Lagi seorang penggiat seni yang meninggal dunia.......Al Fatihah buat Asri Rabbani, juga lagi seorang blogger......."pergi tak kembali" meninggalkan blog
href="http://asrirabbani.blogspot.com/">
Dive In Feel The Touch, Suatu Masa, Suatu Ketika, Suatu Perjalanan, Dahulu, Kini & Masa Depan....... Life is not about the peak, but its all about the climb, The Journey.....
Saturday, August 15, 2009
Wednesday, August 12, 2009
Saturday, August 8, 2009
Kampung
Di kampung aku ada member-member kamceng yang aku dah kenal dari darjah 1 lagi dan hingga sekarang still rapat macam dulu-dulu, cuma jarak dan komitmen hidup masing-masing saja yang memisahkan. Kalau ada peluang kami selalu jugak lepak sembang-sembang. Gambar diatas tu adalah Jalil Deris.......rakan se MTB aku dulu masa sekolah eheheheheheheeeehehehe........Dia ni satu kelas dengan sejak dari darjah satu hingga tingkatan 3, lepas tingkatan 3 aku blah ke sekolah lain seorang diri.
Selingan......orang tua ni kuat betul panjat pokok, rasanya umur dah 60 lebih. Jangan salah paham plak bukan Jalil panjat pokok tapi ini tentang orang tua dikampung aku tu. Tu haaa sayup-sayup atas sana dok ambik buah nyok. Ini di kampung aku masa cuti raya kalau tak silap aku.
Udang Geragau, Kuala Gula
Baru-baru ni aku ada dapat mail tentang udang geragau diKuala Gula yang mana prosesnya mengeringkan udang tu sangat menjijikkan. Yang sebenarnya aku dah tahu tentang semua tu dah agak lama dah sebab aku sendiri dah pernah tengok macama mana diaorang jemur udang tu. Kalau sesiapa pun tengok, memang takkan sanggup makan dah udang tu kotor siot!!!!!......siap ada anjing jalan pi mai pi mai atas udang yang di jemur tu. Tengok sajalah gambar di bawah tu ini aku sendiri ambik gambar, nampak sedapkan?!?!?!............pergh kotor gila!!!!!.....
Paintball
Lama betul tak layan game ni, dulu kerap lah jugak main samada kat Perlis ataupun di USM. LAst main pun awal tahun ni dengan geng-geng reunion masa tu di Lata Sedim, layan lah juga. Paintbal ni memang game yang best sebab selain dari setakat main tembak-tembak, melalui game ni jugak kita boleh faham kemampuan, kekurangan, kelebihan dan kekuatan diri sendiri.
Bila tengok balik gambar di atas sebenarnya hari gambar tu diambil balik saja dari game tu terus aku sakit melampau dibahagian perut/pinggang. Mulanya aku berulang alik ke toilet sebab aku ingat sembelit kronik, tapi makin lama main teruk sampai satu tahap berguling-guling atas lantai. Aku gagah bertahan untuk keklinik dan bila check air kencing barulah tahu rupanya ada batu karang di dalam buah pinggang........sampai ke hari ni aku rasa batu karang tu masih ada dalam buah pinggang aku, ntah bila lah aku nak operate ataupun remove benda tu. Buat sementara aku ada ambik ubat untuk cuba melarutkan batu tu, tak tahulah apa kesannya sebab tak pernah scan pun makin kecil ataupun makin besar.
Crank sudah berlubang, hujan plak tak berenti
sekarang ni tengah betul-betul gian nak kayuh tapi keadaan cuaca tak mengizinkan pulak asyik hujan saja. HArap-harap pagi esok cuaca ok, crank berlubang sudah pasang langsung tak sempat try ntah macam mana rasa agaknya.
