Monday, February 2, 2009

Cuti CNY

Cuti panjang seminggu kali ni betul-betul memuaskan hati aku, puas kayuh, puas jalan puas habis duit.

25 Jan '09
Sepupu wife bertunang di Lima Kongsi, pergi meramaikan majlis dan meneman mertua.

26 Jan '09
Mengemas dapur yang dah macam sarang tikus, dan dah memang menjadi sarang tikus. Boleh tengok tikus melompat sana sini dengan penuh riang ria. Sekarang 100% bersih, jamin boleh jilat lantai memang bersih.

27 Jan '09
Balik kampung ke Perlis, negeri kesayangan ku
Rehat dan jalan-jalan dengan anak-anak
28 Jan '09
Di kampung, kayuh gerek dari rumah sampai ke Guar Jentik melalui jalan kampung mini tar dan off road. Kembali semula melalui off road dan jalan utama Padang Melangit. Berenti lepak di sebuah warung di Padang Melangit tempat lepak orang-orang kampung, memang best sebab dapat dengar loghat pekat Perlis area Padang Melangit. Total distance dalam 20-25 km.

29 Jan '09
Ikut Abang Mirun merentas Perlis State Park dan juga kawasan dusun. Bermula dari Guar Jentik merentas hutan simpan dan keluar di kawasan Bukit Air bertentangan dengan taman kebun Tongkat Ali.

30 Jan '09

Kembali ke Penang, menghabiskan masa hampir sehari suntuk berpusing pusing ke kedai-kedai basikal di Bukit Mertajam dan Kulim, cari helmet. Setakat ni belum ada yang sesuai, sabor ajerler.









No comments:

Post a Comment