kemudiannya
Ada orang kata aku suka melawak

Tapi inilah aku yang sebenarnya

Aku penyabar untuk orang yang penyabar, dan kalau sesuatu perkara itu tak membawa apa-apa makna untuk aku
Aku takkan bersabar jika orang yang aku paling sayang cuai, main-main atau tak bersungguh-sungguh belajar atau even bermain
Aku takkan bersabar kalau orang nak pijak kepala aku dan seseunggunya aku amat pendendam, jika tidak hari ini aku akan pulangkan buahnya di hari lain

Aku laser untuk orang yang tak tahu apa-apa tapi suka goreng orang, aku akan laser bila aku cuba dipermainkan, Aku akan laser bila aku tak suka sesuatu itu.

Aku warm untuk keadaan tertentu especially semasa kerja sebab itu tempat aku cari makan. Aku akan jadi warm untuk orang yang berbudi bahasa. Aku akan hilangkan semua itu jika orang bersikap kurang ajar.

Aku suka melawak jika aku ada mood, aku akan buat lawak bila aku rasa aku perlu

Yang sebenarnya orang akan nampak aku lebih 'baik' ditempat kerja.....Ya itu sebenarnya kerana aku sedang 'bekerja!!!'.....

Yang sebenarnya orang akan nampak aku lebih baik didalam keadaan aku boleh gain something......so conclusionnya sendiri mau buat!!!.
Yang pastinya aku ada character yang very wide range
Aku seorang yang amat baik dan boleh jadi teramat kejam, orang yang paling rapat dengan aku akan faham.

Tuesday, February 17, 2009

Padang Ibu, Guar Perahu.....Permatang Pauh

Pemandangan dihadapan rumah aku, kawasan bukit yang menghijau dengan angin segar yang bertiup dari bukit.
Terbiar, entah bilalah nak siap

Sepatutnya dah 5-6 tahun aku tinggal di Padang Ibu ni tapi apakan daya sampailah sekarang ni aku masih lagi menunggu rumah aku yang ku beli hampir 8 tahun dulu. Aku masih ingat masa rumah tu dibeli anak aku baru berumur 3-4 bulan dan sekarang dah pun berumur 8 tahun. Begitulah lamanya aku menunggu rumah aku tu.
Pandangan hadapan rumah

Lepas melawat rumah aku, basikal aku semua masuk kereta. Ternampak pulak banner kolam pancing di Padang Ibu ni, ehh sini pun ada kolam pancing apa lagi aku redah masuk saja ke dalam kampung tu rupanya tak jauh sangat dari jalan utama.

Kawasan tanaman sayur bersebelahan kolam pancing










East vs West

depicted from original article of "East meet West" , the article actually contain interview with one of MNC employee from China and was about the differences and problem faced employee from 2 different continent in working together as a team. I was quite interested with statement which I have attahed below mentioning about education system that makes the difference and as one of gap identified. It makes sense that how we were tought at school and how the education system works will directly influence the students that been produced by the system at the end.

"HB: It is true that many Asians have a strong mindset of execution and waiting for direction. We sometimes encounter issues if we don’t get the right direction.

Sam: I have studied abroad and I think it’s still related to our education system. We spend time taking quizzes and lots of exams. We fill the blanks in the quizzes and we do single choice, multiple choice, etc. What do they do in U.S.? They do reports, research, projects, etc. We work out the issue that’s been given. U.S. students are looking for a topic or issue first and then work on it. So when we graduate, we wait for issues and directions to be given and focus on the execution."

I think we should do something about this as I am also personally feel the same thing when comes to work environment.

Monday, February 16, 2009

Hujung minggu ini......

