Saturday, August 1, 2009

Minggu ni Kedah Jamboree, minggu lepas Lata Sedim



Yeaahh......sedang aku menulis ni aku sempat menelefon Lan Usin di Kedah Jamboree, "Aku tengah dok tolak naik bukit ni!!..., track kali ni lagi senang dari UUM XC-R"....itu kata Lan di Jitra. Ishh bukannya aku tak mau pi tapi timing tak cantik la, bini aku kena kerja la pulak minggu ni. Sebelum ni aku ingat dia kerja minggu depan rupanya minggu ni giliran dia dahtu dengan kisah gerek aku yang tak settle lagi tu terus aku jadi malas nak pi jamboree tu. Takpalah hangpa enjoylah disana tapi masalahnya nanti tak adalah gambar dalam blog Gerek-Kulim kalau dah semua yang pi semua tak bawak kamera. Rugi betui la kalau takdak update.........apa pun berbahagialah korang semua di Jamboree Kedah, kenang daku dalam doamu hanya itu pesan aku heheheheheee. Itu satu bab, minggu ni apa aku nak buat pulak ni, terlampau banyak sangat aku nak buat dalam masa yang singkat cuti hujung minggu. Tunggu wife balik dulu pastu atoq la nak pi mana pun heheheheheee repair gerek termasuk dalam keutamaan minggu ni.


Minggu lepas aku sempat layan anak-anak aku bawak pi mandi di Lata Sedim. Banyak betul yang dah berubah Lata Sedim ni, sekarang nak masuk dah kena bayar duit dah RM3 sekali masuk. Yang peliknya tu untuk apa bayaran tu aku pun tak tau. Kalau untuk pengurusan pun apa benda yang diaorang urus, nak kata untuk air pulak, air sungai takkanlah nak kena bayar kot parking pun pun tak seberapa kemudahan tempat duduk pun tak ada jadi untuk apa bayaran tu. Ini satu lagi benda abaru yang tak betul, kalau nak kenakan bayaran pun OK la tapi at least bagilah orang ramai dapat balik apa yang orang bayar tu. Dekata nak balik baru aku perasan kereta aku diorang consider van kat tiket masuk tu, van pu n van laaahhh padahal aku sekeluarga 4 orang saja pun. Bila tengok balik keaadaan Lata Sedim sekarang ni aku rasa kawasan hutan simpan tu dah di over develop oleh karajaan, sepatutnya keaslian tempat tu patut dikekalkan atau diberi keutamaan tak payahlah dok buat bangunan asrama besar besar dalam hutan macam tu kalau setakat buat mencacatkan pandangan saja. Inilah Malaysia, kalau dimajukan mesti kena buat bangunan banyak-banyak sesuai tak sesuai belakang kira, ntah habuk serdak apalah didalam kepala otak orang yang bertanggungjawab dalam perkara ni. Dah lah tu sekarang ni berlambak-lambak chalet didalam tu. Tapi chalet tu nampak macam OK jugaklah sebab blend cantik dengan alam sekitar tapi binaan-binaan lain tu cuma bagi cacat sajalah tak menyumbang apa-apa pun..........kalau nak tengok bangunan cantik-cantik baik aku duduk seberang jaya ni duduk rumah macam-macam bangunan adaaaa.........












Balik dari Sedim lewat petang aku sempat jugak ke karnival radio Era dengan Perodua di Tapak Ekspo Seberang Jaya, bukannya aku minat sangat pun dengan radio Era ataupun bab-bab hiburan ni tapi dah benda mai depan mata layan jugak la aku.