Tuesday, August 4, 2009
Sikit politik, Permatang Pasir
Sekarang ni wakil rakyat dah jadi macam orang yang ditunggu-tunggu kematiannya, bila ada saja seorang yang mati maka hebohlah satu Malaya ni si polan bin si polan dah mati dan pilihanraya akan diadakan. Tak cukup email, website, blog, SMS semua cara orang guna nak menyampai berita, dan even mayat belum selesai dikebumikan masing-masing dah mula dok bercakap pasal pilihanraya, pasal kerusi, pasal calon, pasal parti dan janji-janji baru..........
Kesian sungguh si bekas wakil rakyat, jarang orang menyebut pasai jasanya setelah kematian, tiada nama baik yang disebut, tiada doa menjadi hadiah terakhir hanya bekas kerusi yang selalu jadi bualan. Kesian sungguh..........
Mati saja siwakil rakyat maka ramailah yang berpesta ria menyambut pilihanraya..........maka berbondong-bondonglah manusia menghadirkan diri kekawasan yang kosong kerusi nya untuk menjamin kemenangan sang pengisi kerusi pilihan hati dan berterusan juga lah kitaran itu sekali lagi........
Manusia mati meninggalkan nama
Wakil rakyat mati meninggalkan kerusi, dan nama tidak menjadi peduli lagi.......
Bloggers mati tinggal blog.....
Kesian sungguh si bekas wakil rakyat, jarang orang menyebut pasai jasanya setelah kematian, tiada nama baik yang disebut, tiada doa menjadi hadiah terakhir hanya bekas kerusi yang selalu jadi bualan. Kesian sungguh..........
Mati saja siwakil rakyat maka ramailah yang berpesta ria menyambut pilihanraya..........maka berbondong-bondonglah manusia menghadirkan diri kekawasan yang kosong kerusi nya untuk menjamin kemenangan sang pengisi kerusi pilihan hati dan berterusan juga lah kitaran itu sekali lagi........
Manusia mati meninggalkan nama
Wakil rakyat mati meninggalkan kerusi, dan nama tidak menjadi peduli lagi.......
Bloggers mati tinggal blog.....
Monday, August 3, 2009
Buat apa weekend baru ni.......
Weekend baru ni hari Sabtu tu memang dah padat dan akhirnya dapat jugak aku part gerek aku yang aku dok cari tu. Sebelum ni memang ada kat kedai pun cuma harga kurang berkenan dan baru ni akhirnya, dapat juga aku benda tu heheheheheheheee jauh lebih murah dari kedai-kedai lain. Terus aku sambar, so sekarang ni nak kena hantar gerek aku ke kedailah pulak untuk pasang, yang itu belum ada masa lagi. Dikesempatan pada hari Sabtu itu jugak aku ke sebelah pulau tengok kereta........yang ni nak beli untuk wife pulak, dari tahun lepas plan so kali ni dah tak nak tangguh dah. KAta janji tu dah putus cuma ongkos dan surat dan dokumentasi belum disettlekan, itu boleh settle esok lusa, hari kerja ni memang sibuk gila dengan rutin hidup.
Ahad pulak, dah anak aku dok bising lama sangat dah masuk berbulan-bulan, yang kakak nak ke library yang adik pulak nak ke taman burung dua-dua aku penuhi......dekat saja kedua-dua tempat tu dari rumah aku kat area Seberang Jaya ni jugak tak sampai 10 minit pun. Mula-mula tu ke Taman Burung, masuk saja pinu depan tengok kepapan tanda harga makaihhh!!! seorang dewasa RM15 kanak-kanak lak RM10.......sudah naik harga la sebelum ni kurang RM5 dari harga tu untuk dewasa dan kanak. Ishh!!! kalau aku 4 orang sekeluarga mau RM50 tuh, fuiyo tak berbaloi-baloi, end up tengok burung kat depan tu saja lah lagi pun dok nampak awan hitam pekat dok mai kat atas. Lepak tak sampai setengah jam terus kami ke library layan baca buku lagi best, yang budak-budak tu sempatlah join permainan yang kelab library tu buat. Yang ni kena repeat lagi sebab bagus untuk budak-budak nih.....