Minggu ni seperti biasa acara wajib mestilah acara berkayuh beskal.......hari Sabtu tu aku sempat jayuh lebih kurang 25km ke kawasan favourite aku iaitu Bukit Indera Muda. Tapi kali ni yang specialnya aku terjumpa satu tempat makan yang agak jauh kedalam kawasan hutan getah. Tempat makan tu memang special sebab lokasinya yang terletak dilereng bukit dengan teratak kecil disediakan untuk pelanggan, pemandangan pun cantik overlooking kawasan lereng bukit bertentangan. Apa yang menarik lagi tentang tempat tu ialah ianya terletak bersebelahan dengan tempat penternakan kambing, itik arnab dan dikelilingi kawasan pertanian dikawsan bukit. Memang cantik!!.......

Jadi malam tu, aku take risk ajak mertua aku pi situ, mula-mula tu risau jugak takut tak bukak tapi redah sajalah untung sabut timbul kan. Dan memang kami bernasib baik tempat tu bukak.........kalau siang dah nampak tempat tu cantik malam pulak dengan dihiasi lampu-lampu dengan pondok-pondok tempat makan yang sediakan dengan lampu malap tambah mencantikkan lagi kawsan persekitaran. Dan tak sangka jugak begitu ramai pelanggan yang datang disebelah malamnya. HAiran jugak dari mana diaorang tahu tempat ni sedangkan aku sendiri yang quite familiar ngan tempat ni pun baru hari ni dapat tahu.

Senarai makanan pun memang special la, jarang jumpa kat tempat lain, kari ayam gajah, ais krim tapai dan macam-macam lagi lah yang ada..........nanti sambung, ada nak post gambar dari hari Ahad sekali.

Friday, February 13, 2009

Hujung Minggu Datang Lagi

yessss hujung Minggu datang lagi, plan untuk 2 hari ni pun dah penuh dengan aktiviti sendiri. Pagi of course aktiviti kayuh, target 30km untuk 2 hari berturut-turut mungkin petang nak ke PEnang (island) pusing-pusing. Dah lama tak ronda bahagian island sampaikan dah tak ingat bila last time bawak budak-budak tu pusing island. Plan nak beli beskal untuk adik pulak, mmmm nampak gayanya sebulan dua ni dah beribu ribu duit abiss untuk beskal saja...... dah bertekad lepas ni aku akn stop spend untuk beskal dah. Cukuplah dengan apa yang ada, kembali kepada niat asal hanya untuk berekreasi!!.......

Sunday, February 8, 2009

Caca Marba

Berita seminggu 2 ni memang caca marba
Dengan kisah kerajaan Perak yang masih tungang langgang dengan pertikaian yang tak sudah. Inilah yang dinamakan politik, politik itu kotor kawan jadi lawan dan juga jadi lawan dalam sekelip mata. Kaduk sekarang sibuk dengan politik, habis semua orang berpolitik. Ekonomi dunia yang makin teruk dan ditahap kritikal pun tak sepanas kisah bumi Perak dikala ini. Itulah politik, masalah yang sedia mendatang tak siapa peduli terutamanya politician, walhal mereka-mereka inilah yang diberi amanah untuk memimpin. Itulah buruknya kalau dah politik dijadikan makanan sepanjang masa. Caca marbalah jadinya.

Ini tiada politik.
Yang pasti aku spend 2 hari cuti ni dengan kayuh beskal setiap pagi dengan wife. Average 10 km setiap pagi, ok lah tu cuma nak membiasakan diri untuk beginner macam wife aku.

Kerja dah start at full capacity, sebelum ni kerja start macam suam-suam kuku jer. Besok segala serabut dan kusut akan bermula kembali. Kena susun strategi baru nampak gayanya.



Friday, February 6, 2009

Beskal lagi

Semalam meikmber pass beskal dia, 15" diamond back MTB, bila tengok saja terus tertarik. Nak toalk denagn harga RM1K, ikut hati memang nak ambik saja. Mmmmm nak ambik kat tak ambik, yang ni sesuai untuk wife lagipun barang-banrang yang di pasang semua quality best......nak ambik, tak ambik, nak ambik, tak ambik.......nanti decide

Wednesday, February 4, 2009

Israel laknat!!........

