Dive In Feel The Touch, Suatu Masa, Suatu Ketika, Suatu Perjalanan, Dahulu, Kini & Masa Depan....... Life is not about the peak, but its all about the climb, The Journey.....
Saturday, August 8, 2009
Paintball
Lama betul tak layan game ni, dulu kerap lah jugak main samada kat Perlis ataupun di USM. LAst main pun awal tahun ni dengan geng-geng reunion masa tu di Lata Sedim, layan lah juga. Paintbal ni memang game yang best sebab selain dari setakat main tembak-tembak, melalui game ni jugak kita boleh faham kemampuan, kekurangan, kelebihan dan kekuatan diri sendiri.
Bila tengok balik gambar di atas sebenarnya hari gambar tu diambil balik saja dari game tu terus aku sakit melampau dibahagian perut/pinggang. Mulanya aku berulang alik ke toilet sebab aku ingat sembelit kronik, tapi makin lama main teruk sampai satu tahap berguling-guling atas lantai. Aku gagah bertahan untuk keklinik dan bila check air kencing barulah tahu rupanya ada batu karang di dalam buah pinggang........sampai ke hari ni aku rasa batu karang tu masih ada dalam buah pinggang aku, ntah bila lah aku nak operate ataupun remove benda tu. Buat sementara aku ada ambik ubat untuk cuba melarutkan batu tu, tak tahulah apa kesannya sebab tak pernah scan pun makin kecil ataupun makin besar.