Friday, January 10, 2014



Setelah sekian lama tak blog walking, hari ada kesempatan masa aku berjalan jalan ke beberapa blog yang aku baru temui hari ni.....berada di blog orang lain membuatkan aku sendiri teringatkan blog aku sendiri yang dah setahun aku biarkan bersawang siber. 2013 telah pun berlalu, pejam celik pejam celik umur makin bertambah, anak perempuan sulung aku pun dah selamat menempuh UPSR dan mendapat pencapaian agak cemerlang , namun bersyukur kehadrat Allah walaupun bukan pencapaian tertinggi namun aku amat berharap pengajaran dan pengalaman yang ditempuhinya semasa membuat persediaan peperiksaan ini dapat digunakannya untuk menempuh masa depan. Dengan tamatnya UPSR ianya juga menandakan tamatnya alam persekolahan rendah bagi anak ku....

Sebagai YDP PIBG sekolah anak aku ini aku turut dijemput untuk bersama-sama meraikan murid-murid tahun 6 yang akan menamatkan pengajian mereka di SK Convent Butterworth ini. HAri itu merupakan hari yang ditunggu tunggu oleh kebanyakan murid tahun 6 bagi tahun 2013, untuk memeriahkan hari tersbut perlbagai persembahan dari murid murid tahun 6 diadakan. Aku jadi penonton sajalah selain dari memebri ucapan. Aku seronok melihat murid-murid yang bakal meninggalkan bangku persekolahan rendah dan beralih ke sekolah menengah pula, pelbagai telatah dapat dilihat dihari terakhir mereka bersama sebagai murid SK Convent Butterworth ini.


Anak-anak pun dah makin membesar.......

BAnyak yang aku perbuat di tahun 2013.....nampak gayanya kena rajin susun balik gambar-gambar berkenaan....