Sungguh hebat anak kecil ini walaupun senjata di acu ke muka tak nampak langsung muka gentar. Kalau kita di tempat budak tu apa agaknya perasaan kita??? nak terkencing, menangis mintak ampun, berlutut. Cuba tanya hati kecil kita dan bayangkan kita di keadaan itu, ada berani ka??!!!!........

Melihat gambar-gaambar dalam paper dan internet especially kanak-kanak membuatkan aku sebak dan marah. Kalau kebanyakan manusia mengutuk keganasan Israel aku pulak dah tak dapat berhenti mengutuk, maki hamun dan apa saja yang aku sendiri pun tak dapat nak cakap dengan mulut. Memang Israel satu bangsa laknat........Hitler membuat kesilapan paling besar kerana tidak menghancurkan terus bangsa ini, itulah yang sepatutnya.

Meniti usia

Nenekku bersama anakku.......

Kita rasa kita makin tua bila mana kita mendapat berita rakan sekolah kita atau rakan bermain kita telah meninggal dunia. Setakat ni aku dah kehilangan 3 orang kawan sekolah dan rakan kaki camping zaman sekolah. Al Fatihah buat mereka, persoalannya bersediakah kita untuk mengadap Yang Maha Esa dengan amalan kita dan bilakah pula giliran kita........hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Kita rasa kita makin tua bila mana anak kita dah pandai bercakap dan dah pandai mengeluarkan pendapat dia sendiri.

Kita rasa kita makin tua bila mana jarak masa kita meninggalkan sekolah hingga sekarang makin jauh.

Kita rasa kita makin tua bila mana kita melihat kulit belakang tangan kita makin jelas dan makin banyak retakan kecilnya.

Kita rasa kita makin tua bila mana melihat makin banyak rambut putih dikepala kita.

Kita rasa kita makin tua bila mana pergerakan kita tidak selincah dulu.

Kita rasa kita makin tua bila mana kita melihat budak-budak yang dahulunya kita pernah lihat berhingus dan bermain dihalaman rumah kini mendirikan rumah tangga.

Yang pastinya masa akan terus berjalan meninggalkan kita, adakah kita telah menggunakan masa yang diberikan dengan sepenuh-penuhnya hanya kita dapat menjawabnya. Hidup itu singkat masa itu berjalan pantas.........

Yang pastinya memang kita semakin meniti usia ke hari tua kita tidak kiralah berapa usia kita sekarang.

Tuesday, February 3, 2009

SUTUN

Sekarang ni anak aku akan guna "SUTUN" referring to pondan/mak nyah ataupun segala gelaran yang sewaktu dengan bagi spesis manusia yang macam ni. Bukan itu yang jadi persoalannya tapi aku nak komen tentang kandungan cerita ni, terdapat satu adegan di mana satu ustaz yang cuba menasihati seorang guru yang juga seorang kakak kepada teman rapat watak utama cerita ini. Dan nasihat itu di balas dengan satu ayat yang agak pedas iaitu lebih kurang bermaksud, semua orang yang kononnya berilmu ni memang mudah sangat menjatuhkan hukum ataupun mengatakan itu atau ini haram, dan tidak pernah cuba memahami keadaan sebenarnya............juga kononnya orang macam ni berfikiran kolot atau tidak terbuka.

Yang sebenarnya inilah masalah zaman sekarang golongan yang kononnya memperjuangkan kebebasan dan kononnya terbuka ini sebenarnya telah lupa bahawa bagi orang yang beragama Islam Al Quran dan hadis telahpun diturunkan untuk dijadikan panduan. Kalau untuk bukan Islam memang kita boleh faham kerana mereka akan hanya perpandukan hukum akal. Tetapi bila orang Islam sendiri menjadi sebahagian dari corak pemikiran tersebut, alangkah sedihnya. Perlu difahami, fatwa yang dikeluarkan bukannya hasil dari sembang kedai kopi atau chat diinternet tetapi sebenarnya telah melalui proses diskusi mendalam sebelum sebarang hukum dikeluarkan dan berpandukan Al Quran dan Hadis dan bukan secara sewenang-wenangnya.

