Tuesday, February 24, 2009

Kayuh hujung minggu ini


Dengan seat baru untuk wife aku kali ni acara kayuh meliputi kawasan yang lebih jauh, macam biasa dengan partner aku la iaitu wife aku la sapa lagi. Sebelum ni selalu sangat komplen seat tak best, sekarang dah tukar so mestilah kena kayuh jauh kan. Tayar start golek pukul 7.30 pagi dari Seberang Jaya melalui kampung Bagan Serai menghala ke Permatang Pauh. Dari sini kami menghala ke Kampung Tanjung Putus terus ke Permatang Pasir. Disini singgah sebentar dirumah mertua, saja kacau diaorang di istana hinggap diaorang yang hanya diduduki dihujung minggu. Lepas tu sambung lagi kayuh menghala ke Bukit Indera Muda.


Yang sebenarnya jalan-jalan yang kami lalu ni sebenarnya memang laluan yang biasa aku kayuh so dah rasa kurang menarik dah yang sebenarnya. Walaupun begitu dengan pemandangan yang menarik dan dengan kesegaran udara paginya kawasan-kawasan tersebut memang sesuai sekali untuk dilalui dengan berkayuh atau berjoging, memang tenang setenangnya. Wife aku pun nampak seronok dengan pemandangan dikawasan-kawasan tu.


Kemudian dari Bukit Indera Muda kali ni kayuh lajak sedikit ke Padang Ibu hingga ke kolam pancing dan kemudian berpatah balik kembali ke Seberang Jaya dengan menyusuri laluan offroad yang terletak di tepi jalan utama Bukit Indera Muda ke Permatang Pauh. Dalam perjalanan balik tu cahaya matahari dah semakin tinggi dah panas sikit tapi still OK sebab panas pagi ajerr. On the way balik singgah beli makanan sarapan untuk anak-anak, macam biasa belum bangun lagi diaorang tu.
Untuk hujung minggu yang akan datang ni plan nak kayuh di Kulim pulak pada hari Sabtu, join dengan geng-geng MTB Kulim, alaaa member sekerja jugak plus dengan member dan jiran diaorang. Ishh boleh follow dengan diaorang punya henjut.......try saja lah, kalau tak boleh follow suruh diaorang tunggu sajalah. Hari Ahad plan nak pergi ushar track pulak untuk peserta Kulim Hi Tech Ride next month, cari tempat menarik untuk ambik gambar.


Jumlah KM : 25Km

Average speed : 16 km/h

Time : 7.30am-9.30am