On the way balik tu singgah ke Tesco dulu beli barang sikit sambil sambung jalan-jalan sikit lagi. Sempatlah jugak sambaq baju 2-3 pasang untuk wife dicelah tu anak aku dok heret tangan aku pi tengok kat booth, ini mesti ada apa-apa ni.........pungggaaaahhh!!! dah mesti dia nak apa-apa ni, dan memang sungguh!!!! beria-ia dia nak jaket Ben 10 macam kat bawah tu. Kualiti tak seberapa, tak sepadan dengan harga, tapi beli jugakla dah nak sangat-sangat.
Tengok tu, perangai memang cam gini buat muka bersalah, padanlah dah paksa suruh beli jugak-jugak, nasib baik mood abah hang baik. T-shirt yang pakai tu pun Ben 10 jam pun Ben 10, baru-baru ni dok tanya kat mana ada jual seluar dengan kasut Ben 10. Ya lah tu ingat aku dok kerja beli yang tu saja lah!!!.....jaket tu dia pakai siang malam sampai naik masam dah......buudak-budaakk.....nanti dia besaq boleh suruh dia baca entry ni balik, heheheheheeee.
Sibuk lagi!!
Aku sampai dah lupa plak kata hujung minggu baru-baru ni ada Jamboree,sampai lupa terus, macam tu lah kalau kepala dah penuh dengan beban kerja saja. Dari semalam lagi dah mula terasa beban dikepala makin berat, itu baru nak masuk Isnin dah macam-macam sementara nak sampai Jumaat perghhhh segala makneka dok mai. Cuma kurang satu beban saja minggu ni, hari Selasa meeting tengah malam dah ditukar ke sebelah tengah hari.......ok lah sikit dari tengah-tengah malam dok melayan hal kerja, dari rumah plak tu. Malas aku, kalau dari rumah memang langsung tak ada mood nak layan hal kerja bukan company bayar pun .
Tentang jamboree rata-rata aku tengok kebanyakan peserta cakap memang puas hati dengan penganjur jamboree kali ni tak macam yang sebelum ni. Kebanyakan site yang update jugak tak ada mention problem yang besar-besar mungkin sebab semua puas hati lah kot. Kebanyakan update banyak focus dekat trek saja dan ramai yang kata best, tengok dari gambar pun aku rasa memang menyelerakan juga trek yang dihidangkan, bagi sesetengah orang jugak mungkin memualkan dan memuntahkan hehehehehe.....selain dari itu mungkin juga best sebab dapat jumpa ramai bikers lain dan juga kenalan baru sepanjang kayuhan tu especially selebriti riders, ya lah dapat face to face dan sembang sembang, ras macam lama kenal padahal melalui tulisan blog saja pun.Yang sebenarnya salah satu tarikan jamboree selain tentang cabaran kayuhan aku rasa adalah tentang kenalan-kenalan baru yang kita akan jumpa sepanjang perjalanan kita. Kalau kita tak berat mulut ramai kenalan baru kita boleh jumpa, sekurang-kurangnya dapatlah jugak layan sembang.
Tentang jamboree rata-rata aku tengok kebanyakan peserta cakap memang puas hati dengan penganjur jamboree kali ni tak macam yang sebelum ni. Kebanyakan site yang update jugak tak ada mention problem yang besar-besar mungkin sebab semua puas hati lah kot. Kebanyakan update banyak focus dekat trek saja dan ramai yang kata best, tengok dari gambar pun aku rasa memang menyelerakan juga trek yang dihidangkan, bagi sesetengah orang jugak mungkin memualkan dan memuntahkan hehehehehe.....selain dari itu mungkin juga best sebab dapat jumpa ramai bikers lain dan juga kenalan baru sepanjang kayuhan tu especially selebriti riders, ya lah dapat face to face dan sembang sembang, ras macam lama kenal padahal melalui tulisan blog saja pun.Yang sebenarnya salah satu tarikan jamboree selain tentang cabaran kayuhan aku rasa adalah tentang kenalan-kenalan baru yang kita akan jumpa sepanjang perjalanan kita. Kalau kita tak berat mulut ramai kenalan baru kita boleh jumpa, sekurang-kurangnya dapatlah jugak layan sembang.
