Dive In Feel The Touch, Suatu Masa, Suatu Ketika, Suatu Perjalanan, Dahulu, Kini & Masa Depan....... Life is not about the peak, but its all about the climb, The Journey.....
Monday, August 3, 2009
Buat apa weekend baru ni.......
Weekend baru ni hari Sabtu tu memang dah padat dan akhirnya dapat jugak aku part gerek aku yang aku dok cari tu. Sebelum ni memang ada kat kedai pun cuma harga kurang berkenan dan baru ni akhirnya, dapat juga aku benda tu heheheheheheheee jauh lebih murah dari kedai-kedai lain. Terus aku sambar, so sekarang ni nak kena hantar gerek aku ke kedailah pulak untuk pasang, yang itu belum ada masa lagi. Dikesempatan pada hari Sabtu itu jugak aku ke sebelah pulau tengok kereta........yang ni nak beli untuk wife pulak, dari tahun lepas plan so kali ni dah tak nak tangguh dah. KAta janji tu dah putus cuma ongkos dan surat dan dokumentasi belum disettlekan, itu boleh settle esok lusa, hari kerja ni memang sibuk gila dengan rutin hidup.
Ahad pulak, dah anak aku dok bising lama sangat dah masuk berbulan-bulan, yang kakak nak ke library yang adik pulak nak ke taman burung dua-dua aku penuhi......dekat saja kedua-dua tempat tu dari rumah aku kat area Seberang Jaya ni jugak tak sampai 10 minit pun. Mula-mula tu ke Taman Burung, masuk saja pinu depan tengok kepapan tanda harga makaihhh!!! seorang dewasa RM15 kanak-kanak lak RM10.......sudah naik harga la sebelum ni kurang RM5 dari harga tu untuk dewasa dan kanak. Ishh!!! kalau aku 4 orang sekeluarga mau RM50 tuh, fuiyo tak berbaloi-baloi, end up tengok burung kat depan tu saja lah lagi pun dok nampak awan hitam pekat dok mai kat atas. Lepak tak sampai setengah jam terus kami ke library layan baca buku lagi best, yang budak-budak tu sempatlah join permainan yang kelab library tu buat. Yang ni kena repeat lagi sebab bagus untuk budak-budak nih.....
On the way balik tu singgah ke Tesco dulu beli barang sikit sambil sambung jalan-jalan sikit lagi. Sempatlah jugak sambaq baju 2-3 pasang untuk wife dicelah tu anak aku dok heret tangan aku pi tengok kat booth, ini mesti ada apa-apa ni.........pungggaaaahhh!!! dah mesti dia nak apa-apa ni, dan memang sungguh!!!! beria-ia dia nak jaket Ben 10 macam kat bawah tu. Kualiti tak seberapa, tak sepadan dengan harga, tapi beli jugakla dah nak sangat-sangat.
Tengok tu, perangai memang cam gini buat muka bersalah, padanlah dah paksa suruh beli jugak-jugak, nasib baik mood abah hang baik. T-shirt yang pakai tu pun Ben 10 jam pun Ben 10, baru-baru ni dok tanya kat mana ada jual seluar dengan kasut Ben 10. Ya lah tu ingat aku dok kerja beli yang tu saja lah!!!.....jaket tu dia pakai siang malam sampai naik masam dah......buudak-budaakk.....nanti dia besaq boleh suruh dia baca entry ni balik, heheheheheeee.