Ada orang kata aku penyabar orangnya
Ada orang kata aku mulut laser orangnya
Ada orang kata aku a kind of warm person
Ada orang kata aku ni baik
Ada orang kata bila aku diam aku pasti akan melaser kemudiannya
Ada orang kata aku suka melawak
Tapi inilah aku yang sebenarnya
Aku penyabar untuk orang yang penyabar, dan kalau sesuatu perkara itu tak membawa apa-apa makna untuk aku
Aku takkan bersabar jika orang yang aku paling sayang cuai, main-main atau tak bersungguh-sungguh belajar atau even bermain
Aku takkan bersabar kalau orang nak pijak kepala aku dan seseunggunya aku amat pendendam, jika tidak hari ini aku akan pulangkan buahnya di hari lain
Aku laser untuk orang yang tak tahu apa-apa tapi suka goreng orang, aku akan laser bila aku cuba dipermainkan, Aku akan laser bila aku tak suka sesuatu itu.
Aku warm untuk keadaan tertentu especially semasa kerja sebab itu tempat aku cari makan. Aku akan jadi warm untuk orang yang berbudi bahasa. Aku akan hilangkan semua itu jika orang bersikap kurang ajar.
Aku suka melawak jika aku ada mood, aku akan buat lawak bila aku rasa aku perlu
Yang sebenarnya orang akan nampak aku lebih 'baik' ditempat kerja.....Ya itu sebenarnya kerana aku sedang 'bekerja!!!'.....
Yang sebenarnya orang akan nampak aku lebih baik didalam keadaan aku boleh gain something......so conclusionnya sendiri mau buat!!!.
Yang pastinya aku ada character yang very wide range
Aku seorang yang amat baik dan boleh jadi teramat kejam, orang yang paling rapat dengan aku akan faham.