Tuesday, February 3, 2009

SUTUN

Sekarang ni anak aku akan guna "SUTUN" referring to pondan/mak nyah ataupun segala gelaran yang sewaktu dengan bagi spesis manusia yang macam ni. Bukan itu yang jadi persoalannya tapi aku nak komen tentang kandungan cerita ni, terdapat satu adegan di mana satu ustaz yang cuba menasihati seorang guru yang juga seorang kakak kepada teman rapat watak utama cerita ini. Dan nasihat itu di balas dengan satu ayat yang agak pedas iaitu lebih kurang bermaksud, semua orang yang kononnya berilmu ni memang mudah sangat menjatuhkan hukum ataupun mengatakan itu atau ini haram, dan tidak pernah cuba memahami keadaan sebenarnya............juga kononnya orang macam ni berfikiran kolot atau tidak terbuka.

Yang sebenarnya inilah masalah zaman sekarang golongan yang kononnya memperjuangkan kebebasan dan kononnya terbuka ini sebenarnya telah lupa bahawa bagi orang yang beragama Islam Al Quran dan hadis telahpun diturunkan untuk dijadikan panduan. Kalau untuk bukan Islam memang kita boleh faham kerana mereka akan hanya perpandukan hukum akal. Tetapi bila orang Islam sendiri menjadi sebahagian dari corak pemikiran tersebut, alangkah sedihnya. Perlu difahami, fatwa yang dikeluarkan bukannya hasil dari sembang kedai kopi atau chat diinternet tetapi sebenarnya telah melalui proses diskusi mendalam sebelum sebarang hukum dikeluarkan dan berpandukan Al Quran dan Hadis dan bukan secara sewenang-wenangnya.

Pendek kata biarlah berapa dalamnya pemahaman kita tentang sesuatu itu, biarlah berapa hebatnya sesuatu itu selagi ianya haram maka Haramlah jawapannya (Tiada subahah)...........Setiap perkara yang bercampur halal dan haram akan tetap haram jadinya dan matlamat juga tidak menghalalkan cara walau apa alasannya.

Ada ulamak mengeluarkan fatwa merokok itu haram, tapi masih ramai yang tidak menghiraukan fatwa ini. Ingatlah bahawa selagi umat Islam sendiri tidak mampu menghormati agama ISLAM maka selagi itulah ISLAM tidak akan dihormati.

No comments:

Post a Comment