Saturday, August 1, 2009
Minggu ni Kedah Jamboree, minggu lepas Lata Sedim
Yeaahh......sedang aku menulis ni aku sempat menelefon Lan Usin di Kedah Jamboree, "Aku tengah dok tolak naik bukit ni!!..., track kali ni lagi senang dari UUM XC-R"....itu kata Lan di Jitra. Ishh bukannya aku tak mau pi tapi timing tak cantik la, bini aku kena kerja la pulak minggu ni. Sebelum ni aku ingat dia kerja minggu depan rupanya minggu ni giliran dia dahtu dengan kisah gerek aku yang tak settle lagi tu terus aku jadi malas nak pi jamboree tu. Takpalah hangpa enjoylah disana tapi masalahnya nanti tak adalah gambar dalam blog Gerek-Kulim kalau dah semua yang pi semua tak bawak kamera. Rugi betui la kalau takdak update.........apa pun berbahagialah korang semua di Jamboree Kedah, kenang daku dalam doamu hanya itu pesan aku heheheheheee. Itu satu bab, minggu ni apa aku nak buat pulak ni, terlampau banyak sangat aku nak buat dalam masa yang singkat cuti hujung minggu. Tunggu wife balik dulu pastu atoq la nak pi mana pun heheheheheee repair gerek termasuk dalam keutamaan minggu ni.
Minggu lepas aku sempat layan anak-anak aku bawak pi mandi di Lata Sedim. Banyak betul yang dah berubah Lata Sedim ni, sekarang nak masuk dah kena bayar duit dah RM3 sekali masuk. Yang peliknya tu untuk apa bayaran tu aku pun tak tau. Kalau untuk pengurusan pun apa benda yang diaorang urus, nak kata untuk air pulak, air sungai takkanlah nak kena bayar kot parking pun pun tak seberapa kemudahan tempat duduk pun tak ada jadi untuk apa bayaran tu. Ini satu lagi benda abaru yang tak betul, kalau nak kenakan bayaran pun OK la tapi at least bagilah orang ramai dapat balik apa yang orang bayar tu. Dekata nak balik baru aku perasan kereta aku diorang consider van kat tiket masuk tu, van pu n van laaahhh padahal aku sekeluarga 4 orang saja pun. Bila tengok balik keaadaan Lata Sedim sekarang ni aku rasa kawasan hutan simpan tu dah di over develop oleh karajaan, sepatutnya keaslian tempat tu patut dikekalkan atau diberi keutamaan tak payahlah dok buat bangunan asrama besar besar dalam hutan macam tu kalau setakat buat mencacatkan pandangan saja. Inilah Malaysia, kalau dimajukan mesti kena buat bangunan banyak-banyak sesuai tak sesuai belakang kira, ntah habuk serdak apalah didalam kepala otak orang yang bertanggungjawab dalam perkara ni. Dah lah tu sekarang ni berlambak-lambak chalet didalam tu. Tapi chalet tu nampak macam OK jugaklah sebab blend cantik dengan alam sekitar tapi binaan-binaan lain tu cuma bagi cacat sajalah tak menyumbang apa-apa pun..........kalau nak tengok bangunan cantik-cantik baik aku duduk seberang jaya ni duduk rumah macam-macam bangunan adaaaa.........
Balik dari Sedim lewat petang aku sempat jugak ke karnival radio Era dengan Perodua di Tapak Ekspo Seberang Jaya, bukannya aku minat sangat pun dengan radio Era ataupun bab-bab hiburan ni tapi dah benda mai depan mata layan jugak la aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)