Aku sampai dah lupa plak kata hujung minggu baru-baru ni ada Jamboree,sampai lupa terus, macam tu lah kalau kepala dah penuh dengan beban kerja saja. Dari semalam lagi dah mula terasa beban dikepala makin berat, itu baru nak masuk Isnin dah macam-macam sementara nak sampai Jumaat perghhhh segala makneka dok mai. Cuma kurang satu beban saja minggu ni, hari Selasa meeting tengah malam dah ditukar ke sebelah tengah hari.......ok lah sikit dari tengah-tengah malam dok melayan hal kerja, dari rumah plak tu. Malas aku, kalau dari rumah memang langsung tak ada mood nak layan hal kerja bukan company bayar pun .
Tentang jamboree rata-rata aku tengok kebanyakan peserta cakap memang puas hati dengan penganjur jamboree kali ni tak macam yang sebelum ni. Kebanyakan site yang update jugak tak ada mention problem yang besar-besar mungkin sebab semua puas hati lah kot. Kebanyakan update banyak focus dekat trek saja dan ramai yang kata best, tengok dari gambar pun aku rasa memang menyelerakan juga trek yang dihidangkan, bagi sesetengah orang jugak mungkin memualkan dan memuntahkan hehehehehe.....selain dari itu mungkin juga best sebab dapat jumpa ramai bikers lain dan juga kenalan baru sepanjang kayuhan tu especially selebriti riders, ya lah dapat face to face dan sembang sembang, ras macam lama kenal padahal melalui tulisan blog saja pun.Yang sebenarnya salah satu tarikan jamboree selain tentang cabaran kayuhan aku rasa adalah tentang kenalan-kenalan baru yang kita akan jumpa sepanjang perjalanan kita. Kalau kita tak berat mulut ramai kenalan baru kita boleh jumpa, sekurang-kurangnya dapatlah jugak layan sembang.