Pendek kata biarlah berapa dalamnya pemahaman kita tentang sesuatu itu, biarlah berapa hebatnya sesuatu itu selagi ianya haram maka Haramlah jawapannya (Tiada subahah)...........Setiap perkara yang bercampur halal dan haram akan tetap haram jadinya dan matlamat juga tidak menghalalkan cara walau apa alasannya.

Ada ulamak mengeluarkan fatwa merokok itu haram, tapi masih ramai yang tidak menghiraukan fatwa ini. Ingatlah bahawa selagi umat Islam sendiri tidak mampu menghormati agama ISLAM maka selagi itulah ISLAM tidak akan dihormati.

Brithday.....ehh birthday

3 Febuari 2009
Hari ni birthday my wife,
macam selalu buat-buat lupa!!
Tapi yang sebenarnya tak lupa, dah plan 2-3 hari lepas nak beli dan nak surprise,
Semalam pun buat derkkk jer, macam takder apa-apa siap buat perangai tak mau cakap lagi ehehehehehe......taktik tuh.

Aku spent masa yang agak panjang nak pilih hadiah tu sampai salesgirl tu pun naik boring,
So plan aku beli hadiah pastu letak dalam kereta, kepit kat badge dalam dash board,
Surprise!!!!.......
Dan memang berjaya, aku dah berjaya surprise kan dia pagi tadi masa dia dah sampai kat office nak masuk kerja.
Tetiba ajer ada hadiah dalam kereta, OK lah at least ada something to smile about for today
Nampaknya macam suka bebenor dengan hadiah tu walaupun tak seberapa.
Dah lama tak surprise, last time surprise letak bunga dalam fridge ajer.........

Apapun Happy Birthday Ayang!!!.........sedor lah diri awak tu dah makin tua hehehehehehehee.

Monday, February 2, 2009

Cuti CNY

Cuti panjang seminggu kali ni betul-betul memuaskan hati aku, puas kayuh, puas jalan puas habis duit.

25 Jan '09
Sepupu wife bertunang di Lima Kongsi, pergi meramaikan majlis dan meneman mertua.

26 Jan '09
Mengemas dapur yang dah macam sarang tikus, dan dah memang menjadi sarang tikus. Boleh tengok tikus melompat sana sini dengan penuh riang ria. Sekarang 100% bersih, jamin boleh jilat lantai memang bersih.

27 Jan '09
Balik kampung ke Perlis, negeri kesayangan ku
Rehat dan jalan-jalan dengan anak-anak
28 Jan '09
Di kampung, kayuh gerek dari rumah sampai ke Guar Jentik melalui jalan kampung mini tar dan off road. Kembali semula melalui off road dan jalan utama Padang Melangit. Berenti lepak di sebuah warung di Padang Melangit tempat lepak orang-orang kampung, memang best sebab dapat dengar loghat pekat Perlis area Padang Melangit. Total distance dalam 20-25 km.

29 Jan '09
Ikut Abang Mirun merentas Perlis State Park dan juga kawasan dusun. Bermula dari Guar Jentik merentas hutan simpan dan keluar di kawasan Bukit Air bertentangan dengan taman kebun Tongkat Ali.

30 Jan '09

Kembali ke Penang, menghabiskan masa hampir sehari suntuk berpusing pusing ke kedai-kedai basikal di Bukit Mertajam dan Kulim, cari helmet. Setakat ni belum ada yang sesuai, sabor ajerler.









Solat

Anak lelaki aku kalau ajak solat memang ngelat sikit
Selalu tak suka guna sejadah yang aku letak disebelah, suruh ikut sebagai makmum,
Dia cakap itu bukan sejadah dia,
Baru-baru ni aku dah tahu sebab dia tak suka sejadah tu,
Dia nak sejadah ada gambar Batman.
Hahahahahahahaaahahahaaaaa.........tergelak besar aku!!!
Tak terpikir pulak itu yang dia nak!!!.......